
Bagi penggemar cakoi, memang kena cuba resipi cakoi simple ini. Rasanya yang rangup dan sedap. Boleh dimakan dengan kaya manis atau dicicah sos karamel. Sesuai sangat dijadikan menu hidangan minum petang.
Menerusi resipi yang dikongsi Suraya Yaacob, bahan yang digunakan pun mudah didapati dan caranya sangatlah senang.
Resipi kuih cakoi ringkas
BAHAN-BAHAN:
300gm / 1 mangkuk / ⅓ peket tepung gandum i
2 sudu makan gula
½ peket yis mauripan
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 cawan air
⅓ cawan minyak masak
Cara membuat:
1. Campurkan semua bahan kering. Gaul biar rata.
2. Masukkan air dan telur. Uli sampai jadi doh.
3. Masukkan minyak masak dan uli sampai jadi doh lembut
4. Canai doh dan potong menjadi empat segi panjang.
5. Lekatkan 2 doh menggunakan air dan tunggu kembang.
6. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
SOS KARAMEL
1 cawan gula
½ cawan susu pekat
CARA-CARA:
1. Masakkan gula atas dapur sampai cair dan berwarna perang.
2. Masukkan susu pekat sampai gula jadi cair.
3. Setelah itu masukkan pula air dan kacau rata sampai karamel jadi cair.
Kredit resipi: Suraya Yaacob
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: