Kuih Puteri Ayu Cheese perkongsian saudari Nitaharryni memang memukau selera. Nampak gebu dan sedap. Bagi anda yang menggemari keju, pun boleh mengolahnya menjadi Apam Puteri Ayu Cheese. Bagi yang kurang gemar keju, bolehlah masak Puteri Ayu yang dilapis dengan kelapa sahaja. Lengkap resipi dan panduan pembuatannya. Bolehlah cuba untuk sajian keluarga untuk minum petang ni.
CARA MEMASAK: 1.Untuk menyediakan krim keju, campur semua bahan di atas mixer dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam piping bag. Ketepikan.
2. Untuk adunan Puteri Ayu, pukul telur bersama gula hingga sebati. 3. Masukkan ovalette dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang putih. 4. Kemudian masukkan susu cair, santan dan tepung. Pukul lagi sekali hingga gebu. 5. 5. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna kegemaran dengan secukupnya. 6. Masukkan adunan ke dalam piping bag untuk memudahkan adunan dimasukkan ke dalam acuan.
7. Ambil acuan dan paipkan lapisan keju dengan secukupnya. Ukus selama 5 minit. 8. Kemudian paipkan adunan Puteri Ayu. Kukus lagi selama 8 minit menggunakan api sederhana.
9. Angkat dan Kuih Puteri Ayu Cheese sedia untuk dinikmati.
Sedapnya Ayam Sweet Sour Chinese Style @ Ayam Masam Manis stail cina perkongsian saudari Helna Nadira ni. Lauk yang satu ini pastinya menjadi kegemaran anak-anak dek kerana rasanya yang tidak pedas. Para ibu juga pasti suka kerana cara masaknya sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba masak hari ni untuk sajian keluarga tercinta.
CARA MASAK SWEET SOUR CHICKEN CHINESE STYLE
BAHAN AYAM:
Isi ayam
Kicap cair – beli online disini
Lada sulah – beli online disini
Tepung jagung – beli online disini
Telur
(sukatan bahan ikut jumlah ayam yang dugunakan. Untuk lebih mudah, boleh guna ayam popcorn readymade)
BAHAN SOS:
Nanas – dipotong kecil
Timun – dipotong dadu
Tomato – dipotong dadu
Lada benggala hijau dan merah – potong kecil
Sos tomato – beli online disini
Gula secukup rasa
Bawang putih – dicincang
2-3 hiris halia
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Dalam bekas bersesuaian, perasakan ayam dengan kicap cair dan lada sulah.
2. Campurkan tepung jagung dan telur. Gaul sehingga sebati.
3.Salutkan ayam dengan adunan tepung jagung dan telur.
4.Gorengkan ayam dengan menggunakan api sederhana sehingga keperangan. Untuk lebih mudah, boleh guna ayam popcorn segera.
5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih.
6. Masukkan hirisan halia jika suka.
7. Seterusnya masukkan sos tomato dengan secukupnya. Sebatikan.
8. Tambahkan sedikit gula ke dalam tumisan sos tadi.
9. Masukkan juga sedikit air.
10. Bila sos kelihatan pecah minyak, masukkan semua buah dan sayur-sayuran (nanas, timun, tomato & lada benggala) yang telah dipotong tadi.
11. Tutup api dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata supaya ayam bersalut sempurna dengan sos.
12. Ayam Sweet Sour Chinese Style sedia untuk dinikmati.
Selalunya menu ringkas seperti kangkung goreng belacan inilah yang mengundang selera. Adakala, tak perlu lauk tambahan lain pun. Gandingkan dengan ikan goreng pun dah sedap.
Nak tahu cara memasak sayur Kangkung Goreng Belacan yang sedap? Jom ikuti resipi perkongsian daripada Roha Adrinna ini. Sedap!
Sesekali tekak pasti nak mencuba sesuatu yang lain. Apa kata cuba buat lempeng berinti yang mempunyai rasa auntetik . Menu ringkas ini cukup mengenyangkan.
BENG CHIAU CHAMPA
BAHAN-BAHAN KULIT
1 bungkus tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 kotak santan kecil
Sedikit kunyit (boleh tambah jika suka lebih kuning)
Sedikit garam
Daun bawang (boleh letak atau tidak )
CARA MENYEDIAKAN
Masukkan air dan gaulkan ke semua bahan diatas.
BAHAN-BAHAN INTI
1000gm daging kisar
5 ulas bawang Putih
1 labu bawang Besar
Secubit garam
CARA-CARA MEMASAK
Tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan daging kisar dan tumis daging kisar seketika.
Bila daging kisar sudah kecut masukkan bawang besar yang dihiris.
BAHAN PENCICAH
Bawang putih
Cili padi
Daun Bawang
Bawang Merah
Masukkan kicap sotong
Cuka (boleh gantikan dengan asam limau)
Gula
CARA MENYEDIAKAN
Tumbuk bawang putih dan cili padi sampai lumat.
Hiris daun bawang dan bawang merah. Campurkan dengan bahan yang ditumbuk.
Tambah sedikit air panas dan gula serta cuka.
BAHAN HIASAN:
Kacang Tanah
Daun salad
Timun
CARA MENYEDIAKAN
Goreng kacang tanah, tumbuk dan masukkan sekali diatas.