Resipi masak lemak ikan bunga kantan ini antara lauk kampung yang membangkitkan selera. Kuahnya pekat berlemak, ditambah pula aroma bunga kantan yang harum memang memancing selera.
Masak lemak ini lebih sedap jika menggunakan ikan kayu atau ikan tongkol yang digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak dalam kuah lemak. Sesuai dimakan bersama nasi panas, ulam-ulaman dan sambal belacan. Jom cuba resipi perkongsian Nadia Sukiman ini.
Ikan kayu / tongkol – dibersihkan & dipotong
1 batang serai – diketuk
2 keping asam keping
Santan secukupnya
1 kuntum bunga kantan – dibelah dua
3–4 biji cili hijau
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam & perasa secukupnya
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
6–8 biji cili padi (ikut pedas)
1. Gaulkan ikan dengan garam serta kunyit. Goreng seketika sehingga garing dan ketepikan.
2. Tumis bahan kisar tanpa minyak dalam kuali hingga naik bau.
3. Masukkan serai, bunga kantan, cili hijau dan asam keping.
4. Tuang santan, kacau rata dan biarkan hingga kuah mendidih.
5. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Perasakan dengan garam serta sedikit serbuk perasa.
6. Masak sehingga santan pecah minyak. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama nasi putih panas.
Kredit Resipi & Foto: Nadia Sukiman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA