Resipi Laksa Nyonya Sedap, Idea Menu Mudah Untuk Jualan

Share

Sedapnya Laksa Nyonya. Bagi penggemar menu laksa, anda harus cuba resipi perkongsian saudara Nazri Mat Zain ini. Tengoklah kuahnya tu, nampak cukup rasa dan sangat menyelerakan. Lengkap dengan bahan-bahan sampaingan yang lain. Bagi anda yang tercari-cari menu untuk dijadikan jualan, resipi ini antara yang boleh dicuba. Pasti ramai yang suka.

CARA MASAK LAKSA NYONYA YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10 tangkai cili kering* – beli online disini
  • 6 biji cili merah besar*
  • ½ inci lengkuas*
  • ½ inci halia*
  • 4 biji kunyit hidup*
  • 4 @5 biji buah keras* – beli online disini
  • Minyak untuk menumis
  • 2 batang serai | diketuk
  • 2 kuntum bunga kantan | belah 4
  • Daun kesom (dalam 50 sen)
  • 1kg santan
  • Air secukupnya
  • Bebola ikan secukupnya
  • Tauhu Pok secupnya
  • Garam, gula dan aji secukupnya
  • Mi kuning atau bihun – dicelur
  • Bahan sampingan: hirisan salad, timun, cili padi potong, bawang besar dan telur rebus
  • 1 keping asam gelugur

CARA MEMASAK:

1. Masukkan bahan bertanda (*) ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.

2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar tadi.

3. Masukkan serai yang telah diketuk dan bunga kantan yang telah dibelah empat serta daun kesum. Masak hingga pecah minyak.

4. Setelah pecah minyak, masukkan santan dan air. Kepekatan ikut cita rasa sendiri.

5. Masukkan bebola ikan, tauhu pok dan sekeping asam gelugur.

6. Perasakan dengan garam, aji dan gula dengan secukupnya. 

7. Masukkan garam, ajinomoto dan gula secukup rasa.

8. Apabila sudah mendidih, tutup api. Siap untuk dihidangkan. Kuah ini boleh makan dalam 8-10 orang.

9. Ia boleh dinikmati bersama mee kuning atau bihun. Tapi pastikan dicelur dulu.

10. Bahan sampingan macam laksa biasa seperti daun salad, bawang besar, timun, cili api potong dan telur rebus.

Kredit resipi & resipi: Nazri Mat Zain

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Elina