Resipi Puding Karamel Biskut. Mudah, Sedap Makan Sejuk.

Share

Suka makan Puding Karamel? Resipi yang dikongsi oleh saudari Rin Ismail ni pasti menambat selera anda. Hanya menggunakan 6 bahan ringkas, puding Karamel Biskut enak ini anda boleh hasilkan buat hidangan keluarga. Kalau nak sediakan untuk jamuan makan pun sesuai. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

PUDING KARAMEL BISKUT

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin susu sejat
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 5 biji telur
  • 12 keping biskut lemak Hup Seng
  • Sedikit esen vanilla
  • 3 sudu makan gula

 

CARA MEMASAK:

1. Cairkan gula dalam kuali. Tunggu sampai berkaramel ( hangus) kemudian letak 2 sudu makan air.

2. Kacau sampai gula hancur. Masukkan dalam acuan. Ketepikan.

3. Satukan susu sejat, susu pekat manis, telur, biksut dan esen vanilla. Kisar hingga halus. Pada masa yang sama, panaskan periuk kukusan.

4. Check gula dalam acuan tadi sama ada keras atau tidak. Bila dah agak keras, tuang bahan yang dikisar tadi ke dalam bekas yang sama. Kukus selama 45 minit.

5. Sebelum angkat, cucuk lidi untuk mengetahui puding sudah masak atau tidak. Jika lidi bersih dan licin, ia menandakan puding dah masak.

6. Masa puding masih panas, keluarkan dari acuan. Jika sejuk, dibimbangi gula puding akan mengeras dan melekat. Enak dinikmati masa sejuk.

 

Kredit resipi & foto: Rin Ismail

IKLAN