Resipi Puding Roti Yang Sedap Berlemak. Makan Sejuk-Sejuk Memang ‘Terangkat’!

Share

Kalau ada roti kat rumah yang dah nak expired, boleh buat puding roti ni. Mudah untuk disediakan dan yang penting, sedap dimakan. Anak-anak pun mesti suka. Jom kita lihat resipi yang dikongsi oleh saudari Shikin Shikin ni. Selamat mencuba.

PUDING ROTI

BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping roti *
  • 1 cawan gula *
  • 1 cawan susu cair *
  • 1/2 cawan susu pekat *
  • 2 biji telur *
  • 2 sudu besar marjerin *
  • 3 cawan air
  • 10 gram agar-agar serbuk
  • 3 ketul gula batu
  • Pewarna

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kisar bahan-bahan bertanda * hingga halus dan hancur. Ketepikan sebentar.
  2. Sementara itu, masukkan air, serbuk agar-agar dan gula batu ke dalam periuk. Kacau sehingga larut dan jernih.
  3. Bila dah larut, masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam agar-agar yang sudah cair.
  4. Kacau sehingga pekat. Boleh padamkan api.
  5. Bahagikan agar-agar kepada beberapa bekas.
  6. Masukkan pewarna ke dalam bekas dan kacau sebati.
  7. Masukkan agar-agar ke dalam loyang secara berselang seli mengikut warna sehingga habis.
  8. Kemudian, sejukkan di dalam peti sejuk.
  9. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

 

Kredit resipi & foto: Shikin Shikin

 

Anda sedang mencari INDUCTION COOKER? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN