Pulut Panggang berinti Sambal Ikan yang baru masak dan masih panas-panas, memang sedap! Pulutnya yang lembut ditambah pula dengan inti sambal ikan yang pedas, memang kombinasi yang terbaik!
Pernah rasa Pulut Panggang versi Kelantan dan Terengganu? Jika pernah,. pasti anda tahu sedap dia macam mana kan? Pulut yang lembut berintikan serunding ataupun sambal ( serunding) ikan. Agak berbeza dengan Pulut Panggang yang berinti kelapa. Bagi yang nak cuba buat sendiri, resipi dibawah ini boleh anda cuba.
CARA MASAK PULUT PANGGANG SAMBAL IKAN
BAHAN SAMBAL @ SERUNDING IKAN
4 ekor ikan selayang @ sardin | direbus dengan asam keping dan garam
8 biji cili kering | dikisar halus
5 ulas bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang putih | dikisar halus
1/2 inci halia | dikisar halus
5 sudu makan gula pasir
1 1/2 sudu teh garam halus
4 sudu makan santan pekat
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumbuk isi ikan rebus yang telah dibuang tulang. Ketepikan.
Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga wangi. Masukkan santan pekat dan gaul rata.
Setelah bahan tumisan nampak hampir kering, masukkan isi ikan yang ditumbuk tadi. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau sampai sambal kering dan berderai.
Dalam bekas berasingan, satukan santan, gula dan garam. Larutkan. Jika menggunakan santan kotak, tambah 2 sudu makan minyak masak.
Angkat pulut dan gaul bersama campuran santan tadi. Masukkan kembali ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 20 minit. Angkat.
CARA PENYEDIAAN:
Ambil daun pisang dan sudukan 1 sudu makan pulut. Ratakan.
Letakkan 2 sudu teh sambal ikan dan gulung dengan kemas.
Cucuk lidi di bahagian hujung gulungan pulut.
Bakar seketika menggunakan bara yang tidak terlalu panas sehingga daun pisang menjadi sedikit hangus.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
CARA BALUT & BAKAR PULUT PANGGANG VERSI MUDAH
Bagi yang tinggal di bandar dan tak ada ruang untuk membakar, ada versi mudah yang anda boleh cuba. cara ni praktikal bagi anda yang tinggal di rumah jenis apartment. Jom lihat cara-caranya.
1. Setelah daun pisang dilayur, letakkan pulut dan inti.
Ads
2. Padat-padatkan pulut sebelum digulung dengan daun pisang. Kemudian cucuk dengan lidi atau dengan stapler.
3. Ambil tudung periuk dan lenserkan sedikit minyak. Kemudian susun pulut yang telah siap dibungkus diatasnya. Masak menggunakan api sederhana besar. Memang wangi!
Sedapnya KaripapHomemade Kentang Daging & Telur Rebus ni. Kulitnya yang rapuh serta inti yang enak menjadikan ia sebagai hidangan minum petangyang sangat sempurna. Bagi anda yang gemar makan karipap, resipi Karipap Kentang Daging & Telur Rebus perkongsian saudari SuRiani Rahim ni boleh anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KARIPAP KENTANG DAGING & TELUR REBUS
BAHAN KULIT KARIPAP:
1kg tepung gandum
1/2 cawan minyak masak – panaskan sekejap
3 sudu makan marjerin
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya
BAHAN INTI:
15 biji ubi kentang – kupas kulit & potong dadu
100gm daging – potong nipis & kecil
2 paket kecil rempah kari
10 tangkai cili kering – kisar halus
1 biji bawang besar – hiris
4 ulas bawang putih – hiris
1-2 tangkai daun kari – hiris
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya – jika perlu
Minyak untuk menumis
Telur rebus – dibelah empat
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga wangi dan garing. 2. Kemudian masukkan daging, cili kisar dan rempah kari. Masak lagi hingga garing. Daging boleh direbus terlebih dahulu tetapi empunya resipi tidak rebus kerana sudah hiris nipis.) 3. Seterusnya masukkan ubi kentang, garam serta gula secukupnya. Kalau inti agak kering, masukkan sedikit air. 4. Masak inti hingga kentang dan daging empuk. Padamkan api dan sejukkan inti.
5. Untuk membuat doh, satukan tepung gandum, marjerin, minyak masak dan garam. Gaul sebati. 6. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh tidak melekat. Jika terlembik, tambah tepung secukupnya.
7. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canai leper. 8. Sudukan inti secukupnya dan masukkan telur rebus. Kelim kemas.
9. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Salah satu kuih muih Melayu yang digemari ramai. Lepat Jagung ni memang sedap. Manis, lemak dan ada rasa jagung segar. Uniknya, kuih ini dibungkus menggunakan kulit jagung. Memang ‘rare’. Tapi jangan risau, jika tiada kulit jagung tu, boleh je guna daun pisang. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
LEPAT JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
4 tongkol jagung – disagat
1 tongkol jagung – dihiris
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan pekat
BAHAN MEMBUNGKUS:
Kulit jagung untuk membungkus – boleh digantikan dengan daun pisang
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan-bahan diatas. Adun sebati.
2. Kemudian masak adunan hingga pekat menggunakan api sederhana. Pastikan adunan selalu dikacau.
3. Untuk membungkus lepat, sediakan kulit jagung dan masukkan satu sudu makan adunan tepung tadi.
4. Bungkus kulit jagung dan kemaskan. Panaskan kukusan dan kukus selama 20 minit.
Tart nanas adalah sejenis kuih yang semestinya akan ada ketika kita menyambut Aidilfitri. Membuat tart nanas yang sedap dan tak jemu dimakan adalah skill yang perlu ada bagi pembuat tart nanas.
Tart yang sedap pasti akan jadi kegemaran dan dibeli walau berapa harganya. Bagi peminat tart, walau mahal sekalipun, pastinya berbaloi kerana cita rasa tart yang sedap, susah untuk diperoleh.
Walau muncul banyak jenis tart yang dimodenkan, tart nanas tetap ramai penggemarnya. Jom kita lihat resipi tart nanas premium yang dikongsikan ini.
TART NANAS PREMIUM
BAHAN A
500 gram mentega tulen
3/4 cawan susu pekat manis
3 sudu besar minyak sapi tulen
1 sudu besar esen vanilla
BAHAN B
2 biji kuning telur ayam
BAHAN C (diayak)
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
1/4 cawan susu tepung
2 sudu kecil emplex
7 cawan tepung gandum
BAHAN LAIN
Inti tart nanas premium
Egg wash
Acuan tart nanas
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, satukan semua BAHAN A. Kacau sebati.
2. Kemudian, masukkan BAHAN B. Adun rata.
3. Selepas adunan sebati, masukkan BAHAN C kecuali tepung gandum. Gaul sebati. Selepas adunan sebati, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau lagi sehingga sebati.
4. Tepung gandum tidak perlu dihabiskan semua jika adunan sudah tidak melekat di jari. Kena pandai agak. Uli sehingga menjadi doh.
5. Setelah adunan siap, masukkan doh ke dalam acuan tart. Tekan dan gulung bersama inti nanas yang digentel kecil membujur.
6. Susun di atas loyang yang telah dialas dengan kertas pembakar.
7. Sapukan egg wash pada bahagian atas tart nanas.
8. Ulang proses sehingga selesai.
9. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.