Resipi Rice Pancake Sedap Guna Lebihan Nasi. Hanya Guna 6 Bahan

Share

Rice Pancake yang dikongsi oleh saudari Marina Abd Majid ni nampak sangat sedap dan mudah disediakan. Bahan-bahannya cukup ringkas sahaja namun membuka selera. Andai dimakan panas-panas bersama sos cili, lagi nikmat katanya. Hanya menggunakan lebihan nasi sejuk yang ditambah dengan beberapa bahan lain, nah…kudapan ringan ini sedia untuk dinikmati. Isian dalamnya boleh dipelbagaikan ikut selera dan citarasa. Apa sahaja yang ada dalam peti sejuk anda. Mudah kan? Jom cuba!

 

CARA MASAK RICE PANCAKE SEDAP

BAHAN-BAHAN:
Nasi sejuk
1 tangkai daun bawang
Lobak merah – disagat halus
2 biji telur
Garam
1 sudu makan tepung gandum beli online disini
Jika suka, boleh tambah daun sup, kentang, isi udang atau apa sahaja ikut kegemaran

CARA MEMASAK:

1.Sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Jumlahnya bergantung pada selera masing-masing atau apa sahaja yang ada di dapur.


2. Dalam bekas yang bersesuaian, satukan semua bahan dan sebatikan. Tidak perlu tambah air. Pastikan nasi tidak berketul.


3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Kemudian sudukan adunan Rice Pancake tadi. Minyak tidak perlu banyak seperti kita menggoreng cucur.
4. Bila sudah keperangan, terbalikkan dan goreng lagi sebelah hingga masak sepenuhnya.


5. Angkat dan hidangkan bersama sos cili Thai.

Kredit resipi & foto: Marina Abd Majid

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Daily Motion & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN