Resipi Mudah: Cara Masak Tofu Telur Sweet Sour Paling Sedap.

Share

Suka makan Tofu Telur? Bahan ini sangat enak dimasak dengan pelbagai cara masakan. Salah satu resipi yang mudah dan sedap ialah Tofu Telur Masak Sweet Sour. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Wati Radin Othman.

RESIPI TOFU TELUR SWEET SOUR

BAHAN-BAHAN:

  • 3 paket tofu telur
  • 1 biji telur
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • Sos cili secukupnya
  • Sos tiram secukupnya
  • Sos tomato secukupnya
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN HIRIS HALUS:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 1 biji tomato
  • 1 biji cili merah
  • 2-3 biji cili padi

CARA MEMASAK:
1. Buka plastik tofu dan hiris bulat. Kemudian bilas dengan air.


2. Pecahkan telur dan pukul. Tambahkan sedikit garam serta perasa.


3. Rendam tofu dalam bancuhan telur dan biarkan seketika. Kemudian goreng hingga keperangan.


4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan hiris hingga wangi.

5. Bila bawang telah layu, masukkan cili kering kisar. Masak seketika hingga cili masak dan barulah masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.


6. Bila dah garing, perasakan dengan garam, gula dan sedikit perasa. Gaul sebati.
7. Masukkan tofu yang digoreng tadi. Kacau rata.


8. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Wati Radin Othman

IKLAN