Paf sardin menu sarapan atau minum petang. Pasti seisi keluarga menggemarinya. Bagi membezakan kesedapan sesuatu paf itu apabila pastrinya tidak keras dan sempurna untuk dinikmati. Boleh follow langkah berikut .
1.Masukkan tepung gandum, garam & marjerin (50gm) di dalam mangkuk adunan diikuti air sedikit demi sedikit. Putar adunan sehingga menjadi doh
2.Uli adunan dan tutup dengan plastik. Biarkan 20 minit
3.Tabur sedikit tepung di atas papan canai & canai doh menjadi segi empat panjang setebal kira2 1cm
4.Potong nipis marjerin pastri (400gm) dan atur di atas separuh bahagian doh yang dicanai tadi. Lipat doh menutup marjerin pastri dan tekan sekelilingnya
5.Canai semula doh untuk meratakan marjerin pastri di dalamnya menjadi setebal 1 inci
Ads
6.Lipat tiga doh & masukkan di dalam peti sejuk 20 minit. Keluarkan doh dan ulang langkah sama (canai & lipat tiga) dua kali lagi
7.Balut doh dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk tiga hingga empat jam sebelum digunakan
8.Untuk membuat paf sardin, canai pastri setebal 0.5cm, tekap dengan acuan bulat & letakkan di dalam mangkuk aluminium foil
9.Isikan pastri dengan inti sardin kentang yang telah disediakan terlebih dahulu
10.Tuangkan bancuhan telur 3/4 diatas pastri
11. Bakar pada suhu 180’C selama 30 minit atau sehingga masak (panaskan oven terlebih dahulu)
Inti Sardin
Bahan-bahan:
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 tangkai daun kari
1 sudu teh halba campur
2 sudu makan rempah kari ikan (jadikan pes)
1 tin sardin (ambik isi sahaja)
2 biji kentang (dipotong dadu)
Daun sup (dihiris nipis)
Sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak:-
1.Panaskan minyak di dalam kuali
2.Saute bawang besar, daun kari, halba campur hingga naik bau
3.Masukkan pes kari & kacau hingga terbit minyak
Ads
4.Masukkan sardin, hancur2 kan & kacau rata
5.Masukkan ubi kentang , kacau rata & masukkan air setakat tenggelam kentang sahaja
6.Masak inti sehingga separuh kering.
7.Masukkan garam secukup rasa & daun sup.
8.Tutup api & biarkan inti sejuk
Resipi Telur
Bahan-bahan:
2 biji telur
200gm cooking cream
Sedikit garam
Cara membuat:-
Ads
1.Pukul telur hingga kembang
2.Masukkan cooking cream & gaul rata
3.Masukkan secubit garam
SELAMAT MENCUBA!
Resipi Ikhlas dari Datin Shida Yusoff @missdessertparlour
Bila ada jamuan potluck dan sebagainya, pening juga kepala nak memikir menu apa yang sesuai. Antara yang boleh anda bawa ialah pemanis mulut dan juga tart. Tart pula ada pelbagai perisa, selain gebu rasanya juga enak. Pasti tak cukup sebiji bila sekali makan. Boleh ikut resipi ni kalau nak mencuba.
Terasa nak hidang menu special ala barat untuk tetamu yang datang beraya? Kalau nak kelainan, seleksi aneka Quiche dan Pai ni boleh anda hasilkan. Jika beli atau tempah, harga pastinya tidak murah. Jadi apa kata anda buat sendiri. Pasti puas hati dan lebih jimat. Selamat mencuba!
1. CHICKEN POT PIE
BAHAN PASTRI:
1 tin sup cendawan
1 cawan susu segar
2 cawan sayur campur
400gm isi ayam
1 biji bawang besar | dipotong dadu
Sedikit minyak untuk menumis
Pastry segera secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis bawang sampai layu. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati. Masukkan pula sayur campur kemudian perasakan dengan sedikit garam.
Masukkan sup cendawan dan susu segar masak sehingga sedikit pekat.
Ketepikan.
Masukkan isi yang telah di masak tadi ke dalam bekas remekin.
Tutupkan dengan puff pastri tadi mengikut saiz remekin. Sapukan kuning telur di permukaan pai.
Bakar dengan suhu 200C selama 15 minit.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Bakar pastri sekadar untuk merangupkan pastri segera sahaja.
2. CHICKEN MUSHROOM QUICHE
BAHAN UNTUK PASTRI:
200gm tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit mixed herbs
110gm mentega sejuk -kiubkan
1 kuning telur
¼ sudu makan jus lemon
20ml air sejuk | dimasuk berselang seli
1 sudu teh gula halus
BAHAN UNTUK INTI:
1 ulas bawang putih dicincang
2 sudu makan minyak zaitun
50gm lada benggala pelbagai warna di potong dadu
1 batang seleri
20gm cendawan butang hiris nipis
Bawang besar
200 isi ayam
Garam secukup rasa
Sedikit mixed herbs
BAHAN UNTUK CREAM:
250gm whipped cream
Sedikit lada hitam
4 biji telur
CARA MEMASAK :
Untuk menyediakan pastri, campurkan tepung gandum, garam dan mixed herbs.
Seterusnya campurkan bahan selebihnya dan gaul hingga sebati. Tuangkan ke dalam adunan tepung tadi.
Kemudian uli sehingga menjadi doh dan rehatkan selama 15 minit dalam peti sejuk.
Selepas itu, terapkan dalam pie mould yang boleh dikeluarkan plate dari bawah dan cucukkan tepung dengan garpu dan bakar selama 15 minit-20 minit secara blind bake atau separuh masak.
Untuk menyediakan filling.Tumiskan bawang putih, diikuti isi ayang yang telah dicincang , goreng sekejap.
Masukkan kesemua campuran sayuran.
Masukkan garam dan sedikit mixed herbs. Ketepikan.
Bagi menyediakan krim pula, campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.
Selepas doh dibakar separuh masak selama 20 minit, masukkan filling.
Akhir sekali masukkan krim.
Taburkan keju cheddar yang diparut dan bakar selama 35 minit pada suhu 170°C.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Quiche adalah sejenis pastri seperti tart yang dimasukkan dengan isi yang dimasak terlebih dahulu.
3. TUNA POTATO FLAN
BAHAN PASTRI:
250gm tepung gandum
1 sudu teh garam
115gm mentega sejuk | dipotong dadu
Air sejuk secukupnya
BAHAN INTI:
1 sudu makan mentega untuk menumis
1 biji bawang Holland
1 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 tin tuna
100gm lada benggala dipotong dadu
2 biji telur
½ cawan krim masakan
½ sudu teh jus lemon
Garam secukupnya
CARA MEMASAK :
Untuk menyediakan pastri, satukan semua bahan kecuali butter dan air. Gaul rata.
Masukkan mentega, adun hingga menjadi serbuk roti.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan adun hingga boleh dikepal sahaja. Tak perlu adun lama-lama atau terlebih uli.
Canai doh dan letakkan doh dalam acuan pai
Kemaskan keliling acuan pai, kemudian lebihan doh dipotong dengan pisau.
Cucuk permukaan doh dengan garpu supaya pastri tidak mengelembung.
Blind bakepastri keemasan (letakkan kertas timah pada permukaan doh dan taburkan kacang merah atau beras supaya berat. Apabila pastri dah keemasan, keluarkan kertas timah dan kekacang).
Untuk menyediakan inti,
Panaskan mentega, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan garam, serbuk lada hitam dan kacau rata.
Masukkan tuna dan perahkan lemon masak dan ketepikan.
Masukkan inti dalam pastri yang dah kuning keemasan.
Pukul telur, susu cair hingga sebati. Masukkan daun sup. Kemudian tuang pada inti pastri tadi.
Bakar pastri selama 30 minit pada suhu 170C atau cucuk lidi pada adunan telur, jika tidak melekat, itu tandanya sudah masak.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Adunan ini sesuai untuk pastri bersaiz besar.
4. QUICHE TOMYAM UDANG
BAHAN PASTRI:
250gm tepung gandum
1 sudu teh garam
½ sudu teh serbuk kari
115gm mentega sejuk | potong dadu
Air sejuk secukupnya
BAHAN INTI:
1 sudu makan mentega untuk menumis
1 biji bawang Holland
1 ulas bawang putih
1 sudu teh perencah tomyam
1 sudu makan serbuk lada hitam
200gm isi udang
2 tangkai daun sup | hiris
2 biji telur
1/2 cawan susu cair
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat pastri, satukan semua bahan pastri kecuali mentega dan air. Gaul rata.
Kemudian masukkan mentega, adun hingga menjadi serbuk roti.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan adun hingga boleh dikepal sahaja. Tidak perlu adun lama-lama atau terlebih uli.
Canai doh dan letakkan doh dalam acuan pai.
Kemaskan keliling acuan pai, lebihan doh dipotong dengan pisau. Cucuk permukaan doh dengan garpu supaya pastri tidak mengelembung.
Blind bake pastri keemasan (blind bake – letakkan kertas timah pada permukaan doh dan taburkan kacang merah atau beras supaya berat. Apabila pastri sudah keemasan, keluarkan kertas timah dan kekacang).
Untuk menyediakan inti, panaskan mentega, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan serbuk kari, serbuk lada hitam dan kacau rata.
Masukkan isi udang.
Masukkan inti dalam pastri yang sudah kuning keemasan
Pukul telur, susu cair hingga sebati. Masukkan daun sup. Kemudian tuang pada inti pastri tadi.
Bakar pastri selama 30 minit pada suhu 170C. Cucuk dengan lidi pada adunan telur, jik tidak melekat, bermakna ia sudah masak.
Sedia dihidangkan
INFO CHEF: Jika suka pedas, boleh lebihkan sedikit serbuk kari dalam bahan.
5. MINI SHEPHERD PIE
BAHAN A (UNTUK INTI):
400 gram daging kisar
½ biji bawang besar | potong dadu
1 ulas bawang putih | cincang
¾ cawan kacang panggang
6 biji cendawan butang |belah empat
5 biji tomato masak | potong dadu atau boleh digantikan dengan sedikit puri tomato
1 batang lobak merah | potong dadu
1 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan 1 cawan air
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 kiub stok daging
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
BAHAN B (UNTUK TOPPING):
1 kg kentang | potong kecil-kecil
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Air untuk merebus kentang secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
Sediakan bahan untuk membuat topping pula.
Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk.
Ketika kentang masih panas, lecek hingga hancur sebati.
Gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.
Masukkan adunan kentang ke dalam bekas aluminium kecil
Seterusnya masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. Atau masukkan dalam piping bag dan guna swirl nozzle yang besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu . Bakar selama 30 minit atau hingga bahagian atasnya keperangan.
Keluarkan dari ketuhar dan hidangkan ketika masih suam.
INFO CHEF : Boleh dimasak di dalam remekin atau di dalam bekas foil comel.
6. BABY SPINACH AND SALMON QUICHE
BAHAN-BAHAN:
1 keping short crust pastry
3 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
60gm mentega| dicairkan
285gm kepingan ikan salmon
50gm baby spinach
Sedikit garam
1/2 cawan keju
CARA MEMASAK:
Pecahkan telur, masukkan susu, tepung, baking powder ke dalam mangkuk. Pukul hingga sebati.
Masukkan mentega, kepingan ikan salmon, baby spinachdan keju ke dalam bancuhan telur tadi.
Tuangkan ke dalam acuan short crust pastry dan bakar pada suhu 180C selama 30-35 minit.
INFO CHEF: Bahan inti boleh juga dimasukkan hirisan cendawan butang yang telah ditumis bersama minyak zaitun sehingga layu untuk rasa yang padat.
Siapa kata buat lasagna ni susah. Kali ini kita olah cara hanya dengan menggunakan roti pun boleh mendapatkan lasagna yang sedap. Ikut resipi yang dikongsi oleh Mimie Ali pasti memenuhi cita rasa anda. Boleh hidangkan untuk minum petang juga makan malam. Kenyang dengan pelbagai ramuan di dalamnya. Pendek kata memang puas makan.
Lasagna Roti Bahan-bahan: 12 keping roti 3 biji telur 200 ml susu segar-BELI ONLINE DI SINI 8 keping keju 1 cawan Mozzarella cheese (diparut) 1 cekak daun sup 1 biji cili merah (dihiris) 4 sudu besar sos lada hitam-BELI ONLINE DI SINI 4 sudu besar sos tomato 300 gram daging cincang 3 ulas bawang putih (dicincang) 1 biji bawang besar (dicincang) 1 cubit garam dan gula
Cara memasak: Inti Daging 1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. 2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk. 3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air. 4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Masukkan daun sup dan cili merah. 6. Masak sehingga daging masak dan kering. 7. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.
Lasagna Roti 1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega. 2. Pukul telur dan susu sehingga sebati. 3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh. 4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan. 5. Susun kepingan keju ke atas daging. 6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging. 7. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali. 8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti. 9. Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit. Sumber : Mimie Ali
Tak sangka, hanya dari secawan kopi, perpaduan rakyat Malaysia boleh tercetus. Kopitiam Xin Aun Nong Yong yang nampak biasa ini rupanya tersimpan nostalgia tentang...