1. Didihkan semua. Tuangkan separuh agar-agar dalam bekas (yang ni agar-agar warna biru). Sejukkan, kemudian potong dadu. 2. Baki agar-agar, perahkan sedikit lemon untuk dapatkan warna purple. Tuang dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais. Kemudian, bila dah mengeras, bolehlah potong dadu.
1. Didihkan semua bahan di dalam periuk. Bila dan mendidih, sejukkan. 2. Campurkan agar-agar biru, agar-agar purple, sagu, kuah susu cair dan ais. Sedia dimakan bersama yang tersayang.
Nak masak Daging Merah Thai ni rupanya mudah je kalau tahu cara-caranya. Menu ni sememangnya popular di kalangan orang Malaysia. Kalau ke kedai makan, hidangan ni lah antara yang akan dipesan. Bagi anda yang terasa nak makan Daging Merah Thai yang enak, saudari Farahziana Jarahim ada kongsikan cara-caranya. Istimewa resipi ni, beliau tidak menggunakan Sos Labu yang biasa digunakan dalam masakan Thai. Nanti bolehlah cuba.
RESIPI DAGING MERAH THAI YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN ( sukatan boleh ubah suai ikut jumlah daging yang diguna):
1. Rebus daging bersama air yang diletak sedikit pewarna merah.
2. Bila daging sudah agak masak, tos dan sejukkan terlebih dahulu.
3. Ketuk bawang putih dan hiris bawang serta cili merah. Ketepikan.
4. Hiris daging seperti ini. Pastikan hirisannya nipis sahaja supaya rasa lebih sedap.
5. Panaskan minyak masak dan goreng daging seketika hingga daging nampak sedikit garing.
6. Angkat daging dan ketepikan seketika.
7. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang telah diketuk tadi. Kemudian masukkan cili kisar.
8. Bila tumisan nampak garing, masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Jika ada sos labu, masa ni boleh masukkan sekali (beli sos labu secara online disini).
9. Masukkan juga air rebusan daging tadi. Kacau rata.
10. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
11. Akhir sekali masukkan daging, hirisan bawang dan cili. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.
Banyakkan sayur-sayuran dalam sajian, ajak anak-anak makan sayur jugak. Pemakanan sihat ni ditinggal jangan. Bagi mereka yang tengah berdiet tu, usahlah asyik makan salad aje. Apa kata cuba makan sayur cara lauk tradisional pulak.
Nak masuk lauk sayur ni modal pun sedikit aje, dan yang pasti tak menggemukkan. Resipi ni mudah aje, tapi masih ada yang belum pernah buat, terutama anak remaja.
LABU MASAK LEMAK PUTIH UDANG KERING
BAHAN-BAHAN :
½ biji labu /buangkan kulit dan potong lebar
500 ml santan cair
100 ml santan pekat
1 helai daun kunyit /dicarik dan simpul
Garam secukup rasa
Bahan ditumbuk :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 gm udang kering
CARA MEMASAK : 1. Masukkan labu, bahan-bahan yang ditumbuk dan santan cair ke dalam periuk. 2. Masak dengan api yang sederhana. 3 .Apabila mula mendidih, masukkan daun kunyit dan santan pekat. Perasakan dengan garam. 4. Renehkan lagi hingga labu empuk 5. Kacau sekali sekala supaya santan tidak pecah minyak. 6. Padamkan api dapur dan sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 8 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Didih dan reneh Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan : Kuah labu dan udang memberi rasa lemak manis
INFO CHEF : Jika mahu pedas sedikit, boleh masukkan 4- 5 biji cili padi ditumbuk pecah, dan dimasukkan sama dengan bahan yang ditumbuk lain.
TEMPOYAK PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN :
5-6 ikat pucuk ubi/ (direbus dengan air mendidih dan letakkan sedikit garam dan minyak masak)
500 gm tempoyak /lagi banyak lagi sedap
500 gm udang hidup yang kecil pun boleh
500 ml santan pekat
5 helai daun kunyit/dihiris halus
8 batang serai /dihiris halus
20 ulas bawang merah /dikisar
5 sm kunyit hidup/dikisar
25 biji cili padi /ikut kepedasan disukai/dikisar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Pucuk ubi yang direbus dan ditoskan dan perahkan airnya kemudian dipotong halus. 2. Masukkan kesemua bahan pucuk ubi, daun kunyit, serai, udang, bahan-bahan kisar, tempoyak dan santan di dalam kuali yang sudah dinyalakan api. 3. Balik-balikkan dan masak hingga sebati dan memekat dengan api yang sederhana. 4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau untuk mengelakkan santan pecah. 5. Masak hingga sedikit pekat dan bolehlah dipadamkan api.
Saiz hidangan : 10 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Rebus dan reneh Jenis masakan : Lauk sampingan Keistimewaan : Pucuk ubi dan tempoyak memang terbaik rasanya
INFO CHEF :Sajian kalori rendah yang mudah dan ringkas disediakan
RENDANG PUCUK UBI MAK LONG
BAHAN-BAHAN :
2 ikat pucuk ubi | pilih yang muda , basuh dan toskan
2 kilo santan
Segenggam ikan bilis
Segenggam cili api
3 inci kunyit
5 ulas bawang merah |dihiris nipis
5 batang serai | dititik
Garam
Asam keping
CARA MEMASAK: 1. Kisar cili api, kunyit hidup dan ikan bilis. 2. Panaskan kuali. Masukkan santan, serai, asam keping dan bahan yang dah dikisar. Masak sehingga naik minyak. 3. Masukkan pucuk ubi, terus masak , masukkan garam. Teruskan masak. 4. Bila agak kering santannya, kecil kan api.Teruskan memasak dan selalu dikacau sehingga kering. 5. Angkat dan sedia dihidangkan
INFO :Terpulang kepada anda, sekiranya suka makan yang garing boleh masak sehingga garing.
Saiz hidangan: 10 orang. Waktu memasak 40 minit. Cara Memasak : Reneh Keistimewaan: Enak dan berlemak
4. MASAK LODEH
BAHAN A – KISAR
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci lengkuas
10 biji cili api hijau
2 biji cili merah
3 sudu besar udang kering
BAHAN B
250 gm udang basah
BAHAN C
2 keping tauhu basah
2 paket tempe |potong gaul garam dan goreng
1 paket tauhu kering |rendam hingga kembang
½ biji sengkuang |dipotong
15 batang kacang panjang |dipotong
1 batang lobak merah |dipotong
300gm kubis |dipotong
1 kilo santan
Garam
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali. Masak bahan A yang sudah dikisar. 2. Tumis hingga agak garing, masukkan udang hidup yang sudah dibersihkan. Masak sekejap 3. Kemudian masukkan santan. Kemudian masukkan tauhu kering yang sudah kembang, masak seketika. 4. Masukkan sayur sayur sudah di potong. Bila sudah mendidih, masukkan tauhu dan tempe yang sudah digoreng. 5. Masak sehingga mendidih, tutup api dan boleh dihidang dengan lontong dan sambal sotong.
Saiz hidangan: 8 orang. Waktu memasak 40 minit. Cara Memasak : Tumis dan reneh Keistimewaan: Enak dan berlemak
Orang kata Februari ni bulan kasih sayang. Jadi, apa kata esok kita buat sesuatu yang istimewa sikit untuk raikan insan yang
tersayang. Tak kiralah bersama emak ke, ayah ke ataupun pasangan. Kita buat shellout. Nak makan di luar boleh tahan
harganya. Jadi kali ni kita buat sendiri.
SHELLOUT BAJET HOMEMADE
Bahan kisar
2 labu bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang cili padi
2 batang serai
Sedikit ikan bilis dan belacan
Bahan lain
5 sudu besar cili boh
daun limau purut
2 batang serai
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Bahan-bahan
5 ekor sotong
2 ekor ketam nipah
15 ekor udang
Sayur brokoli
Jagung
Tomato
Lobak merah
5 sudu besar cili boh
daun limau purut
2 batang serai (diketuk)
Bahan Rebus
1. Jagung dan brokoli sahaja direbus. Sayur lain tak perlu rebus.
2. Rebus ketam, udang, sotong.
3. Ketam direbus asing. Air rebusan ketam akan diguna untuk kuah. Kalau campurkan semua sekali. Nanti nak buat kuah pati
tak sedap.
Cara membuat
1. Tumis Bahan Kisar. Kemudian masukkan cili boh.
2. Semasa menumis, masukkan daun limau purut dan juga serai.
3. Apabila sudah naik bau dan cili dah masak, boleh masukkan 5 senduk air rebusan ketam.
4. Masukkan sos tiram dan sos cili.
5. Masukkan gula dan garam.
6. Apabila sudah siap kuah, masukkan semua sayur dan seafood tadi. Gaul dan hidangkan. Siap.
Khasiat bunga cengkih ni sangat banyak! Ketahui 8 gabungan ajaib bunga cengkih dengan bahan dapur seperti madu, halia & lemon untuk kesihatan dalaman dan luaran.