
Kadang-kadang nasi putih yang dimasak tak habis dimakan. Nak simpan dalam peti sejuk pula terlalu sikit. Jadi anda boleh buat nugget ayam hoemmade ni. Sedap & pasti tak membazir.
NUGGET AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan nasi sejuk
- 2-3 keping isi ayam dicincang – lebih banyak lebih sedap
- 5 ulas bawang putih
- 1 kiub pati ayam – boleh hancurkan sedikit dengan air panas
- Sedikit air – untuk mengisar
BAHAN SALUTAN:
- 2 biji telur
- Serbuk roti
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan dengan sedikita air. Jangan letak air banyak nanti adunan jadi lembik.
2. Kisar sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan dalam bekas bersesuaian.
3. Ambil bekas tahan panas atau loyang. Sapukan sedikit minyak.
4. Tuang adunan tadi ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit. Angkat dan sejukkan. Setelah sejuk, potong kecil.
5. Celup kepingan nugget tadi dalam bancuhan telur dan salut dengan serbuk roti.
6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Jika nak sejukbekukan, hanya simpan terus dalam bekas tanpa perlu goreng.
Kredit resipi & foto: Faeila Ila
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Sukun Goreng Cicah Sambal Kicap. Begini Cara Bancuh Tepungnya

Sukun Goreng sememang sangat sedap. Kena pula tepung salutan yang rangup, sukun pun dihiris tidak terlalu tebal, dicicah pula dengan Sambal Kicap. Memang kombinasi yang sangat padan! Agak sukar nak jumpa buah sukun segar? Jangan risau, denagn kemodenan teknologi serta kedai alam maya, anda boleh beli buah sukun secara online. Mudah kan? Jom lah cuba resipi Sukun Goreng perkongsian saudari Tuan Adriana Arissa ni. Comfirm puas hati.
CARA BANCUH ADUNAN TEPUNG UNTUK MASAK SUKUN GORENG & SAMBAL KICAP SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Sukun – beli online disini
Tepung beras – beli online disini
Sedikit air kapur – beli online disini
Garam
1 biji telur
Pewarna kuning – beli online disini
Air sejuk
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan masukkan air sedikit demi sedikit.
2. Kacau dan adun sebati hingga dapat tekstur adunan yang sempurna.
3. Hiris buah sukun mengkut ketebalan yang digemari kemudian celupkan ke dalam adunan tepung.
4. Goreng dalam minyak yang panas sehingga tepung menjadi keperangan, rangup dan masak sempurna.
NOTA: Jumlah tepung dan bahan-bahan agak-agak sahaja. Pastikan adunan tidak cair dan juga tidak pekat. Sedang-sedang sahaja.
SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN:
10 biji cili api merah – goreng
5 biji cili besar – goreng
3 ulas bawang putih – goreng
Jus limau nipis
Kicap manis – beli online disini
Kicap pekat – beli online disini
Sedikit air untuk mengisar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan bahan dan goreng bahan-bahan yang perlu digoreng. Toskan. Boleh jika tidak mahu goreng tapi lebih enak jika dimasak sebentar.
2.Kisar kesemua bahan hingga halus. Tambah garam dan gula secukup rasa.
3. Masak semua sambal kicap sehingga mendidih untuk menjadikan ia tahan lebih lama.
Kredit resipi & foto: Tuan Adriana Arissa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kuah Banyak, Tambah Sayur. Sedap Rupanya Daging Merah Masak Macam Ni
5 Bahan Je. Resipi Kuih Siput Lemak Manis Rangup Yang Super Sedap!
Masak Sayur Pedas Timun Ikut Resipi Arwah Mak. Sedap Tak Terkata
Padu! Resipi Air Tembikai Lemon Laici Paling Sedap Minum Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Cheddar Cheese Super Rangup

Makanan yang satu ni super leka kalau korang makan. Sekali makan susah nak berhenti. Kalau korang ada cheddar cheese yang tak terusik dalam peti ais dari berkulat tak buat apa.. jom buat cheese stick ni sedapp, rangup ralit mkn sedar2 habis sebalang.. tp nak membuatnya sabar sikit yer😁😂🤣😅
Bahan2
150 gm tpg pulut
50 gm cheddar cheese(parut)
1 biji telur
1 sudu kecil butter @marjerin
1 sudu kecil garam
santan kotak
Caranya
-campurkan semua bahan kecuali santan
-tuang sikit2 santan.. uli smp jd doh
-jgn terlalu lembik.. jgn terlalu keras
-gentel2.. masuk dlm kuali yg ada minyak
-gentel sikit2 jgn semua sekali gus…sbb nt bila nak goreng melekat
-masa goreng bukak api perlahan.. jgn kacau dulu tunggu cheese stick timbul
Cc: zaimah zakaria
Brokoli Mozarella Bites. Snek Ringan Untuk Anak Yang Kurang Makan Sayur.

Anak-anak kurang gemar makan sayur? Resipi ni mungkin boleh umpan mereka untuk makan sayuran hijau penuh khasiat ni. Mudah & enak. pasti mereka akan sukakannya!
BROKOLI MOZARELLA BITES
BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan madu
- 60gm brokoli | potong kasar
- 60gm keju mozzarela | parut kasar
- 1 biji telur
- 160ml susu segar
- 150gm tepung gandum serba guna
- 3gm serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
- ½ sudu teh minyak masak
- 1 biji bawang merah | racik
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung dan serbuk penaik dan ketepikan.
- Di dalam mangkuk berlainan, satukan susu, madu, garam, telur dan minyak masak. Gaul sebati.
- Masukkan adunan tepung dan serbuk penaik tadi. Gaul sebati.
- Kemudian masukkan brokoli dan keju mozzarela, gaul sebati.
- Panaskan minyak. Sudukan adunan di dalam minyak yang panas. Goreng hingga perang keemasan.
- Angkat dan tos minyak.
- Sedia untuk dihidangkan.
JOM MAKAN BROKOLI!
Sayuran berwarna hijau ini agak kurang popular dan jarang digunakan dalam masakan tempatan. Namun, ia sangat tinggi khasiat dan memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan. Selain ditumis atau dikukus, pelbagai hidangan enak yang boleh dimasak dengan menggunakan brokoli. Asalkan anda sanggup mencuba.
Beberapa kajian mendapati brokoli mengandung senyawa anti kanser kerana terdapat kandungan fitokimia yang bernama indole dan isothiocyanate. Inilah yang disebut-sebut sebagai manfaat brokoli yang paling besar. Di antara zat yang terkandung di dalam brokoli ialah serat, antioksidan, vitamin A, B, C, K, dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Berikut adalah di antara manfaat sayuran berwarna hijau ini.
MANFAAT BROKOLI TERHADAP KESIHATAN
1. Membantu Turunkan Berat Badan
Sayuran yang kaya akan serat seperti brokoli sangat membantu program diet penurunan berat badan anda. Kandungan seratnya yang tinggi dapat membuat perut kenyang lebih lama. Sayuran berwarna hijau ini juga mengandungi vitamin serta mineral, dan rendah kalori juga lemak.
2. Menjaga Ketajaman Penglihatan
Kandungan lutein dan vitamin A yang ada di dalam brokoli membuatkan sayuran ini memiliki kemampuan untuk menjaga kesihatan mata. Sebuah kajian menunjukkan bahawa kadar lutein yang tinggi dapat mencegah penurunan fungsi mata seperti katarak dan makula. Sementara vitamin A sangat penting untuk menjaga kesihatan retina.
3. Menjaga Kesihatan Kulit

Memiliki kulit cantik, sihat dan terbebas dari segala permasalahannya ialah impian semua orang. Di dalam brokoli terdapat senyawa glucoraphanin, yang dapat membantu memperbaiki kerosakan kulit akibat paparan sinar matahari atau proses penuaan. Selain itu, ia dapat membantu untuk memperbaiki jaringan kulit yang rosak dan membuat kulit yang sihat dan bercahaya. Secara umum, mengambil brokoli baik untuk proses detoksifikasi kulit. Vitamin E di dalamnya sangat bagus untuk mempercepat proses regenerasi sel-sel kulit mati.
4. Menjaga Kesihatan Pencernaan
Kandungan serat yang tinggi dalam brokoli mampu menjaga pencernaan agar berfungsi dengan baik, mencegah penyakit seperti sembelit. Dan antioksidannya merupakan detoks semula jadi yang membersihkan saluran pencernaan seperti lambung dan usus dari racun.
5. Mencegah Penyakit Kardiovaskular
Brokoli mengandung vitamin B6 dan asid folid yang terbukti dapat mencegah penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok. Jadi jangan ragu untuk memakan sayuran yang satu ini. Tentunya harus diimbangi dengan gaya hidup sihat dan berolahraga secara teratur.
6. Mengawal Tekanan Darah
Dengan kandungan kalium dan magnesiumnya yang tinggi, brokoli menjadi salah satu sayuran yang dianjurkan untuk diambil oleh penghidap tekanan darah tinggi.
7. Menjaga Kesihatan Tulang dan Gigi
Kalsium merupakan mineral yang sangat penting bagi kesihatan tulang dan gigi dan brokoli ini merupakan sayuran yang mengandungi kalsium yang tinggi. Selain kalsium, terdapat juga vitamin K yang dapat mencegah osteoporosis.