
Popia Sira Sambal
Popia Sira Sambal memang sedap menjadi antara kuih kegemaran ramai. Rasanya yang pedas manis serta teksturnya yang rangup memang sukar ditolak. Namun, ramai yang berdepan masalah popia cepat lemau selepas disira. Sebenarnya ada teknik tertentu yang perlu diikuti supaya hasilnya kekal rangup, berkilat cantik dan sedap walaupun dibiarkan sehingga petang.
Jika nak menghasilkan popia sira sambal yang sesuai untuk makan sendiri atau dijadikan produk jualan, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan NoraFiza Kamarin ini. Selain resipi lengkap, beliau turut berkongsi tip penting yang diamalkan ketika berniaga.
“Siapa peminat popia sira sambal? Saya suka buat je tapi bukan kuih feveret saya. Inilah antara kuih yang paling laku, customer saya selalu order.”
“Inti saya guna sengkuang, lobak dan udang geragau sahaja. Nampak mudah cara dan bahannya, tapi kalau salah teknik memang tak lama rangup dan mudah lembik selepas disira.”
“Salah satu kuih yang simple tapi perlu teknik sira yang betul. Saya kongsikan cara dan resipi popia sira saya ye.”
1 pek kulit popia (50 keping)
1 biji sengkuang sederhana
3 biji lobak merah sederhana
2 sudu besar udang geragau
Sedikit serbuk perasa
Untuk 50 keping popia:
5 sudu besar cili kisar (dikisar daripada 10 tangkai cili kering, 1/2 labu bawang putih dan sedikit air)
15 sudu besar atau 1½ cawan kopi gula pasir
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil perasa Cukup Rasa
2 sudu besar bijan
5 sudu besar minyak masak
Gunakan gula lebih banyak daripada cili untuk membantu salutan menjadi rangup.
Sos cili memberikan kemasan berkilat yang lebih menarik.
Pastikan inti benar-benar kering sebelum menggulung.
Jangan menggulung terlalu padat kerana ia boleh menyebabkan popia cepat lembik.
Biarkan sambal sedikit suam sebelum menggaul bersama popia.
Jangan susun popia bertindih selepas disira.
Sejukkan di bawah kipas sebelum disimpan.
Bagi yang ingin mempelbagaikan inti, boleh menggunakan ayam, daging, udang segar, kobis atau taugeh mengikut cita rasa masing-masing. Walau apa juga pilihan inti, pastikan ia ditos sehingga agak kering sebelum digunakan. Untuk tujuan berniaga, penggunaan bahan yang ringkas dan kos efektif seperti sengkuang, lobak dan udang geragau masih mampu menghasilkan popia yang sedap, rangup serta mendapat sambutan pelanggan.
Dengan mengikuti teknik ini, Popia Sira Sambal bukan sahaja tampil berkilat dan menyelerakan, malah mampu kekal rangup lebih lama walaupun disimpan sehingga petang.
Sumber: NoraFiza Kamarin
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: