Rupanya tidak susah untuk hasilkan pes kacang merah secara homemade. Hanya dengan kombinasi beberapa bahan, anda boleh hasilkan inti kacang merah yang sedap. Bolehlah gunakan untuk buat Pau, Roti Goreng, Roti Bun, Kuih Bom dan bermacam-macam lagi. Tak perlu dah beli inti kacang merah segera. Buat sendiri tentunya lebih sedap, jimat dan boleh kawal kemanisannya. Jadi bagi anda yang nak buat sendiri, resipi perkongsian saudari Marlia Lia ni boleh dicuba.
1.Basuh dan bilas kacang merah yang sudah direndam semalaman. Guna kacang merah yang bulat kecil begini. Bukan kidney beans @ kacang merah yang kita buat ABC.
2.Rebus kacang merah hingga betul-betul empuk dan lembut bersama daun pandan.
3.Tambah air panas beberapa cawan lagi jika kacang masih belum empuk.
4.Apabila kacang sudah empuk, sejukkan seketika sebelum dikisar halus di dalam mesin pengisar.
5.Masak semula kacang yang dikisar tadi bersama gula, marjerin, shortening dan garam. Guna api sederhana dan kerapkan kacau supaya tidak hangus. Masak sehingga likat.
6.Sejukkan pes kacang merah sebelum disimpan dalam bekas bersesuaian.
Kredit resipi & foto: Marlia Lia
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official