Biasanya rendang dinikmati kala hari istimewa seperti lebaran. Namun jika menyukai masakan rendang tidak usah menunggu hingga tiba hari tersebut. Ia boleh dinikmati bila-bila sahaja. Daun kunyit memberi rasa asli dan aroma yang menyelerakan. Sajian asli rendang minang dengan paduan rempah khas Minang dan santan memang melengkapkan sajian. RASA kongsikan resipi aneka jenis rendang untuk anda cuba.

Rendang Terlajak Sedap, Makan Pun Puas

RENDANG AYAM DAUN KUNYIT

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong sederhana
  • 500ml santan pekat
  • 1 helai daun kunyit | dicarik-carik
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 10 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm lengkuas
  • 2cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ayam, kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, kacau lagi hingga ayam kecut dan airnya kering.
  4. Seterusnya masukkan santan dan asam gelugur, biarkan mereneh.
  5. Apabila ayam empuk, keluarkan dan ketepikan seketika.
  6. Masukkan garam dan gula. Biarkan mereneh hingga kuah pekat.
  7. Masukkan semua ayam bersama daun kunyit.
  8. Kecilkan api. Biarkan ia mereneh di atas api sederhana sehingga rendang mengeluarkan minyak.
  9. Sedia dihidangkan bersama Nasi Tomato.

 

Rendang Terlajak Sedap, Makan Pun Puas

RENDANG AYAM NOGORI SEMBILAN 

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam | potong sederhana
  • 500ml santan
  • 3 batang serai |titik
  • 2 sudu makan kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 2cm kunyit hidup
  • 15 tangkai cili padi

CARA  MEMASAK:

1.    Masukkan ayam dalam kuali kemudian campurkan bahan kisar.

2.    Seterusnya masukkan santan. Biarkan mendidih.

3.    Masukkan serai.

4.    Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

5.    Apabila kuah pekat, masukkan kerisik.

6.    Kecilkan api dan terus kacau hingga pecah minyak.

IKLAN

7.    Angkat dan hidangkan.

 

Rendang Terlajak Sedap, Makan Pun Puas

RENDANG AYAM CILI PADI

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam saiz L | potong ikut suka dan dibersihkan dan tos
  • 2 1/2 biji kelapa | ambil santan pekatnya
  • ½ biji kelapa | dibuat kerisik
  • 5 batang serai | dititik
  • 6 batang serai | dihiris
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR

IKLAN
  • Segenggam cili padi | Anggaran 30 biji
  • 10 biji bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm kunyit hidup
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas

CARA MEMASAK

  1. Masukkan ayam dalam kuali besar dan gaulkan dengan bahan kisar serta serai titik. Hidupkan api dan biarkan sehingga air ayam sedikit kering.
  2. Kemudian masukkan santan dan besarkan api. Masak sehingga santan sedikit kering dan masukkan garam. Kacau rata dan kecilkan api.
  3. Kemudian masukkan kerisik dan kacau rata.
  4. Masak dengan api yang kecil hingga rendang agak pekat dan ayam masak . Kemudian masukkan hirisan serai.
  5. Akhir sekali masukkan kerisik dan gaul rata. Masak sehingga rendang kering ataupun jika suka berkuah bolehlah ditutup apinya. Sedia dihidangkan.

Rendang Terlajak Sedap, Makan Pun Puas

RENDANG LIMPA
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm limpa ] dipotong kepingan besar
  • 1 biji kelapa ] diambil santan
  • 8 tangkai cili kering ] dikisar
  • 3 biji bawang merah ] dikisar
  • 2 ulas bawang putih ] dikisar
  • 1 biji bawang besar ] dikisar
  • 2cm halia ] dikisar
  • 2cm lengkuas ] dikisar
  • 1 batang serai ]dikisar
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 batang serai ] dititik
  • 1 keping asam gelugur
  • Air secukupnya ( jika perlu)
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan limpa, bahan-bahan kisar, santan, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serai dan asam gelugur ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih.
  2. Apabila kuah sedikit kering kira-kira separuh dari jumlah asal, perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan kerisik. Gaul lagi hingga hampir kering. Perlahankan api.
  4. Setelah rendang kelihatan semakin pecah minyak, padamkan api.  Sedia untuk dinikmati.

 

Rendang Terlajak Sedap, Makan Pun Puas

RENDANG MINANG 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging | dipotong kecil
  • 4 batang serai | dititik
  • 320ml santan pekat
  • 2 cawan air
  • 150gm kerisik
  • 3 helai daun kunyit | dihiris halus
  • Beberapa helai daun limau purut | dibuang urat tengahnya
  • 2 – 3 keping asam gelugur
  • 2 sudu makan gula merah
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah | dibuang biji tengahnya
  • 6 biji cili padi hijau dan merah
  • 5cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 5cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan daging, air, daun limau purut, serai dan daun kunyit.
  3. Seterusnya masukkan santan, asam gelugur, gula merah, pati ayam dan kerisik. Kacau dan biarkan mereneh sehingga rendang kelihatan agak kering.
  4. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI