Paprik Ayam ni jika dibeli di kedai, kadang kala banyak sayur dari isi ayamnya. Harga pun boleh tahan mahal. Bagi yang menggemari menu ini, bolehlah cuba masak sendiri menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudari Khas Fena. Resipi yang cukup mudah malah rasa lebih sedap dari kedai siam. Wow! Cubalah. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK PAPRIK AYAM SEDAP
BAHAN-BAHAN: Isi ayam secukupnya – hiris kecil 3 sudu makan cili kisar (beli online disini) 1/2 mangkuk air panas Bunga kubis secukupnya Jagung muda secukupnya Lobak merah secukupnya Sedikit brokoli Kacang panjang atau kacang buncis – jika ada 6 biji cili padi – ketuk 3-4 helai daun limau purut – buang tulangnya Minyak masak secukupnya
Sekarang ni sana sini orang menjual mangga. Selain sedap buat air mangga, boleh juga buat puding untuk sejukkan tekak. Lega rasanya dapat nikmati puding yang sejuk. Jom kita buat.
Puding Mangga Susu Bahan-bahan: 20g agar-agar tali 5 cawan air 3/4 cawan gula 2 – 3 biji mangga susu – potong dadu kecil-kecil 1 tin susu cair Secubit garam
Cara memasak: 1.Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula,kacau rata. 2.Masuk susu cair dan kacau. Kemudian masuk secubit garam.Kacau-kacau lagi. Tutup api. 3.Tuang secawan adunan puding dalam loyang 8×8.Beku seketika. 4.Tabur mangga susu separuh dalam loyang. Tuang adunan puding tadi hampir menutupi mangga.Beku seketika. 5.Habiskan baki mangga tadi dalam loyang. Tuang baki adunan hingga habis. Bekukan. 6.Boleh simpan dalam peti sejuk satu jam lebih. Potong ikut suka dan boleh dihidang.
Ramai yang suka makan Puding Karamel. Lembut, lemak dan manis. Memang sedap! Namun ada ketika bila buat sendiri, puding seakan tak menjadi. Sedihnya! Usah bimbang kerana resipi Puding Karamel mudah perkongsian saudara Saiful di bawah ni ada boleh cuba. Mudah dan pastinya anda berpuas hati dengan hasilnya. Lepas ni bolehlah buat sendiri dan tak perlu beli lagi.
RESIPI PUDING KARAMEL SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair
5 biji telur gred A
3 sudu makan gula
Sedikit esen vanilla
CARA MEMASAK:
Tuang susu cair ke dalam periuk dan suamkan. Jangan sampai panas. Hanya letak atas api sekejap sahaja.
Pecahkan telur dan pukul. Kemudian tapis.
Dalam bekas lain, campurkan kesemua bahan-bahan tadi ( susu & telur). Tapis sekali lagi. Ada orang suka tambah air. Tujuannya supaya ada ruang-ruang angin bila dikukus nanti.
Ketepikan seketika.
BAHAN GULA HANGUS:
250gm gula
500ml air
CARA MEMASAK:
Masak gula hingga bertukar warna. Jika nak warna gula hangus lebih gelap, masak lebih lama.
Bila dah dapat warna yang diingini, perlahankan api dan tambah air sedikit. Kacau hingga gula larut.
Sejukkan gula hangus terlebih dahulu.
CARA MEMBUAT:
Tuang gula hangus ke dalam bekas yang bersesuaian. Jika bekas sebegini, tuang gula hangus anggaran 1/2 cm.
Seterusnya tuang campuraqn telur dan susu. Jangan sampai penuh acuan.
Susun dalam periuk kukusan dan kukus hingga masak. Api jangan terlalu kuat nanti hasil puding jadi menggelembung dan tidak cantik.
Masak selama 10-15 minit, bergantung pada api masa mengukus.
Bagi anda yang gemar makan ayam goreng seakan yang dijual di restoran makanan segera popular tu, anda kini boleh hasilkan sendiri di rumah secara homemade. Bahan-bahan simple dan ternyata boleh jimat. Resipi ini adalah olahan oleh Suhaida Zainudi.
RESEPI AYAM GORENG ALA RESTORAN MAKANAN SEGERA
BAHAN PERAP:
1/2 ekor ayam yang dipotong – rebus, tos dan sejukkan 4- 5 ulas bawang putih – tumbuk 1/2 paket kecil serbuk cili 1 sudu besar serbuk kari ayam atau perencah maggi kari 1 sudu teh garam 1/2 sudu teh perencah cukup rasa Secubit soda bikarbonat Sedikit air
BAHAN SALUT AYAM A:
1/2 sudu teh serbuk cili
1 biji telur (pukul dulu)
BAHAN SALUT AYAM B ( DISATUKAN):
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
1 sudu kecil baking powder
Secubit soda bikarbonat
CARA – CARA PENYEDIAAN:
Ambil ayam yang telah direbus dan gaul dengan bahan perap. Biarkan selama 1 jam.
Pukul telur bersama serbuk cili kemudian salutkan ayam.
Kemudian letakkan ayam dalam bekas berisi bahan salut B. Salut hingga sekata. Tekan ayam pada tepung berulang kali.
Angkat ayam dan salut sekali lagi dalam mangkuk berisi bahan salut A diikuti golekkan ayam dalam bekas berisi bahan salut B.
Panaskan minyak dengan banyak dan goreng ayam guna api sederhana selama 10-15 minit. PAstikan minyak penuh dan menutupi ayam.
Angkat dan sedia untik dinikmati. Enak dimakan bersama kentang putar dan coleslaw.