Resipi Rempeyek Kacang Tanah Sedap Boleh Buat Untuk Kudapan Raya

Share

Bila Syawal makin mejelang pasti ramai yang sudah sibuk menyediakan pelbagai kudapan untuk tetamu di hari raya nanti. Salah satu kudapan yang menjadi pilihan ramai adalah Rempeyek Kacang Tanah. Mudah sahaja cara pembuatannya. Saudari Wan Husniza Ayu ada kongsikan. Bolehlah cuba buat nanti. Boleh pilih sama ada nak buat Rempeyek Kacang Tanah atau Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis. Dua-dua sedap.

 

CARA MEMBUAT REMPEYEK KACANG TANAH

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung beras ( cap teratai ) beli online disini

  • 5 cawan santan ( diperah dari 2 biji kelapa )
  • 2 sudu makan jintan manis – kisar kasar beli online disini
  • 2 sudu makan jintan putih – kisar kasar beli online disini
  • 2 sudu makan ketumbar – kisar kasar beli online disini
  • 2 sudu makan udang kering – kisar halus beli online disini
  • 1 biji telur gred A
  • 7 ulas bawang putih – kisar dengan santan
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh air kapur beli online disini
  • Kacang tanah, kacang hijau, kacang dhal & ikan bilis
  • Minyak masak untuk mengoreng

CARA MEMASAK:
1.Tepung beras di tapis terlebih dahulu untuk buang benda asing yang terdapat dalam tepung.


2. Satukan semua bahan kecuali kekacang dan ikan bilis.


3. Bancuhan yang telah siap diadun.


4. Masukkan anggaran 2 senduk bancuhan ke dalam mangkuk kecil. Masa nak mengoreng baru letak kacang dalam mangkuk. Sedia untuk mengoreng.


5. Tepekkan 1 sudu besar bancuhan di tepi kuali. Kemudian goreng Rempeyek hingga garing dan kekuningan.


6. Hasil Rempeyek yang siap dimasak.

INFO:

  • 1 paket bancuhan tepung tu dapat lah dalam 3 balang @ 3 1/2 balang saiz 3600ml. Bergantung pada berapa besar saiz rempeyek tu.

  • Rempeyek Kacang Tanah

  • Rempeyek Kacang Tanah + Ikan Bilis

Kredit resipi & foto: Wan Husniza Ayu

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN