Resipi Masak Lemak Kubis Paling Basic, Tapi Sangat Sedap

Share

Masak Lemak Kubis, lauk paling mudah dimasak dan tidak menggunakan banyak bahan. Bagi yang sudah pakat, lauk sebegini boleh dikatakan ‘pejam mata pun boleh masaklah’.
Nama Sahaja lauk ringkas, tapi ada pelbagai cara memasaknya. Ada yang suka guna bilis Sahaja. Ada yang suka tambah udang kering. Nak lagi mewah? Ada yang letak udang basah. Masing-masing ada kegemaran serta cara masak tersendiri.
Menerusi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha

, beliau kongsikan resipi Masak Lemak Kubis yang paling asas namun tersangat sedap. Jom cuba!

JOM CUBA! MASAK LEMAK KUBIS PALING MUDAH

BAHAN-BAHAN:
1 ½ biji kelapa parut
Kubis
Cili merah
Bawang besar
Ikan bilis – boleh campur udang kering atau sebagainyabeli online disini
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Perah kelapa parut dan ambil patinya sahaja. Jika guna banyk kubis, lebihkan santan. Jangan kurang.
2.Potong kubis mengikut saiz yang digemari kemudian cuci bersih. Toskan airnya.
3.Masukkan santan dan bilis ke dalam kuali. Masak guna api sederhana dan sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.
4.Bila kuah sudah agak masak dan pekat, masukkan hirisan kubis tadi.
5.Kacau-kacau dan masukkan hirisan cili merah besar, bawang besar dan juga garam secukup rasa.

6.Siap. Masak Lemak Kubis sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: SuiSan Aliezsha

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN