Di musim rumah terbuka ni, pasti ramai yang tengah tercari-cari menu yang sesuai untuk dimasak bagi dijadikan hidangan buat tetamu. Menu Nasi Ayam perkongsian saudari Sur Aida ni antara yang mudah dan sedap. Malah disukai ramai. Jom cuba. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
CARA MASAK NASI AYAM PALING SEDAP SUKATAN 10 ORANG MAKAN
RESIPI AYAM
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
BAHAN SAPU:
5 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan madu
1 sudu makan minyak bijan
CARA MEMASAK:
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Lumurkan pada ayam dan perap selama 30 minit atau lebih.
Panaskan air hingga mendidih dan masukkan ayam. Tutup penutup periuk dan rebus selama 5-6 minit.
Angkat ayam dan sapukan dengan sos tiram, kicap manis, madu dan minyak bijan.
Gantungkan ayam sekejap anggaran ½ jam atau lebih supaya ayam menjadi kering. Ia bertujuan menghasilkan ayam yang cantik dan berkilat apabila digoreng.
Panaskan minyak hingga betul-betul panas, Kemudian jirus ayam menggunakan minyak tadi sehingga rata. Bila kulit ayam dah kering, benamkan ayam dalam minyak panas dan goreng hingga masak.
Angkat ayam dan sapukan dengan madu secukupnya supaya kelihatan berkilat. Ketepikan.
RESIPI NASI
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras
1 biji bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 inci halia – kisar
2 ketul kiub pati ayam
2 sudu teh garam
2 sudu makan marjerin
2 helai daun pandan
¼ sudu teh serbuk kunyit
Air rebusan ayam secukupnya – jumlah air bergantung pada jenis beras yang diguna. Sukatan air 2 kali ganda dari sukatan untuk masak nasi biasa.
CARA MEMASAK:
Cairkan marjerin dan tumis bahan kisar dan daun pandan hingga wangi.
Kemudian masukkan kiub pati ayam, garam dan serbuk kunyit.
Masukkan juga air rebusan ayam dan beras. Kacau rata dan biar nasi hingga masak.
RESIPI SOS CILI
BAHAN-BAHAN:
Ads
1/2 senduk (nasi) cili kering kisar
4 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1/2 cawan sos cili
Gula, garam dan cuka secukup rasa
Air secukupnya
Bancuhan tepung jagung secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali air dan tepung jagung dan masak atas api sederhana. Tambah sedikit air.
Bila cili kelihatan masak, masukkan bancuhan tepung jagung secukupnya untuk memekatkan sedikit kuah.
RESIPI KICAP AYAM
BAHAN-BAHAN:
Ads
5 ulas bawang putih – cincang
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan kicap manis
Gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
Air secukupnya
Sedikit bancuhan tepung jagung
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih. Masukkan kicap, sos tiram,gula dan tambahkan air. Kacau hingga sedikit mendidih.
Tambahkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan. Angkat dan hidangkan bersama nasi, ayam, sos cili dan juga sup.
Sedapnya Bubur Ayam Berlauk ni. Menu ini digemari ramai tidak kira tua atau muda. Malah ia juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa tak kira pagi, tengahari mahupun malam. Jika cuaca hujan, lgilh sedap makan bubur panas-panas ni.
Selain dinikmati begitu sahaja, Bubur Ayam juga enak dimakan dengan pelbagai lauk pauk. Biasanya lauk seperti Kangkung Goreng Belacan, bilis goreng, telur masin, kacang goreng, isi ayam carik sesuai dinikmati Bersama. Jika kaum cina, ada yang makan bersama kuih Cakoi.
Nak masak Bubur Ayam yang enak tak susah. Macam resipi perkongsian saudari Aisyah Humira ni. Sangat ringkas bahan-bahannya. Malah menurut beliau lagi, jika makan kosong je, bubur ni berasa seakan bubur ayam ala mcd. Wow… Sedap tu!
Jom cuba masak menu ni untuk keluarga anda. Pasti berselera semuanya. Selamat mencuba dan menjamu selera!
1.Masukkan beras ke dalam InstantPotdan pilih menu porridge.
2.Setelah bubur masak, jika suka berkuah atau sedikit cair boleh tambah 1-2 gelas air panas dan kacau sebati.
3.Hidangkan bersama bawang goreng, minyak bijan, serbuk lada sulah dan pilihan lauk kegemaran siap.
4.Jika tiada periuk elektrik, boleh masak guna dapur dan periuk biasa. Caranya ialah campurkan semua bahan dan masak guna api sederhana. Lebihkan juga air.
5.Kacau sesekali untuk elak bubur hangus di bahagian bawah. Masak sampai bubur masak sempurna.
6.Masukkan bubur ke dalam mangkuk dan letak semua bahan lauk sampingan. Gaul dan nikmati. Memang sedap!
Nasi Ayam Thai. Resipi yang pernah hangat tular di grup-grup masakan di laman sosial pada suatu ketika dahulu. Berbeza dengan nasi ayam yang biasa kita makan, resipi ini jauh lebih mudah, ringkas dan tidak renyah. Sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa. Jom kita cuba resipi perkongsian saudara Shahril Romli ini. Anda pasti suka akan hasilnya.
CARA MASAK NASI AYAM THAI PALING MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Isi dada ayam
Akar ketumbar
Hirisan halia secukupnya
Air secukupnya – anggaran air yang biasa digunakan untuk memasak nasi
Kiub pati ayam secukupnya
3 cawan beras – dibersihkan dan ditos
BAHAN SOS NASI AYAM THAI RINGKAS:
Sos cili thai maggi
1 sudu kicap pekat
Sedikit perahan jus limau nipis
Sedikit air jika perlu
Cili merah | dihiris – boleh guna cili padi kalau mahu lebih pedas
CARA MEMASAK:
Dalam periuk yang bersesuaian, masukkan ayam bersama akar ketumbar/akar daun sup dan hirisan halia. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan perasa kiub pati ayam.
2. Setelah mendidih sekali lagi dan ayam kelihatan masak, keluarkan ayam dan letakkan dalam bekas lain. Ketepikan seketika.
3. Masukkan beras yang telah dibersihkan ke dalam air rebusan ayam. Letakkan kembali ayam yang dikeluarkan tadi dan masak beras seperti biasa.
4. Untuk menghasilkan sos nasi ayam versi ringkas, masak sos cili thai bersama kicap pekat dan sedikit jus perahan limau nipis. Tambah sedikit air untuk mencairkan sos. Akhir sekali, masukkan hirisan cili.
5. Hidangkan nasi ayam thai bersama sos tadi. Selamat mencuba!
Nota: Jumlah bahan-bahan dalam resipi ini boleh diubah suai dan dipadankan dengan selera masing-masing.
Kadangkala pening kepala memikirkan apa menu untuk disajikan buat anak-anak dan suami masa sarapan. Apa kata anda cuba pelbagai jenis resipi Nasi Gorengyang RASA kongsikan ini. Lebih mudah kerana menu ni memang ringkas dan sedap. Masa dan tenaga juga boleh dijimatkan. Selamat mencuba!
1. NASI GORENG CILI KERING TUMBUK
BAHAN-BAHAN: 1 mangkuk besar nasi sejuk yang dah diramas Garam secukup rasa 6-7 tangkai cili kering (rendam sampai lembut) 5 biji bawang kecil 4 ulas bawang putih 1/2 cawan ikan bilis Sedikit minyak 2 biji telur
CARA MEMASAK: 1. Tabur rata garam atas nasi. 2. Tumbuk cili kering sampai lumat. Tumbuk sekali bawang dan bawang putih. Akhir sekali tumbuk ikan bilis. Biar semua sebati. 3. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk sampai garing. 4. Masukkan telur. Kacau. 5. Masukkan nasi. Kacau sampai semua sebati, secukup rasa & berasap. Siap untuk dinikmati.
2. NASI GORENG ISI IKAN LADA TUMBUK
BAHAN-BAHAN: 2 cawan nasi sejuk Isi ikan goreng secukupnya (boleh ganti ikan bilis goreng) 1 paket perencah nasi goreng ikan bilis adabi Garam secukup rasa Segenggam cili kering (basuh bersih, potong, rendam air panas sampai lembut, toskan) 3 biji bawang besar – hiris 3 ulas bawang putih – hiris 2 biji telur Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Kisar kering @ tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili kering sampai hancur. 2. Tabur isi ikan, perencah nasi goreng dan garam atas nasi. 3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi sampai garing. Pecahkan telur. Biar 10 saat baru kacau. 4. Masukkan nasi dan gaul rata sampai semua bahan sekata dan masak. Hidangkan.
3. NASI GORENG ULAM BUDU
BAHAN-BAHAN: 3-4 biji bawang besar 4-5 ulas bawang putih Cili api merah Segenggam ikan bilis Nasi sejuk secukupnya Garam secukup rasa Budu 2 batang serai 3-4 helai daun limau purut Segenggam daun kesum Cili api hijau Ulam ulam (empunya resipi guna pucuk paku merah, timun dan kubis. Lagi sedap kalau ada pegaga, selom, ulam raja, petai, jering, hempedu bumi & bunga kantan) Sedikit minyak Limau nipis Keropok keping
CARA MEMASAK: 1.Hiris halus serai, daun limau purut, daun kesum, cili api hijau dan semua ulam-ulaman. 2.Kisar kering atau tumbuk bawang besar, bawang putih, cili api merah dan ikan bilis. 3. Tabur rata garam atas nasi. Jangan banyak sangat kerana ikan bilis & budu sudah masin. 3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai garing. 4. Masukkan nasi. Kacau dan tuang budu. Kacau sampai semua sebati. Rasa. Kalau kurang perasa, tambah apa yang patut. 5. Masukkan semua bahan hiris. Kacau semua sampai masak dan rata. 6. Sebelum makan, perah limau nipis, gaul nasi & makan dengan keropok.
4. BEEF PATTI FRIED RICE
BAHAN-BAHAN: 3-4 cawan nasi putih sejuk 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1/2 biji bawang holland 1 paket perencah nasi goreng ayam Garam & lada hitam secukup rasa Sedikit minyak 3 keping daging burger (potong dadu)
CARA MEMASAK: 1. Ramas-ramas nasi. Tabur perencah, garam dan serbuk lada hitam di atas nasi. 2. Kisar kasar semua bawang. 3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Masukkan daging burger dan kacau sampai garing. 4. Masukkan nasi tadi. Kacau rata. Kalau nak pedas, boleh tambah cili api yang diketuk. Siap untuk dinikmati.
5. NASI GORENG KAMPUNG & TELUR MATA
BAHAN-BAHAN: 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 3 biji cili api Segenggam kecik ikan bilis 6 biji kacang buncis (hiris bulat halus) Sekeping isi ayam (hiris halus) Nasi sejuk secukupnya Minyak untuk menumis 1/2 sudu teh serbuk kunyit Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Relaikan nasi. Kemudian tabur garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit. Jangan gaul, biar sahaja. 2. Tumbuk kasar bawang, bawang putih, cili api dan ikan bilis. 3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sampai garing. Masukkan isi ayam. Kacau sampai sebati. 4. Masukkan nasi dan hirisan kacang buncis. Kacau rata sampai masak. Siap.
TIP: Nak tahu garam sudah merata dalam nasi goreng, tabur garam bersama serbuk yang berwarna (contoh: serbuk kunyit atau serbuk lada hitam) atas nasi sebelum digoreng. Jadi bila masuk nasi dalam kuali, kacau rata. Bila warna kunyit atau lada hitam kelihatan merata, ia bermakna garam pun sudah rata.
6. NASI GORENG SARDIN
BAHAN-BAHAN: 1 mangkuk nasi (ramas dan tabur sedikit garam) 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1 sudu makan cili boh / cili giling 2 cili api (ketuk) Sedikit pes asam jawa 1 tin kecik sardin (buang separuh sos. Isi sardin lenyek separuh hancur) Sedikit minyak Sedikit kicap manis
CARA MEMASAK: 1. Kisar bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, cili boh dan cili api sampai garing. 2. Masukkan sardin, pes asam jawa dan kicap manis. Kacau rata. 3. Masukkan nasi. Kacau sampai semua sebati. Siap.
7. NASI GORENG ISI IKAN
BAHAN-BAHAN: 4 cawan nasi sejuk 1 sudu teh garam 1 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu teh serbuk perasa 2 ekor ikan goreng – ambil isinya dan racik halus 2 biji telur 3 tangkai kacang panjang – hiris Minyak untuk menumis
BAHAN TUMBUK KASAR: 1/2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 3 biji cili api
CARA MEMASAK: 1. Ramas nasi sampai hancur. Tabur atas nasi garam, serbuk kunyit, serbuk perasa dan isi ikan goreng diracik halus. 2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili api. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sampai garing. 3. Masukkan telur dan kacau. Masuk nasi bersama kacang panjang hiris dan kacau rata sampai masak. Siap.
8. NASI GORENG SEAFOOD CHICKEN CHOP
BAHAN-BAHAN: 3 cawan nasi sejuk (relaikan) Garam secukup rasa 1 sudu kecil gula 2 senduk cili kisar (lada kering+bawang besar+bawang putih diksiar halus) 1/2 senduk minyak Udang dan sotong hiris secukupnya Sayuran pilihan (saderi,lobak,brokoli dan bunga kubis) 2 sudu sos ikan 2 sudu sos tiram
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak. Tumis cili kisar sampai garing. Masukkan udang dan sotong. Kacau sampai masak. 2.Tabur garam rata atas nasi. 3. Masukkan gula, sos ikan dan sos tiram ke dalam kuali. Tambah sayur. Kacau sebati. 4. Masukkan nasi yang telah digaram tadi. Kacau 3 ke 4 minit menggunakan api besar. Siap.
CHICKEN CHOP
BAHAN-BAHAN: 4 keping peha ayam (buang tulang) 1 biji telur 1/2 sudu teh garam 1 cawan tepung gorengan bistari 1/2 cawan tepung jagung 3 sudu air Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Pukul telur dengan garam sampai berbuih. Masukkan peha ayam. Perap 20 minit. 2. Masukkan semua tepung dan air. Kacau sampai semua ayam bersalut tepung. 3. Panaskan minyak, goreng ayam sampai garing. 4. Hidangkan Chicken Chop dengan nasi goreng seafood td. Jika suka, picit sos cili dan mayones dengan secukupnya.
9. NASI GORENG UDANG GERAGAU
BAHAN-BAHAN: 1 mangkuk nasi sejuk 1 bawang besar 2 ulas bawang putih Cili api Segenggam udang geragau kering Sedikit air Sedikit minyak 1 biji telur Kacang panjang (hiris halus) Garam & serbuk pati ayam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Kisar kasar bawang bawang, cili api dan udang geragau. 2. Tabur rata garam dan serbuk pati ayam atas nasi 3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai garing. Masukkan telur, kacau. 4. Masukkan kacang panjang dihiris dan nasi. Kacau rata sampai nasi masak. Siap untuk dihidang.
10. NASI GORENG KHOMOK/KUNYIT
BAHAN-BAHAN: 3 mangkuk nasi putih Garam, serbuk kunyit dan ajinomoto secukup rasa 1 sudu teh gula 1 senduk kecik minyak 4 ulas bawang putih – ketuk 1 biji bawang besar – hiris halus 2-3 biji cili api – ketuk (lebihkan jika suka pedas Sawi bok choy secukupnya – potong 1 keping dada ayam – potong dadu 3 sudu sos ikan
CARA MEMASAK: 1. Gaul nasi sampai relai. Tabur garam, gula, serbuk kunyit & ajinomoto di permukaan nasi. Jangan kacau. Biar je. Ketepikan. 2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api sampai naik bau. Masuk ayam. Kacau rata. 3. Masukkan sos ikan dan kacau. Masukkan nasi tadi dan kacau lagi sampai nampak serbuk kunyit rata. Bila serbuk kunyit dah rata bermakna garam, gula dan perasa pun dah rata. 4. Masukkan sayur dan kacau lagi sampai semua masak. 5. Nasi goreng sedia dihidang.
11. NASI GORENG BUDU ISI IKAN
BAHAN-BAHAN: 3 mangkuk nasi sejuk – diramas Garam secukup rasa 3 ekor isi ikan 1 biji bawang merah besar – dadu halus 3 ulas bawang putih – diketuk Cili api secukupnya – ketuk Minyak untuk menumis Budu secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak. Tabur rata garam atas nasi. 2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili api sampai naik bau. 3. Masukkan isi ikan yang diramas kasar. Kacau sampai garing. 4. Tambah budu. Kacau sampai agak kering. 5. Masukkan nasi dan kacau sampai masak. Siap.
12. NASI GORENG KEROPOK
BAHAN-BAHAN: Cili api secukupnya – hiris Cili besar – hiris 4 ulas bawang putih – hiris 1 biji bawang besar – hiris Segenggam keropok keping mentah Sedikit air Nasi sejuk secukupnya 2 biji telur Sedikit minyak Garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit.
CARA MEMASAK: 1. Masukkan keropok keping mentah dalam pengisar, patah-patahkan sikit. Masukkan air. Rendam kejap. 2. Masukkan semua bahan hiris ke dalam pengisar tadi. Kisr kasar semua bahan. 3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai garing. 4. Pecahkan telur. Biar beberapa saat. Kacau sikit. Masukkan nasi sejuk yang sudah diramas / direlaikan. 5. Tabur garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit.Kacau rata sampai masak. 6. Hidang nasi goreng bersama telur mata kuning cair dan keropok keping goreng.
13. NASI GORENG PATTAYA (CHICKEN BALL KICAP)
BAHAN-BAHAN: 3 pinggan nasi putih – yang sudah disejukkan dan diramas hancur Beberapa biji chicken ball – belah 2 Segenggam cili api – ditumbuk halus Kicap manis secukupnya 2 ulas bawang putih – diketuk Bahan perasa secukupnya Sayur pilihan
CARA MEMASAK: 1. Tumis bawang putih dan cili api hingga garing. Masukkan chicken ball. Kacau rata.
2. Masukkan nasi, kicap dan bahan perasa. Kacau rata. 3. Masukkan juga sayur. Goreng selama 10-15 minit, kemudian tutup api.
UNTUK TELUR DADAR: 1 biji telur – dipukul dengan secubit garam Sedikit minyak Tisu dapur 1 cawan nasi goreng
CARA MEMASAK: 1. Celup tisu dlm sedikit minyak, tatakan dalam kuali. Biar hingga kuali betul-betul panas. 2. Tuang telur dan ratakan. Letak nasi di tengah-tengah telur dadar. 3. Balut nasi dan biar sampai telur masak. 4. Angkat perlahan-lahan ke dalam pinggan. Hidangkan bersama sos cili.
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.