Resipi Popcorn Caramel Homemade, Masak Guna Periuk Je

Share

Sedapnya Popcorn Caramel

perkongsian Chef Garang ni. Bahan-bahan yang digunakan sangatlah ringkas dan anda sendiri boleh cuba buatnya di rumah. Jangan risau, alatan memasaknya juga mudah. Cukup sekadar ada periuk dan ketuhar. Dah boleh buat snek ni untuk kudapan suami dan anak-anak. Jom lihat cara-caranya!

RESIPI POPCORN CARAMEL HOMEMADE ALA GARRETT

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak jagung dan mentega.

2. Masukan 2 -3 biji kernel jagung. Biarkan dalam 10 saat. Bila dah keluar bertih bermaksud minyak sudah cukup panas.

3. Masukan semua kernel jagung. Tutup periuk dan biarkan 30 saat. Kemudian alihkan periuk dari api seketika. Biarkan dalam 30 saat lagi.

4. Letak periuk kembali di atas api. Pegang periuk dan goncangkan sedikit supaya minyak dan bertih jagung rata.

5. Biarkan dalam 30 saat hingga kesemua kernel jagung bertukar menjadi popcorn.

BAHAN-BAHAN KARAMEL:

CARA MEMASAK:

1. Masukkan mentega, susu pekat manis dan baking soda. Kacau rata.

2. Gaulkan bersama popcorn dan juga kekacang yang telah dibakar hingga rata.

3. Ambil parchment paper dan lapik di atas dulang pembakar. Tuang popcorn yang digaul caramel tadi. Ratakan.

4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 15 minit.

5. Sejukkan popcorn sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

6. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Chef Garang

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Elina