
pesamah daging
Kadang kalanya memang teringin makan lauk kenduri lama-lama. Antara menu yang cukup terkenal suatu ketika dahulu ialah Pesamah Daging, terutama sekali di negeri sebelah utara. Lauk ini biasanya dihidangkan ketika kenduri kahwin bersama nasi minyak kuning dan memang menjadi kegemaran ramai.
Sekarang ini agak susah nak jumpa lauk tradisional seperti ini. Kalau ada pun, tidak ramai yang masih mengekalkan cara masakan asli orang dulu-dulu. Bagi yang teringin nak rasa semula nostalgia lauk kenduri, boleh cuba sendiri resipi yang dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya ini.
Kadang mai teringin nak makan nasi kenduri lauk macam ni. Tak dak pulak orang nak jemput kenduri. Dah terasa teringin, masak sendiri jalah. Memang puas hati bila dapat makan panas-panas bersama nasi minyak.
Pesamah Daging ni dulu-dulu memang famous sebelah utara kalau ada kenduri kahwin baru ada. Tapi sekarang memang payah dah nak jumpa menu tradisional macam ni. Aroma rempah dan kuah pekat dia memang cukup membuka selera.
Daging digaulkan bersama bahan kisar, rempah kari daging, gula merah, serbuk lada hitam kasar dan kerisik sehingga sebati. Perapan ini membantu menaikkan rasa asli Pesamah Daging supaya lebih sedap dan berempah.
Panaskan minyak masak bersama minyak sapi. Tumiskan semua bahan tumis sehingga naik bau wangi dan sedikit garing. Proses ini penting kerana ia memberikan aroma kenduri yang cukup menyelerakan.
Masukkan daging yang telah digaul bersama rempah tadi. Tambah sedikit air untuk empukkan daging. Masak menggunakan api perlahan sehingga daging benar-benar lembut dan kuah mula pecah minyak.
Bahagian ini mengambil masa agak lama, lebih kurang sejam atau lebih bergantung kepada jenis daging yang digunakan. Lagi lama direnih, lagi sedap rasa kuah Pesamah Daging
ini.Apabila daging sudah lembut dan kuah mula pecah minyak, masukkan santan pekat, susu cair, air asam jawa dan sedikit garam secukup rasa.
Teruskan memasak menggunakan api perlahan sehingga kuah benar-benar pekat dan pecah minyak. Bila kuah dah cantik berkilat, maka siaplah hidangan tradisional kenduri ini.
Untuk mendapatkan rasa asli seperti lauk kenduri dulu-dulu, gunakan minyak sapi dan kerisik secukupnya kerana kedua-dua bahan ini memberikan aroma yang sangat sedap.
Selain itu, pilih daging yang mempunyai sedikit lemak supaya hasil masakan lebih lembut dan kuah menjadi lebih pekat. Pesamah Daging
juga lebih sedap jika dimakan bersama nasi minyak kuning atau nasi putih panas.Memang sedap Pesamah Daging ni. Sekali makan terus teringat suasana kenduri kahwin zaman dulu-dulu. Lauk seperti ini semakin jarang ditemui, jadi memang berbaloi cuba sendiri di rumah untuk hidangan keluarga.
Kalau anda peminat lauk tradisional Melayu utara, resipi ini memang wajib cuba sekurang-kurangnya sekali. Aroma rempah, kuah pekat dan daging lembut memang cukup menyelerakan.
Sumber: Qasih Jue Aisya
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: