Resipi Puding Buih Kuah Kastard, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

Share

Puding buih ini pernah viral sebelum ini dan popular di negeri belah pantai timur.

Puding buih ni sedap makan dengan kuah kastard. Fuhh, memang cair dalam mulut gitu. Makan sejuk-sejuk pula tu. Jom kita buat dengan resipi yang dikongsi Muliadi Ramli ini.

 

PUDING BUIH

BAHAN A:

Agar-agar tali dalam 20gm (saya guna cap burung laying-layang) – beli online di sini
2 helai daun pandan
½ cawan gula – beli online di sini


600ml air

TONTON Kek Berries Selembut Kapas | Dapur Rasa Live

TONTON Mango Baked Cheesecake | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Masukkan air, daun pandan dan agar-agar.
2. Masak hingga agar-agar larut.
3. Kemudian, masukkan gula dan tutup api, sejukkan. Ketepikan.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

BAHAN B:

5 biji telur ayam gred B (asingkan putih telur dari kuning telur)
1 sudu kecil perisa vanilla
1 sudu kecil pewarna (ikut suka warna apa)

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA-CARA:

1. Pukul putih telur hingga betul-betul kembang (kalau terbalikkan bekas pun tak jatuhlah atau dipanggil soft peak. Saya guna handmixer).


2. Kemudian masukkan 4 biji kuning telur (1 kuning telur simpan untuk sos kastard). Pukul telur smpai kembang.


3. Kemudian masukkan agar-agar tadi sedikit demi sedikit. Masukkan sekali perisa vanilla dan pewarna. Kacau bagi sekata.
4. Masukkan dalam acuan dan sejukkan dalam peti ais selama 1 jam.

BAHAN C (KUAH/SOS KASTARD):

1 tin susu sejat – beli online di sini
1 sudu besar susu pekat – beli online di sini
1 biji kuning telur
1 sudu kecil perisa vanilla
1 sudu besar tepung kastard (jangan terlebih nanti pahit) – beli online di sini

CARA-CARA:

1. Campurkan semua bahan dalam periuk. Kacau rata.
2. Kemudian panaskan atas api yang kecil. Kacau kuahnya. Kalau kuah agak pekat, tutup api.
3. Siram sosnya atas puding. Makan sejuk-sejuk memang sedap.

Kredit resipi: Muliadi Ramli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN