Makan

Resipi Pan Mee Homemade Mudah, Hanya Guna 3 Bahan

Share

Anda penggemar sajian Pan Mee? Bolehlah buat sendiri mi homemade ini dengan mudah hanya menggunakan 3 bahan. Saudari Khairuzetti Zaini Collection ada kongsikan resipinya. Jika anda mesin mee @ noodle maker di rumah, boleh hasilkan bermacam jenis mi cina seperti Lo Mein atau Chow Mein. Jom cuba! Anda pasti puas hati dengan hasilnya.

CARA BUAT PAN MEE HOMEMADE HANYA GUNA 3 BAHAN MUDAH

BAHAN-BAHAN:

300gm tepung gandum beli online disini
3 biji telur saiz AA
½ sudu kecil garam

CARA MEMASAK:

1.Satukan tepung gamdum dan garam di dalam bekas.

2.Buat lubang di tengah tepung. Masukkan telur. Kacau dan uli hingga sebati serta jadi doh sempurna.

3. Ratakan tepung atas papan pencanai dan gelek doh tadi hingga nipis.

4. Potong kepingan doh tadi sedikit lebar dengan menggunakan pisau. Gaul hirisan mi dalam tepung gandum untuk elak mi melekat.

5. Didihkan air dalam periuk dan celur mi tadi hingga masak.

6. Toskan air dan sejukkan mi. Kemudian bolehlah dimasak ikut selera masing-masing.

Kredit resipi & foto: Khairuzetti Zaini Collection

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Elina