Resipi Puding Susu Kacang Merah Yang Lembut Dan Lemak-lemak Manis

Share

Selalunya kita makan aiskrim kacang merah bukan? Kali ini kita makan Puding Susu Kacang Merah. Nak buat pun senang dan tak perlu banyak bahan. Rasa lemak-lemak manis menjadikan Puding Susu Kacang Merah enak dinikmati ketika sejuk. Boleh simpan di dalam peti sejuk sementara tunggu anak-anak balik sekolah. Makan ketika cuaca panas, alahai nikmatnya. Nah ini resipi Puding Susu Kacang Merah seperti yang dikongsikan oleh Zura Zul

PUDING SUSU KACANG MERAH

BAHAN-BAHAN:

20g agar-agar tali – BELI ONLINE
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin kacang merah
1 tin susu cair – BELI ONLINE
1 sudu besar tepung kastard – bancuh dengan sedikit air – BELI ONLINE
1 – 2 sudu besar susu pekat manis – BELI ONLINE
Pewarna merah/maroon
Secubit garam

CARA MEMBUAT:

1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur agar-agar. Masukkan gula. Kacau lagi.

2. Tinggalkan 1/2 cawan susu cair, selebihnya tuang dalam periuk agar-agar tadi.

3. Masuk susu pekat dan tepung kastard, kemudian secubit garam. Kacau lagi.

4. Kacang merah dalam tin asingkan dulu. 1/2 cawan untuk dikisar dengan 1/2 cawan susu cair tadi.

5. Lebihan kacang merah tadi boleh masuk dalam loyang 8 x 8 /acuan (untuk bahagian ini kacang merah, buang air dalam tin. Jirus dengan air. Tuang terus kacang merah dalam loyang pun boleh sahaja. Tiada masalah. Ikut suka hati masing-masing.

6. Tuang separuh agar-agar tadi. Biarkan sederhana beku.

7. Baki lebihan agar-agar tadi campur dengan bahan kisar. Kalau rasa kurang manis, boleh tambah gula/susu, sambil masuk pewarna merah/maroon. Kacau lagi dan biarkan masak seketika.

8. Tuangkan perlahan-lahan agar-agar susu tadi sampai habis. Biarkan beku dan sejuk.

 

9. Simpan dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam. Selepas itu, bolehlah dipotong. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber kredit: Zura Zul

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN