Resipi Mudah Muffin Pisang Gebu, Lagi Sedap Letak Kacang Walnut

Share

Jika ada lebihan pisang di dapur anda, bolehlah cuba buat menu muffin pisang ini sebagai juadah minum petang.

Resipi muffin pisang yang sangat gebu, lembut dan enak ini, dikongsi saudari Lina Thomas yang dihiasi topping kacang walnut.

 

JUMBO BANANA NUT MUFFINS

BAHAN-BAHAN:

3 biji pisang montel cavendish
¾ cawan gula – beli online di sini
1 biji telur grade A
1/3 cawan minyak masak – beli online di sini 


1 ½ cawan tepung gandum – beli online di sini
1 sudu kecil baking powder – beli online di sini
1 sudu kecil baking soda – beli online di sini
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk kayu manis
¼ sudu kecil serbuk buah pala
¾ cawan kacang walnuts/pecans | dicincang

TONTON Betul Ke Masakan Jawa Johor Ni Pedas?

TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 175C (350F)
2. Dalam mangkuk, masukkan pisang, gula, telur dan minyak masak, guna senduk kayu kacau sebati.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Dalam mangkuk lain, ayak tepung, baking powder, baking soda, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan garam.


4. Kemudian, masukkan dalam mangkuk adunan pisang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sebati, masukkan walnuts/pecans dan kacau lagi.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

5. Kaut adunan ke dalam acuan muffin menggunakan sudu atau scoop ais krim, tabur bahan topping. Bakar selama 25 minit.

UNTUK TOPPING:

3/4 cawan kacang walnuts/pecans | dicincang
2 sudu besar gula perang – beli online di sini
1 sudu besar mentega (cairkan)

CARA-CARA:

Dalam mangkuk kecil, satukan ke semua bahan dan ketepikan.

NOTA:

8 muffins untuk jumbo dan 12 muffins untuk standard saiz.

Kredit resipi: Lina Thomas

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN