Resipi Nasi Arab Sedap & Paling Senang. Sukatan Untuk 6 Orang Makan

Share

Suka makan Nasi Arab? Resipi terlajak mudah perkongsian saudari Nur Aisya ini sesuai anda cuba. Guna bahan-bahan yang ada di rumah dan masak pun guna periuk nasi elektrik je. Lengkap dengan resipi Salatoh dan Salsa. Lepas ni kalau tiba-tiba suami atau anak-anak ‘request’ nak makan Nasi Arab, bolehlah masak tanpa ada masalah. Rasanya pun sedap! Selamat mencuba.

CARA MASAK NASI ARAB SENANG JE

BAHAN REBUSAN AYAM:
3 kepingan paha ayam (whole leg)
1 biji bawang besar – jika bawang saiz besar, guna separuh beli online disini
1 biji tomato
1 sudu teh jintan manis beli online disini
1 sudu teh lada hitam beli online disini
1 sudu teh biji ketumbar beli online disini
3 biji buah pelaga 
1 kiub pati ayam beli online disini
1/2 sudu teh serbuk kunyit beli online disini


1 sudu teh rempah kurma beli online disini
2 sudu makan minyak masak
Sedikit garam
Air secukupnya (air rebusan ini akan guna untuk masak nasi (5 cawan) & sup (1 mangkuk)

BAHAN PERAPAN AYAM:
Serbuk cili beli online disini
Serbuk kari beli online disini
Sos tiram beli online disini
Garam
Perasa
1 sudu makan madu/gula
2 sudu makan minyak masak 

CARA MEMASAK:

1. Rebus ayam bersama bahan-bahan rebusan hingga masak. Air rebusan tadi akan digunakan untuk masak nasi dan selebihnya buat sup untuk makan bersama nasi.


2. Angkat ayam dari air rebusan. Kemudian perap menggunakan bahan-bahan perapan ayam. Perap sebentar.


3. Panggang ayam pada suhu 150C selama 15 minit menggunakan api atas sahaja. Keluarkan ayam sekejap dan sapu lebihan bahan perapan tadi. Bakar semula selama 15 minit lagi sehingga ayam masak sempurna. Hasilnya ayam akan menjadi berkilat dan cantik.
4. Ayam siap. Ayam ni boleh juga dimasak sekali dalam nasi (jika suka)

BAHAN NASI ARAB:

2 1/2 cawan beras basmathi – rendam 30 minit terlebih dahulu beli online disini
1 biji bawang besar – hiris
1 inci halia – hiris
Rempah 3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)


2 sudu makan minyak sapi/marjerin/mentega beli online disini
Air rebusan ayam secukupnya
Pewarna secukupnya
Sedikit daun ketumbar

CARA MEMASAK:

1.Panaskan majerin atau mentega dalam kuali. Tapi jika mahu nasi lebih sedap, guna minyak sapi.
2. Masukkan bahan-bahan hiris dan rempah 3 sekawan. Tumis sampai garing.


3. Masukkan beras yang telah direndam dan ditoskan airnya. Gaul bersama bahan tumis. Tumis sehingga garing supaya nasi jadi sedap.

Alihkan beras ke dalam periuk nasi.


4. Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi ke dalam periuk nasi. Sukatan airnya adalah 1 cawan beras = 2 cawan air. Jika guna 2 1/2 cawan beras, airnya 5 cawan.


5. Masak nasi seperti biasa hingga masak sempurna.


6. Bila nasi telah kering, tuang pewarna dengan secukupnya. Boleh juga guna minyak karotena. Tutup periuk dan biarkan 10 minit barulah dibuka kembali dan kacau rata.


7. Tabur daun ketumbar sebelum dihidangkan bersama ayam, salatoh, salsa dan sup.

 

BAHAN SALATOH:
Tomato – potong kiub
Timun
Bawang besar
Pudina @ Daun ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit jus lemon

CARA MEMASAK:
1.Potong kiub bahan-bahan diatas. Daun pudina atau daun ketumbar boleh dihiris.
2. Gaul semua bahan dalam satu bekas, Masukkan sedikit gula, garam dan perahan jus lemon.
3. Siap untuk dihidang.

 

BAHAN SALSA / SAMBAL ARAB:
Cili api
Cili besar
Tomato
Bawang putih
Daun ketumbar
Sedikit garam
Jus lemon secukupnya
(sukatan bahan agak-agak)

CARA MEMASAK:

1.Satukan kesemua bahan dan kisar halus. Perah sedikit jus lemon. Siap.

 

Kredit resipi & foto: Nur Aisya

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN