
Isi Kandungan
ToggleSelain ikan dan ayam, daging masak kicap juga antara menu harian yang selalu dihidangkan.
Cuma selalu berlaku, dah siap masak dagingnya pula liat hingga susah nak makan. Sudahnya lauk daging ditolak ketepi.
Bagi memastikan lauk daging masak kicap kita elok lembut dan sedap, apa kata cuba praktikkan cara memasak yang dikongsi oleh Ben Safwan ini pula.
Ujar Ben daging masak kicap ini adalah resipi ibu mentuanya. Ia bukan saja sedap tapi cara masaknya juga menghasilkan daging yang cukup lembut.
Bahan perapan :
500 gram daging lembu- dihiris nipis melintang
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan cili kisar
1 sudu teh jintan manis dan jintan putih tumbuk
1 sudu makan bawang kisar
2 sudu makan kicap pekat beli online di SINI
1/2 sudu makan gula
1 1/2 sudu teh garam
Bahan tumis
1 batang kecil kulit kayu manis beli online di SINI
3-4 biji buah pelaga
2 1/2 sudu makan bawang merah & bawang putih + halia kisar
1 1/2 sudu makan cili kisar
1/2 sudu makan asam jawa beli online di SINI
Cara membuat:
1. Gaul dan perap daging 10 minit bersama bahan perapan.
2. Dalam kuali, tumiskan kulit kayu manis dan buah pelaga sampai naik bau. Barulah masukkan 2 1/2 sudu makan bawang merah + bawang putih+ halia kisar dan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
3. Seterusnya baru masukkan daging dan kacau sesekali menggunakan api sederhana. Biar daging lembut dengan keluar air daging.
4. Tunggu air daging hingga hampir kering barulah tambah air asam jawa ( 1/2 sudu makan asam jawa).
5. Sesuaikan rasa mengikut selera. Jika perlu tambah kicap pekat untuk nampak hitam, tambah secukupnya. Siap!
Hasilnya daging terasa lembut dengan cara masakan begini.
Selamat mencuba.
Sumber: Ben Safwan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Cara Masak 4 Jenis Rendang Raya Yang Sungguh Sedap.

Lain orang, lain cara mereka membuat rendang kerana masakan autentik ini dipengaruhi oleh budaya dan juga etnik kaum. Namun rasanya hampir sama kerana menggunakan hampir 80 peratus bahan yang sama. Sesuai dengan musim covid dan tak boleh balik kampung dan nak masak rendang sendiri, ini ada 4 jenis rendang yang sangat sedap. Anda boleh cuba satu atau dua jenis rendang ini dengan berpandukan resipi yang dikongsikan di bawah.
RENDANG TOK
BAHAN-BAHAN:
1kg daging
1liter santan pekat/ santan kotak yang besar
5 sudu makan cili kering kisar
6 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit | mayang halus
1 keping asam gelugor
1 keping kecil gula melaka
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN REMPAH SANGAI:
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4cm halia
4cm lengkus
5 batang serai
BAHAN PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
CARA MEMBUAT:
- Gaulkan daging dengan rempah yang disangai dan kisar halus tadi. Perap sekurang-kurangnya 3 jam. Paling baik perap semalaman.
- Masukkan daging yang diperap ke dalam kuali, tambah sedikit air dan masak dengan api sederhana hingga daging empuk. Tutup api dan ketepikan.
- Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga wangi.
- Masukkan cili kisar, kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan daging yang telah direbus tadi, gaul rata.
- Tambahkan santan, asam gelugor, kerisik dan gula melaka, sentiasa kacau dan masak dengan api sederhana. Bila pekat, kecilkan api terus kacau.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit, gaul rata.
- Tutup api, rendang sedia dihidangkan.
RENDANG DENDENG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | potong besar
3 biji bawang besar| kisar
3 senduk cili kisar
4 batang serai | titik
4cm halia | titik
1 keping asam gelugor
1 cawan kicap manis
750ml air rebusan daging
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMBUAT:
1. Hiris daging nipis dan lebar, kemudian tumbuk sekepin – sekeping.
2. Gaul daging yang telah ditumbuk dengan kicap dan perap sekurang-kurangnya sejam.
3. Goreng daging dengan api sederhana dan toskan minyak.
4. Keluarkan minyak goreng daging tadi, tinggal secukupnya saja untuk menumis.
5. Tumis bawang dan cili kisar hingga pecah minyak.
6. Masukkan serai, halia dan asam gelugor serta air rebusan daging. Kacau rata dan reneh hingga kuah pekat.
7. Masukkan daging yang telah digoreng, kecilkan api dan kacau hingga garing.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
RENDANG AYAM PENCEN:
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam pencen | potong sederhana besar
2 cawan pati santan
4 helai daun limau purut
1 helai daun kunyut | mayang halus
3 batang serai | titik
3 sudu makan kerisik
1 liter air
3 senduk cili kisar
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang mera
4 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
4 batang serai | hiris halus
BAHAN REMPAH PENUMIS:
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
CARA MEMBUAT:
- Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan penumis, tumis hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar bersama cili kisar, tumis hingga pecah minyak menggunakan api sederhana.
- Masukkan ayam, gaul rata dan masukkan air. Tutup periuk dan masak hingga ayam empuk (sekali sekala kacau).
- Tuangkan santan ke dalamnya, kacau rata dan masukkan asam keping.
- Apabila kuah pekat masukkan kerisik, kecilkan api.
- Masukkan daun limau purut dan hirisan daun kunyit.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa dan timbul minyak, tutup api.
- Rendang sedia dihidangkan.

BAHAN-BAHAN:
500gm isi kerang yang telah direbus dan dikopek
1 cawan pati santan
2 seduk cili kisar
1 seduk kerisik
2 sudu makan gula melaka yang dihiris halus
2 helai daun limau purut | mayang halus
1 helai daun kunyit | mayang halus
1 keping asam gelugor
Garam gula secukup rasa
4 sudu makan minyak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm lengkuas
2cm kunyit hidup
3 biji buah keras
2 cm halia
3 batang serai
CARA MEMBUAT:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisara hingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan kacau lagi hingga pecah minyak dan bahan tumisan garing.
- Masukkan santan, asam gelugor, kacau rata.
- Bila kuah agak kering masukkan kerang dan kerisik.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, masukkan hirisan daun limau purut dan kunyit.
- Kacau sekejap, tutup api.
- Rendang kerang sedia dihidangkan.
Resipi Daging Goreng Kentang Pedas Paling Sempoi

Isi Kandungan
TogglePernah cuba menu Daging Goreng Kentang Pedas? Ringkas resipinya namun rasa sangat sedap. Bagi penggemar daging, masakan ini memang mudah dan senang disediakan. Kombinasi daging bersama kentang pastiya akan memberikan rasa yang lebih enak. Namun pastikan daging tersebut lembut dan empuk. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nadia Mohamad ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK DAGING GORENG KENTANG PEDAS YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
3 biji ubi kentang | dipotong kecil – beli online disini
Sedikit daging | dihiris dan digaul garam serta kunyit
1 biji bawang holland | dikisar – beli online disini
5 biji cili merah | dibuang biji dan dikisar
Sedikit garam dan serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.
2. Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)
3. Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.
4. Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.
5. Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nadia Mohamad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Aneka Resipi Lauk Sedap & Mudah Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa
Resipi Ayam Perattal. Cara Masak Ringkas Je Tapi Sangat Sedap
Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Abah. Ringkas Je Tapi Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Aneka Menu Tradisional Pahang, Sedapnya Lain Dari Yang Lain. Awok Boleh Cuba!

Isi Kandungan
ToggleLain daerah lain citarasa, itulah yang dapat digambarkan untuk masakan tradisional negeri Pahang, menu ikan sungai atau air tawar seperti Patin, Talapia dan Lampam cukup ‘gu’ dengan tempoyak mahupun asam rom sinonim yang hanya ada di Pahang. Terutamanya daerah Kuala Lipis, Jerantut dan Temerloh. Sementara di Pekan, Bandar Diraja Pahang, masakan daging lebih popular contohnya Daging Opor dan Daging Pechok lebih popular, enaknya memang lain dari yang lain. Berikut disertakan 5 masakan tradisional yang boleh diperolehi di negeri Pahang.
OPOR DAGING PAHANG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging
- 3 sudu makan kerisik
- 2 sudu makan rempah opor
- 2 sudu makan pes cili kering
- 1/2 cawan air asam Jawa
- 4 cawan santan
- 3 batang serai | titik
- 100g kerisik
- 6 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 12 ulas bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 2m belacan
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 4sm kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 kuntum bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan rempah penumis hingga naik bau.
- Seterusnya, masukkan bahan kisar dan pes cili kering. Tumis sehingga wangi.
- Masukkan daging bersama sedikit air dan masak hingga mendidih.
- Setelah air kering, masukkan santan dan rempah opor yang dibancuh dengan sedikit air.
- Biarkan mendidih dan masak sehingga daging empuk dan kering sedikit.
- Masukkan air asam jawa, serai dan kerisik.
- Gaul mesra, Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan reneh sebati di atas api kecil.
- Apabila kuah pekat dan terbit minyak.
- Tutup api dan opor sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Opor Daging ini popular di daerah Pekan dan menjadi juadah di musim perayaan dan di majlis perkahwinan.
PAIS TEMPOYAK IKAN TALAPIA
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan Talapia | lebih kurang 300gm
- 5 sudu makan tempoyak
- Daun & aluminium foil secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
- 3 ulas bawang merah3
- 3cm kunyit hidup
- 10 biji cili padi
BAHAN HIRISAN:
- 2 helai daun kunyit
- 6 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja
- 1 papan petai | buang kulit
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan Talapia kemudian toskan.
- Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan bahan hirisan. Gaul rata.
- Perasakan dengan garam dan jika terlalu masam tambahkan sedikit gula.
- Masukkan bahan campuran dalam perut ikan dan salut badannya dengan bahan campuran tempoyak tadi.
- Balut dengan daun pisang dan kemaskan balutan dengan aluminium foil.
- Bakar dalam ketuhar atau pemanggang ajaib.
INFO CHEF: Pais tempoyak adalah menu popular di daerah Jerantut, Kuala Lipis dan Raub
DAGING PECHOK PAHANG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang
- Sedikit garam
- Sedikit halia kisar
- Sedikit bawang merah kisar
- Sedikit bawang putih kisar
BAHAN SOS:
- 1 cawan santan pekat
- 4 sudu makan kerisik
- 1 biji bawang besar | dadu kecil
- 1 sudu makan lada hitam | kisar kasar
- 1 biji cili merah | hiris halus
CARA MEMASAK:
- Potong daging kepada beberapa bahagian.
- Gaulkan daging dengan garam serta semua bahan kisar.
- Panaskan ketuhar dan bakar daging hingga masak.
- Setelah masak hiris nipis dan ketepikan.
- Untuk menyediakan bahan sos, campurkan semua bahan sos dan gaul rata.
- Panaskan atas api kecil dan sentiasa kacau.
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula jika perlu.
- Setelah mendidih tutup api dan tuang sos di atas hirisan daging.
- Pechok Daging sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk rasa lebih sedap pastikan kerisik yang digunakan adalah kerisik segar yang dibuat sendiri.
IKAN PATIN SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan patin | cuci bersih dan toskan
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit garam galus
- 2 sudu makan tepung gandum
- 2 sudu makan air asam Jawa
- 1 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 batang serai | hiris halus
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 10 biji cili padi
- 2 biji cili merah
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ikan patin yang dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian taburkan tepung gandung.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan patin hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan sos tiram, air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, kemudian masukkan ikan yang telah digoreng.
- Gaul rata dan tutup api.
- Sambal ikan patin sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Ikan ditaburkan dengan tepung gandum bertujuan untuk menjadikan ikan tidak melekat dan mudah garing bila digoreng.
ASAM KELADI KEMAHANG DAUN KESUM
BAHAN-BAHAN:
- 3-4 pokok Keladi Kemahang muda
- 3 sudu makan tempoyak
- 6 pucuk daun kesum
- 1 kuntum bunga kantan
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
- 1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam
- Sedikit ikan bilis
BAHAN KISAR:
- 10 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Buangkan kulit ari batang keladi dan potong 4cm. Isi keladi buang kulit dan potong dadu.
- Masukkan dalam periuk bahan kisar, asam tempoyak dan air, kemudian kacau rata.
- Masukkan batang keladi, ikan bilis dan renehkan di atas api sederhana.
- Setelah isi keladi empuk dan batangnya layu, masukkan asam keeping jika kurang masam.
- Seterusnya masukkan daun kesum, bunga kantan dan perasa dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Jika bimbang rasa gatal, boleh celur seketika batang keladi dan buang airnya sebelum dimasak. Atau tambahkan satu sudu teh minyak masak ke dalam gulai.
GULAI KULAT SISIR CAMPUR DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
- 300gm kulat sisir | celur dan toskan
- 150gm daging tetel | celur dan hiris kecil
- 300ml santan
- 3 sudu makan rempah kari daging | bancuh dengan sedikit air
- 2 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan air asam Jawa
- 1 batang serai | titik
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR KASAR:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan pes cili dan serai yang telah dititik tadi.
- Setelah pecah minyak masukkan rempah kari, kacau rata.
- Setelah garing masukkan kulat sisir dan daging cincang, diikuti santan dan air asam Jawa.
- Kacau dan biarkan mereneh atas api sederhana.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah masak dan cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka boleh tambahkan 1-2 sudu kerisik sebagai penambah perisa
AYAM GULAI ASAM TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ayam | potong kecil, cuci dan tos
- 2 sudu makan tempoyak
- 2 batang serai | titik
- 5 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja
- 1 kuntum bunga kantan | jika suka
- 1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan ayam.
- Gaul rata dan tambahkan sedikit air.
- Renehkan di atas dapur menggunagakan api sederhana.
- Setelah mendidih, masukkan serai, daun kesum, bunga kantan.
- Jika kurang masak, tambahkan asam gelugor.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Ayam Gulai Asam Tempoyak ini sedap kalau lebih pedas.
RESIPI: SHIDA YASIN
PHOTO: IZARI ROSLI