Resipi Penkek Yang Mudah & Gebu, Buat Untuk Anak-Anak

Share

Sekali sekala kita ubah selera dengan menu ala western sikit untuk hidangan sarapan pagi.

Buat penkek untuk anak-anak, mesti mereka suka dan boleh bertambah makannya.

Resipi yang dikongsi Siti Nor Zainab Taib ini, sangat mudah untuk dicuba dan sekejap je dah siap.

 

PENKEK GEBU

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum – beli online di sini
1 cawan susu segar/ susu full cream/ susu cair – beli online di sini


1 ½ sudu gula – beli online di sini
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
2 sudu besar minyak jagung/ mentega yang dicairkan/minyak masak

TONTON Kek Batik Milky Cheese Horlick, Memang Sedap

TONTON Sizzling Yee Mi, Sedap & Mudah

CARA MENYEDIAKAN:

1. Satukan semua bahan di atas dalam bekas. Kacau rata sehingga tepung tidak berketul-ketul.
2. Biarkan dalam 10-15 minit, untuk bagi penkek gebu sikit nanti.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Cedokkan sesenduk kecil adunan ke atas kuali non stick pan yang panas dan guna api sederhana. Tak payah guna minyak pun.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

4. Bila adunan dah timbul lubang-lubang kecil di atas macam dalam gambar, balikkan penkek. Tunggu seketika, barula angkat sebab dah masak.


5. 1 adunan boleh buat dalam 8 keping penkek. Masa memasak untuk setiap penkek pun dalam 2 minit.

Kredit resipi: Siti Nor Zainab Taib

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN