Resipi Pai Tuna Sedap & Lembut. Kalau Buat Jualan Memang Laku Keras

Share

Petang ni teringin nak makan pai . Kadang beli tak memenuhi cita rasa. Boleh cuba buat sendiri dengan resipi yang dikongsi oleh Zaliha Mohamed. Sejenis pai yang “savoury” iaitu pai yang tidak manis. Savoury pie atau pai yang mengandungi sama ada daging atau ikan yang dicampur bersama sayur-sayuran. Ini bahan dan cara membuatnya.

PAI TUNA

Bahan Pastri:-
350gm tepung gandum
200gm butter – lembut
110gm yogurt
1 kuning telur
1 sudu kecil gula


Secubit garam

Cara-caranya:-

Gaul kesemua bahan kecuali yogurt .dah agak sebati, masukkan yogurt. Uli sehingga menjadi doh yang lembut. Simpan dalam peti ais dalam 20 min. Sementara itu, boleh la buat intinya.

Inti Tuna Flakes:-
1 tin tuna flakes in water ayam brand
1/2 batang lobak merah- dadu kecil
1/2 biji lada benggala hijau/merah – dadu kecil
1/ 2 biji bawang besar (holland) – potong dadu
4 ulas bawang putih – cincang
1 batang sadery – hiris nipis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
2 sudu besar minyak zaitun

Cara-caranya:-
1.Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang Holland sehingga layu.
2.Masukkan sayur-sayuran kecuali lada benggala.
3.Masukkan “Tuna flakes in water Ayam Brands”.

4.Perisa kan dengan garam, serbuk lada hitam & lada sulah.
5.Masukkan lada benggala dan air tepung jagung. Dah nampak memekat, tutup api. Siap dan sejukkan.


6.Keluarkan doh. Canai dan letak doh yang di canai ke dalam acuan atau bekas yang hendak di gunakan.


7.Cucuk-cucuk dengan garfu. Loyang atau bekas pakai buang.
8.Isikan inti dan tutup dengan adunan si atasnya. Cucuk-cucuk dengan garfu.

9.Sapukan kuning telur dan bakar dalam oven dengan suhu 170°c atau sesuaikan dengan oven masing-masing selama 35 min atau sehingga masak kekuningan.

Kredit: Zaliha Mohamed

ANDA MUNGKIN SEDANG MENCARI AIR FRYER UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MENGGORENG DAN MEMASAK. DAPATKAN PELBAGAI PILIHAN DI SINI

MUNGKIN ADA YANG BERKENAN NAK TUKAR BREAD MAKER, BOLEH LIHAT DI SINI

 

IKLAN