Jom cuba buat Pretzel homemade. Bagi peminatnya, bila sebut sahaja pretzel, pasti ramai terbayang aneka roti lembut berpilin tu kan? Ada macam-macam perisa. Kalau sesekali ada sale, 5km beratur pun ramai yang sanggup. Bagi yang belum pernah rasa atau nak cuba buat sendiri, resipi perkongsian saudari Chibby Usagi ni boleh anda cuba. Jimat, sedap dan bolehlah makan puas-puas.
2. Dalam mangkuk, satukan air suam,sedikit garam dan gula. Kacau sampai larut. Kemudian masukkan yis. Rehatkan selama 5 minit (sehingga berbuih).
3. Masukkan tepung gandum dan 2 sudu makan minyak. Uli sehingga jadi doh.
4. Angkat sementara doh, sapukan lebihan minyak tadi pada mangkuk yang sama dan letakkan doh semula (tujuan supaya doh tak melekat pada mangkuk bila mengembang)
5. Tutup mangkuk dengan plastic wrap dan rehatkan sejam.
6. Selepas sejam, bahagikan doh kepada8 bahagian. Gelekkan setiap bahagian jadi bentuk tali panjang dan buat bentuk pretzel.
7. Dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan baking soda. Rebuskan doh pretzel tadi dalam 30 saat setiap belah.
Ads
8. Pindahkan pretzel ke baking sheet, sapukan telur di permukaan atas pretzel dan taburkan garam kasar.
9. Bakar dalam 10-15 minit atau sehingga kuning keemasan. (Boleh tukar perisa apa kita nak buat ikut citarasa) selamat mencuba!
Nota RASA: Resipi diatas adalah yang telah ditranslate dari resipi asal ( resipi luar negara). Bahan-bahan seperti garam kasar mungkin berbeza dengan garam kasar di Malaysia ( dari segi kemasinannya). Oleh itu, anda boleh sesuaikan perasa pretzel anda mengikut citarasa dan kesesuaian bahan yang ada.
Resipi roti memang tidak pernah mengecewakan kalau dibuat dengan cara yang betul. Tidak kisah sama dibakar ataupun dikukus, memang sedap dimakan panas-panas kan.
Resipi roti kukus gebu yang dikongsi Khairunnisa Mohammad ini, memang senang nak dibuat dan naik dengan gebu dan cantik.
Sesuai untuk dijadikan menu hidangan minum petang atau juga buat sarapan buat keluarga.
ROTI KUKUS GEBU
BAHAN-BAHAN:
150g tepung gandum – beli online di sini 2 biji telur 1 sudu besar gula – beli online di sini 1 sudu kecil yis 1 sudu kecil esen vanila Secubit garam 1 sudu besar minyak masak – beli online di sini Gula & mentega yang dicairkan untuk topping
1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata. 2. Kemudian masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin. 3. Perap sampai doh naik 2 kali ganda. Lepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
4. Bulatkan dengan tangan. Susun dalam loyang. Saya pakai loyang 6 inci. 5. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang 2 kali ganda. 6. Kukus dengan api sederhana 35-40 minit.
7. Loyang balut dengan cling wrap. Tapi jangan ketat sangat. Bagi ruang untuk roti mengembang masa dikukus. 8. Bila roti dah masak, sapu dengan marjerin/mentega cair. Tabur gula. Siap untuk dimakan. Nak makan cicah kari/sardin pun sedap.
NOTA KAKI:
*Kalau doh macam lambat kembang tu, jangan panik. Tunggu je. Tunggu sampai kembang elok, baru kukus. *Nanti masa kukus dia akan mengembang lagi. *Tapi loyang jangan balut ketat sangat ye masa kukus tu. Nanti roti tak dapat mengembang, susah nak gebu.
Sedapnya Roti Krim homemade perkongsian saudari Fierah Zulaikha ni. Rupanya tak susah pun untuk buat roti manis homemade dan inti krim macam yang jual di kedai tu. Hanya menggunakan beberapa bahan mudah yang senang dibeli. Malah resipi ini juga mengajar anda cara-cara untuk buat roti bun manis secara homemade. Memang terbaik. Nak cuba hasilkan menu ini untuk keluarga? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI ROTI KRIM BAJET HOMEMADE
BAHAN ROTI BAN MANIS:
(Resipi untuk 500gm doh ban manis)
500gm tepung roti
90gm gula halus
7gm garam halus
28gm shortening
8gm yis
3gm magic improver
266ml air sejuk – (Air sukatan anggaran sahaja. Jadi masukkan air sedikit demi sedikit ikut kelembutan doh masing-masing.
(Resepi 250gm doh ban manis)
250gm tepung roti
45gm gula halus
4gm garam halus
14gm shortening
4gm yis
1gm magic improver
133ml air sejuk – (Air sukatan anggaran sahaja. Jadi masukkan air sedikit demi sedikit ikut kelembutan doh masing-masing.
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan kecuali yis dan air sejuk. Putar hingga sebati. Masukkan air sejuk dan adun lagi.
2. Masukkan yis dan adun lagi adunan hingga doh jadi elastik.
3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bulat-bulatkan dan rehatkan doh selama 8 minit.
4. Canai doh panjang sedikit dan gulung. Kelim hujung doh dan letakkan dalam dulang pembakar.
5. Sebelum dibakar, spray doh roti dengan sedikit air atau susu cair. Kemudian bakar doh dalam ketuhar pada suhu 180C menggunakan api atas bawah selama 15 minit atau sehingga roti menjadi warna coklat keemasan.
6. Angkat dan boleh sapu mentega untuk dapatkan warna roti yang berkilat.
BAHAN INTI:
500gm marjerin
200gm gula halus – kisar halus
Sedikit esen vanilla
Sedikit coklat emulco
Sedikit kordial jagung
Sedikit esen jagung
CARA MEMASAK:
1. Pukul marjerin bersama gula hingga putih dan sedikit kembang.
2. Kemudian masukkan esen vanilla. Gaul lagi hingga sebati.
3. Bahagikan adunan inti kepada dua bahagian. Untuk coklat, boleh letak emulco coklat. Untuk jagung, boleh tambah kordial dan esen jagung.
4. Potong roti dan paipkan inti dengan secukupnya.
Roti homemade memang sangat sedap dan membuka selera lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Tak susah pun untuk menyediakannya jika ada resipi dan bahan-bahan yang cukup. Bagi yang tercari-cari resipi Wool Roll Bread, saudari Ida Osman ada kongsikan resipi yang mudah dan hasilnya memang lembut serta gebu. Nampak sedap kan? Jom cuba!
Cara Membuat Wool Roll Bread
Bahan-Bahan Doh:
80 ± ml susu suam
3gm yis
300gm tepung roti
30gm gula
100ml whipping cream
1 biji telur (berat ±55gm tanpa kulit)
5gm garam
Bahan Inti:
Dried cranberries / kranberi kering (empunya resipi guna dried cherry / ceri kering. Inti boleh dipelbagaikan ikut cita rasa anda.)
Cara Memasak Wool Roll Bread
Satukan semua bahan-bahan doh. Adun dan uli hingga lembut serta elastik. (Sukatan cecair bergantung pada kualiti tepung. Empunya resipi guna telur seberat 60gm tanpa kulit dan sesudu besar lagi susu.)
Rehatkan doh selama 1 jam atau hingga adunan doh menjadi kembang.
Bahagikan doh kepada 5 bahagian sama rata.
Canai satu bahagian doh. Kelar-kelar hujung doh untuk mendapatkan efek bergaris-garis. Letakkan inti dengan secukupnya.
Gulung doh kemudian susun dalam loyang bersaiz 20cm yang telah digris dengan mentega.
Rehatkan doh sekali lagi selama 1 jam.
Sapu susu pada permukaan doh. Bakar pada suhu 170°C selama 17–20 minit atau bergantung pada jenis oven masing-masing.
Hasilnya memang sangat lembut dan gebu. Wool Roll Bread ini bukan sahaja cantik dari segi rupa, tapi rasanya juga sangat menyelerakan. Sesuai untuk sarapan atau minum petang bersama keluarga.
Tip Tambahan
Gunakan tepung roti berkualiti tinggi untuk tekstur yang lebih gebu.
Boleh tambahkan sedikit mentega semasa menguli untuk aroma yang lebih harum.
Jika suka, taburkan sedikit gula icing selepas dibakar untuk sentuhan manis lembut.
Ketahui rahsia di sebalik bentuk dan warna kulit telur serta bagaimana ia menentukan kualiti, ketahanan dan kegunaan telur. Panduan bijak untuk memilih telur segar setiap kali anda membeli!