Mak atau Mak mertua anda suka makan kuih Pulut Sekaya? Ha…Meh cuba resipi perkongsian saudari Eyda Rany ni. Lebih istimewa lagi resipi ni adalah warisan dari arwah ibu beliau. Patutlah Nampak sedap! Jom cuba. Anda pasti sukakannya.
PULUT SEKAYA LEGEND
BAHAN LAPISAN BAWAH:
1 cawan pulut
Santan – jumlahnya bila tuang dalam pulut, ia sama paras & bukannya sama banyak.
1 sudu teh garam
2 sudu makan gula
* Jika suka pulut yang tebal, boleh lebihkan pulut.
BAHAN LAPISAN ATAS:
5 biji telur – empunya resipi guna 6 biji sebab guna telur gred C.
1 sudu makan tepung gandum – tak letak pun tak apa sebab tujuannya nak bagi adunan keras sedikit dan mudah untuk dipotong.
1 sudu teh garam
3/4 cawan gula – ikut tahap manis masing-masing
Sedikit serbuk kulit kayu manis – jika suka
2 cawan santan
10-15 helai daun pandan – kisar dengan santan diatas, tapis dan perah.
CARA MEMASAK:
Ads
1. Basuh pulut bersih-bersih kemudian masukkan santan, garam serta gula. Gaul rata dan masukkan kedalam loyang. Kukus hingga pulut masak.
2. Bila dan masak, gaul dan tekan pulut tadi supaya mampat dan cantik.
3. Untuk lapisan atas, kisar daun pandan bersama santan. Kemudian tapis dan perah hingga tak ada serdak pandan.
4. Campurkan bahan-bahan lain ke dalam kisaran santan dan kisar hingga halus dan tak berketul.
Ads
5. Tuang keatas lapisan pulut yang dah dimampat tadi.
6. Kukus semula sehingga lapisan atas masak.
Ads
7. Sejukkan kuih sebelum dipotong dan dinikmati.
INFO:
Loyang yang diguna bersaiz 22 inci.
Jika nak rasa kuih yang lemak berkrim, guna santan kelapa asli.
Bila disebut kuih tempatan pastilah kuih tradisional yang terbayang di ingatan. Ya, kuih tempatan adalah sajian pencuci mulut paling sedap lepas berbuka.
Kuih tempatan biasanya dihasilkan dengan menggunakan bahan asas seperti tepung beras, tepung pulut, tepung ubi kayu, gula melaka, santan dan sebagainya. Yang pastinya bahannya murah tapi dari segi rasa terjamin sedap. Sesuai dibuat sarapan dan minum petang.
foto : HargaCampur.Com
1.PUTU PERAK
BAHAN-BAHAN :
4 cawan tepung beras
1 cawan tepung pulut
1 cawan air
1 cawan gula halus atau kaster
Kain kasa/ kain kapas lembap sebagai alas acuan masa mengukus
Bahan inti :
Gula Melaka atau gula kabung secukupnya/diracik
CARA MEMASAK : 1. Campurkan tepung beras dan tepung pulut. 2. Gaul rata. Tuang air dan ramas hingga nampak berketul. 3. Kisar kering hingga halus dan ayak. 4. Campurkan gula kedalam tepung yang diayak tadi. 5. Gaul hingga sebati, sementara itu panas air kukusan hingga mendidih 6. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan biar separuh sahaja. 7. Masukkan inti gula kabung/Melaka, kemudian tambah adunan di atasnya. 8. Alas kain lembap pada acuan dan kukus hingga masak.
INFO : Versi inti asal putu tradisional dari Perak ini adalah kelapa parut dan garam, tetapi ramai yang sudah mengubahsuai inti dengan gula kabung atau gula Melaka untuk rasa yang manis
1/2 sudu teh esen ros Pewarna merah, hijau, putih, kuning biru, ungu , merah jambu cukupkan 7 (jumlah warna ikut suka,)
CARA MEMASAK : 1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. 2. Bahagikan adunan kepada 7 bahagian warna asal, dan 7 bahagian lagi masukkan pewarna yang berlainan. 3. Panaskan pengukus dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar. 4. Masukkan satu senduk adunan putih dan kukus selama 5 minit hingga masak. 5. Lapiskan pula satu senduk adunan merah dan kukus lagi 5 minit. 6. Ulangi langkah 4 berselang seli adunan warna asal dan adunan berwarna hingga habis. 7. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dan kukus selama 25 minit. Balut penutup dengan tuala dapur agar air tidak menitik ke atas permukaan kuih. 8. Setelah masak, angkat biarkan sejuk, Bila sudah betul-betul sejuk barulah boleh dipotong menggunakan pisau plastik atau pisau potong kek.
INFO : Pastikan setiap lapisan yang dikukus itu membeku. Kadang-kadang lapisan yang tengah perlu dipanjangan sedikit masa kerana lapisan dah tebal. Sekiranya adunan tak membeku ia akan tercampur dengan warna lain dan tidak cantik lapisannya.
3. KUIH TEPUNG PELITA ASLI
BAHAN-BAHAN :
Bahan lapisan hijau /bawah:
1/2 cawan tepung beras
Secubit kapur makan
2 cawan air daun pandan /4-5 helai daun pandan dikisar
1 sudu teh gula bagi setiap bekas
Bahan lapisan atas/santan :
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan
Secubit garam
CARA MASAK LAPISAN HIJAU/BAWAH: 1. Campurkan kesemua bahan lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. 2. Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu gula ke dalam bekas, kemudian baru tuangkan campuran tadi sebanyak 1/3 sahaja. 3. Kukus selama 15 minit , setelah masak tuangkan pula adunan lapisan santan di atasnya.
CARA MASAK LAPISAN SANTAN/ATAS : 1.Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau hingga keluar wap. 2.Tuang atas lapisan hijau tadi dan kukus selama 10 minit.
INFO CHEF : Seperti juga kuih tradisional yang lain ia turut mengalami ubahsuai dalam resipinya. Ada yang dimasukkan tepung jagung tepung kwan hoe dan bermacam-macam lagi.
4. KUIH TOPI
BAHAN-BAHAN :
1 1/2 cawan gula
2 cawan air
Secubit garam
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
CARA MEMASAK : 1. Gula, air dan garam dimasak hingga gula hancur. Sejukkan air gula. 2. Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan. Kemudian masukkan air gula sedikit demi sedikit. 3. Kacau sehingga adunan tidak berketul dan berbuih. 4. Kemudian perap 8 jam atau semalaman 5. Sebelum goreng kacau sebati dulu adunan kuih topi itu. Kalau pekat tambah sedikit air dan kacau sebati. 6. Apabila adunan sudah sebati ambil sesenduk adunan curah dalam kuali yang sudah panas minyak. 7. Guna kuali yang dalam, bila sudah masuk, balikkan kuih topi. 8. Masa ini anda boleh lihat topinya naik. 9. Goreng hingga tepi dan kelililing kuih agak garing 10. Kuih topi siap dihidangkan
INFO : Kuih topi cukup popular di Kelantan dan Terengganu. Ia juga dikenali sebagai kuih cucur manis atau cucur jawa.
Terasa nak makan PutuBambu atau Putu Piring hasil air tangan sendiri tapi tak ada acuan? Usah risau, walaupun tak ada acuan khas, anda masih boleh buat kuih ni secara homemade. Guna je acuan lompang yang ada di rumah. Jadilah namanya Putu Lompang. Ha…Mudah je nak buat ni. Empunya resipi; Eiriya Azira hanya guna 3 bahan je dan sedikit ubah suai pada resepi asal. Rasanya sedap macam yang dibeli dekat pasar malam. Bagi yang nak cuba, boleh ikut langkah-langkah di bawah ni.
PUTU LOMPANG
BAHAN-BAHAN:
Kelapa
Tepung beras
Gula melaka
* jumlah tepung dan kelapa ikut citarasa. Jika nak hasilkan banyak, lebihkan jumlahnya.
CARA-CARA:
1. Sangai tepung beras tanpa minyak. Jangan sampai hangit tau. Sejukkan seketika.
2. Hancurkan atau parutkan gula melaka sampai hancur. Nak tumbuk pun boleh.
3. Masak air bersama daun pandan dalam periuk. Biar air tu jadi wangi.
4. Ambil tepung yang telah disangai tadi. Bila dah sejuk sikit, gaulkan dengan kelapa parut. ( sis ubah resipi asal).
5. Kemudian masukkan sedikit garam.
6. Ambil air panas yang dimasak bersama daun pandan tadi. Renjis-renjiskan dalam tepung dan gaul sampai jadi macam serbuk roti.
7. Ambil acuan lompang dan sapu sedikit minyak masak. Masukkan sedikit adunan tepung ke dalam acuan. Tekan sikit supaya padat.
8. Seterusnya letak gula melaka diikuti adunan tepung. Jumlahnya cukup sekadar menutup permukaan gula. Tekan-tekan supaya mampat. Ulang langkah hingga habis.
9. Kukus putu tadi selam 3-4 minit. Kemudian terbalikkan acuan dan kukus lagi selama 2-3 minit. Bila terbalikkan acuan, kuih tak akan jatuh kerana sewaktu isi tepung tadi, adunan sudah dimampatkan.)
10. Angkat dan keluarkan putu dari acuan. Sedia untuk dinikmati.
NOTA: Semasa isi tepung ke dalam acuan, kalau boleh jangan penuhkan acuan sebab putu ni tak boleh tebal sangat. Acuan lompang kan tinggi. Jadi kalau boleh jangan penuh. Sebab takut nanti putu tak masak dan rasa tepung je.
Kuih tradisi memang sukar ditukar ganti. Dalam setiap gigitan, terbayang nostalgia yang pastinya sangat indah untuk dikenang. Bagi yang dah lama tak makan kuih ‘lama’ ni, alang-alang ada masa lebih hari ni, bolehlah buat kuih koleh kacang. Memang puas hati.
BAHAN – BAHAN:
500gm tepung kacang hijau
500ml santan pekat
1.5 liter air
Secubit garam
BAHAN AIR GULA:
350gm gula merah
150gm gula pasir
400ml air
BAHAN TAHI MINYAK:
500ml santan pekat
CARA MEMASAK:
1. Untuk bahan air gula, didihkan dengan api sederhana sehingga menjadi pekat. Tapis.
2. Kemudian masukkan santan pekat, air dan garam. Masak lagi sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan.
3. Apabila adunan sudah sejuk atau suam-suam kuku, masukkan tepung kacang hijau sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
4. Setelah itu didihkan semula adunan dan masak perlahan-lahan sehingga menjadi pekat.
5. Sudu adunan ke dalam loyang dan sejukkan.
6. Untuk tahi minyak, didihkan santan di atas api perlahan sehingga mengeluarkan minyak kelapa.
7. Akhir sekali, taburkan tahi minyak pada koleh yang telah dipotong. Sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!