Masakan padang memang sedap dan menyelerakan. Kalau sesekali teringin, bolehlah buat Ayam Gulai Padang ni. Selalu masak menggunakan santan, kali ini kita tukar dengan menggunakan Fernleaf Greek Style Yogurt Natural. Lebih lemak berkrim. Tambahkan juga keju Perfect Italiano Parmesan untuk menambah rasa hidangan. Selamat mencuba!
AYAM GULAI PADANG
Bahan-bahan:
½ ekor ayam
3 sudu besar Anchor Unsalted Butter
2 biji bawang merah | kisar
2 inci halia | kisar
5 biji cili padi | kisar
4 helai daun limau
6 biji cili merah | kisar
2 batang serai | kisar
2 inci lengkuas | kisar
2 inci kunyit hidup | kisar
1 cawan Fernleaf Greek Style Yogurt Natural
2 sudu besar keju Perfect Italiano Parmesan
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Ads
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Unsalted Butter, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan daun limau purut. Masak hingga ayam separuh masak.
Masukkan Fernleaf Greek Style Yogurt Natural bersama sedikit air. Kacau rata dan biarkan mendidih perlahan.
Biarkan sehingga mendidih, masukkan keju Perfect Italiano Parmesan. Gaul rata.
Pancake Sambal Bilis Berkeju ni memang sesuai untuk hidangan sahur anda. Cara membuatnya ringkas pun saja. Adunan dan Sambal Bilis boleh buat sebelum tidur dan anda boleh masak masa nak bersahur nanti. Memang kenyang dan tak terasa lapar seharian. Nak hidangan lebih ‘wow’, gunakan Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna dan memikat selera. Rasa macam makan di restoran! Cubalah.
PANCAKE SAMBAL BILIS BERKEJU
Bahan-Bahan:
230gram tepung naik sendiri – ayak
125gram Fernleaf Susu UHT
100gram Perfect Italiano Perfect Bakes
125gram Fernleaf Yogurt Asli
2 sudu makan minyak jagung
2 biji telur
1 sudu teh garam
Bahan-Bahan Sambal Bilis:
100gram ikan bilis – cuci dan goreng garing
1 mangkuk kecil cili kisar
4 biji bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 labu bawang besar – potong bulat
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan gula perang
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
Untuk membuat sambal bilis; panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan bawang besar, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Tumis hingga sambal masak sempurna. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng. Gaul rata dan ketepikan.
Untuk membuat pancake; satukan telur, minyak jagung, Fernleaf Yogurt dan Fernleaf Susu UHT di dalam mangkuk. Pukul hingga semua bahan sebati. Masukkan tepung naik sendiri dan garam. Kacau dengan spatula hingga jadi bancuhan yang agak likat. Rehatkan bancuhan selama 5 minit.
Untuk memasak pancake; sapu sedikit mentega pada kuali non-stick. Tuang sesenduk bancuhan pancake. Letak sesudu sambal bilis di bahagian tengah dan tabur Perfect Italiano Perfect Bakes Bila bahagian bawah pancake telah perang, perlahan-lahan terbalikkan dan masak di bahagian yang satu lagi hingga perang. Masak hingga semua bahan habis.
Angkat pancake dan letakkan di pinggan. Hidangkan panas.
Kalio Ayam merupakan antara masakan Minang yang kena dengan cita rasa kita. Bahan-bahannya sama seperti memasak rendang tetapi lebih berkuah. Kalau anda nak cuba buat sendiri, boleh guna resipi ini. Sedap dan pedas. Lagi enak bila dimasak menggunakan Anchor Cheddar Cheese Slices dan Anchor Unsalted Butter. Jom cuba.
KALIO AYAM
Bahan-bahan:
½ ekor ayam | dipotong kecil
2 sudu besar Anchor Unsalted Butter
1 biji bawang merah | dikisar
4 ulas bawang putih | dikisar
2 inci lengkuas | dikisar
2 inci halia | dikisar
1 sudu besar serbuk kunyit
1 cawan cili kisar
2 batang serai | dititik
2 cawan Fernleaf Susu UHT
2 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
2 helai daun limau
3 helai daun salam
2 helai daun kunyit
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango
Cara Memasak:
Panaskan kuali, cairkan Anchor Unsalted Butter. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.
Tambahkan cili kisar dan serbuk kunyit. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan ayam dan kacau sebati, biarkan seketika supaya ayam menyerap rempah.
Tuangkan Fernleaf Susu UHT, kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan serai, daun limau, daun salam dan daun kunyit. Kacau dan biarkan ayam masak.
Bila ayam hampir masak, masukkan Anchor Cheddar Cheese Slices. Kacau sebati.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Siap untuk dihidangkan.
Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.
Portugese Egg Tart merupakan antara pastri kegemaran ramai. Jika anda teringin nak makan Portugese Egg tart, boleh saja buat sendiri dan tak perlu bersusah payah untuk ke bakeri lagi selepas ini. Yang penting, pastikan ada stok pastry puff segera di dalam peti sejuk anda.
Nak lebih enak, tambahkan Anchor Cheese Slices di atasnya. Keju Anchor ni memang baik untuk seisi keluarga kerana ia diperbuat daripada susu New Zealand yang kaya dengan kalsium dan protein. Jika berkesempatan, jom cuba resipi ini.
PORTUGESE EGG TART BERSAMA ANCHOR CHEESE SLICE
BAHAN-BAHAN A:
Puff pastry secukupnya
8-10 Anchor Cheese Slices | potong kecil
BAHAN-BAHAN B (INTI):
200ml susu UHT Fernleaf
2 biji telur – gred A
2 sudu makan gula kastor
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Potong puff pastry mengikut acuan kulit tart lalu bentukkan rapi. Bakar kulit tart di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C hingga ¾ masak. Sejukkan sebentar.
Di dalam periuk, satukan semua bahan B lalu kacau menggunakan whisk. Masak dengan api yang kecil sambal kacau berterusan hingga jadi kastard yang agak kental. Tutup api dan sejukkan sebentar.
Tuang adunan inti tadi ke dalam kulit tart yang telah dibakar ¾ masak tadi.
Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C lalu bakar selama 20 minit.
Keluarkan tart dari ketuhar, susun Anchor Cheese Slices ke atas setiap biji tart. Masukkan semula ke dalam ketuhar lalu bakar lagi dalam 3-4 minit atau hingga cheese cair. Hidangkan panas.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official