Resipi Puding Laici Popular Di Kalangan Mak-Mak Zaman 90-an

Share

Puding atau agar-agar dimakan sejuk memang nikmat rasanya. Jom buat puding laici ini. Resipi ni sangat mudah, satu lapis sahaja, boleh buat dalam kuantiti yang banyak sebab confirm tak cukup.Kalau ada majlis bersama keluarga pun sesuai bawa menu ini untuk mereka rasa.

PUDING LAICI 

(1 adunan dapat loyang petak 9 inci / tapi dalam gambar saya pakai loyang petak 8 inci dan acuan canele)

Bahan-bahan:

  • 12 gram agar – agar tali. (Agar-agar tali ni bagus sebab ia stabil elok dan tak terlalu lembik)
  • 6 cawan air ( 1 cawan air : 250ml)
  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur gred B (kalau gred A pakai 2 biji je)
  • 2 sudu makan tepung kastard + dibancuh dengan 3 sudu makan air
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil garam

Cara memasak:

1.Basuh dulu agar-agar tali dan dalam periuk letakkan 6 cawan air  dan 12 gram agar – agar tali. Biarkan dalam 5-6minit atau sampai mendidih, kacau perlahan-lahan, api pasang perlahan.

2.Selepas itu masukkan 1 cawan gula. Biarkan gula larut dulu sambil kacau-kacau.

3.Dah larut masukkan air sahaja dari 1 tin air laici tadi. Jangan masukkan buahnya dulu. Kacau sebati.

 

4.Sementara itu pecahkan 3 biji telur, kacau sebati dan masukkan bersama-sama 1 tin susu cair.

5.Masukkan 1 sudu kecil essen vanila dan 1 sudu kecil garam. Kacau biar sebati. Ketepikan

6.Dalam bekas yang lain , masukkan 2 sudu makan tepung kastard dan bancuh bersama- sama 3 sudu makan air. Kacau sebati dan masukkan ke dalam telur yang dah dikacau dengan susu cair tadi

7.Kacau sebati dan masukkan ke dalam air agar-agar.

8.Kacau perlahan-lahan selama 6-8 minit pada api yang perlahan.

9.Dah mendidih, masukkan buah laici tadi kacau dalam 10 saat kemudian padamkan api.

10.Masukkan ke dalam acuan / loyang.

11.Jangan terus masukkan dalam peti, biarkan di luar dulu selama 40 minit baru masukkan dalam peti dan sejukkan selama 3 jam .

12.Dah boleh dimakan.

Kredit: Muhammad Ali

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN