Resipi Murtabak Mini Guna Kulit Popia. Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Share

Murtabak merupakan menu popular dan wajib ada bila di bulan puasa. Didatangkan dengan pilihan inti daging atau ayam, dan dicicah bersama kuah bawang atau kari, ia sememangnya sangat sedap dan membuka selera setelah seharian berpuasa. Bagi yang nak cuba buat sendiri Murtabak Mini untuk berbuka, saudari Dianadiandra Diana ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.

CARA MEMBUAT MURTABAK MINI HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

Kulit popia
3 biji ubi kentang – potong dadu (beli online disini)
2 biji bawang holland (beli online disini)
1 ulas bawang putih – potong dadu (beli online disini)
3 sudu makan rempah kari ikan (beli online disini)
Daun sup@daun bawang secukupnya
Isi ayam@daging dicincang
2 biji telur ayam

CARA MEMASAK:

1.Panaskn sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga wangi.

2. Masukkan rempah dan tuang sedikit air (jangan banyak).

3. Bila tumisan rempah pecah minyak, masukkan isi ayam dan kentang. Tambahkan juga garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan masak sampai kering menggunakan api sederhana.

4. Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan pukul sebati. Kemudian

masukkan bahan inti yang dimasak tadi ke dalam bancuhan telur. Gaul sebati.

5. Ini rupa inti setelah digaul bersama telur tadi.

6. Letakkan di atas kulit popia. Lipat seperti bentuk murtabak.

7. Begini hasil setelah dilipat.

8. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali ajaib atau kuali tahan lekat dan goreng murtabak tadi. Balik-balikkan hingga murtabak masak sempurna.

9. Angkat murtabak dan hidangkan.

Kredit resipi & foto: Dianadiandra Diana

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN