Resipi Pai Ayam Kentang Yang Sedap & Mudah Disediakan

Share

Untuk hidangan minum petang, biasanya mak-mak sukakan menu pastri dan juga sedap dimakan panas-panas.

Resipi pai ayam kentang yang dikongsikan Nu Ha ini, amat mudah disediakan dan menggunakan bahan-bahan yang senang didapati.

 

CHICKEN POTATO PIE

BAHAN A:

2 biji ubi kentang | rebus – beli online di sini
1 sudu besar mentega/marjerin – beli online di sini
1-2 sudu besar tepung gandum – beli online di sini


Oregano/blackpepper

BAHAN B INTI AYAM:

1 biji bawang holland | cincang – beli online di sini
1 bahagian isi dada ayam | cincang
2 sudu besar sos blackpepper/lada hitam tumbuk
2 sudu besar sos cili – beli online di sini
Serbuk cili (optional)
Serbuk kari – beli online di sini
Capsicum (optional)
Garam/gula cukup rasa

BAHAN C:

Cheese slices | potong 4
Oregano

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MEMBUAT:

1. Lenyek potato dan gaul dengan mentega/marjerin, tepung gandum dan oregano/blackpepper.


2. Sudukan dalam acuan. Bulatkan bahagian tengah untuk isi inti.


3. Dalam gambar, saya masukkan bawang putih dan guna bawang bombay. Lebih sedap guna bawang holland.


4. Gula saya guna gula merah bukan gula putih. Ikut resipi saya tulis je.


5. Tumis bawang, isi isi ayam, sos blackpepper, sos cili, serbuk cili, serbuk kari, garam dan gula. Biar masak. Sejukkan.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


6. Lepas masukkan inti. Tutup dengan cheese slices yang dipotong 4. Tabur oregano. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170C selama 30 minit.
7. 20 minit pertama api bawah dulu kemudian baru tukar kepada atas dan bawah.

Kredit resipi: Nu Ha

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN