Kalau rasa nak masak lauk telur yang mudah tapi sedap, resipi kurma telur ini memang pilihan terbaik. Kuahnya pekat, lemak dan cukup berempah sesuai digandingkan dengan nasi putih, roti jala atau pulut. Bau rempah kurma yang ditumis bersama daun kari memang boleh buat satu rumah berbau wangi! Rasanya pula memang macam mak-mak masak.
Bahan-bahan Kurma Telur
6 biji telur ayam (direbus & dibuang kulit)
1 paket rempah kurma
110ml santan kotak
Air panas secukupnya (untuk kuah, ikut kepekatan yang disukai)
Bahan Tumisan
Bawang merah (dihiris halus)
Ads
Halia (dihiris nipis)
Daun kari
1 sudu makan bawang merah kisar
1/2 sudu makan bawang putih kisar
Ads
1 sudu makan halba campur
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
Bahan Hiasan
Bawang besar atau bawang Holland (dibelah empat)
Ads
Cili besar merah/hijau (dibelah dua) atau cili padi jika suka pedas
Cara Penyediaan Kurma Telur
Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau wangi.
Masukkan rempah kurma dan kacau perlahan selama 2 minit supaya rempah masak sempurna.
Tuang santan dan gaul sebati. Biar hingga pecah minyak menggunakan api perlahan.
Bila dah pecah minyak, tambahkan air panas mengikut kepekatan kuah yang diingini.
Masukkan telur rebus dan reneh atas api sederhana hingga kuah meresap.
Perasakan dengan garam, gula dan sedikit lada hitam tumbuk.
Bila kuah mendidih dan cukup rasa, masukkan bawang besar serta cili. Tutup api dan siap untuk dihidang!
Tip
Jika mahu telur rebus masak cantik dan senang kupas, rebus air hingga mendidih, masukkan sedikit garam dan rebus telur sampai masak. Selepas telur masak, rendam pula dalam air sejuk. Kemudian boleh kupas.
Gunakan santan pekat supaya kuah kurma telur lebih berlemak.
Tumis rempah kurma hingga pecah minyak ini rahsia aroma wangi dan rasa berempah yang kuat.
Jika suka lebih pedas, tambah sedikit serbuk cili atau cili padi.
Boleh juga tambah kentang untuk versi kurma telur kentang yang lebih mengenyangkan.
Sedap Telur Bistik Sos Black Pepper ni. Siapa kata telur tak boleh jadi hidangan mewah? Dengan sentuhan lada hitam yang pedas dan aromatik, Telur Bistik ni jadi satu sajian yang mudah tapi penuh rasa! Sesuai untuk mereka yang nak masak cepat tapi tetap nak makan sedap, resipi Telur Bistik Black Pepper ni memang wajib cuba. Tak perlu bahan pelik atau susah, hanya guna telur dan rempah ringkas untuk hasilkan hidangan yang sedap meletup di mulut. Saudari Pelangi Petang Terindah kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA MASAK TELUR BISTIK SOS BLACK PEPPER
BAHAN-BAHAN
3-4 biji telur
Isi ayam/daging kisar
1 biji bawang besar – hiris
2-3 ulas bawang putih – hiris
2 sudu makan kicap
1 sudu teh serbuk lada hitam – beli online disini
3 sudu makan sos cili – beli online disini
3 sudu makan sos lada hitam – beli online disini
3 sudu makan sos tiram – beli online disini
Sedikit lada benggala – hiris (jika suka)
Sedikit minyak untuk menggoreng
Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Pecahkan telur dan kacau telur sehingga berbuih/cair. Buat macam telur dadar.
2.Kemudian panaskan minyak dan goreng telur tadi. Bila dah masak angkat letak dalam pinggan atau bekas yang sesuai.
3.Panaskan sedikit minyak, masukan bawang besar, bawang putih dan bila dah garing masukkan daging/ayam kisar tadi.
4.Kemudian masukkan sos cili, sos lada hitam dan sos tiram.
5.Masukkan lobak merah atau sayur campur sejukbeku (jika suka) dan lada benggala. Tunggu sehingga masak.
6.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7.Bila sudah siap masak, bolehlah tuang ke atas telur tadi.
8.Telur Bistik Sos Black Pepper sedia untuk dinikmati.
Tidak kira dara atau teruna, dalam melayan selera semuanya mahukan makanan yang sedap. Jadi ini cadangan resipi yang sempoi dan sedap, jadi tidak ada sebab nak malas-malas. Jom buat sendiri, jimat masa dan tak perlu keluar rumah dan bersesak dalam jam dek kerana nak makan. Jadinya masak sendiri lebih berbaloi… setuju tak?
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur puyuh | rebus dan goreng
10 ulas petai | buang kulit
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
2 sudu makan cili kisar
4 sudu makan santan pekat
Sedikit asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
Setelah mendidih, masukkan telur dan petai.
Info Chef: Boleh juga gunakan petai yang dikikis kulitnya jika anda sukakan rasa yang sedikit pahit.
TELUR PUYUH MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
20 biji telur puyuh|direbus dan buang kulit
2 keping nanas dalam tin| didadu kecil
Sedikit cili benggala |didadu kecil
2 sudu makan pes cili merah
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 biji bawang besar|dicincang halus
2 ulas bawang putih|diincang halus
2cm halia muda |dicincang halus
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya.
1.Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia cincang hingga wangi.Kemudian masukkan pes cili merah, kacau hingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan pula sos cili dan sos tomato. kemudian engkap rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan telur puyuh dan gaul rata.
4. Diikuti dengan nanas dan cili benggala telah didadu kecil,gaul rata. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Telur puyuh boleh juga digoreng dahulu selepas direbus.
SAMBAL PECAH TELUR
BAHAN-BAHAN:
3 biji bawang putih (tumbuk)
5 biji bawang merah (kisar)
1 sudu makan cili kisar
Bilis (guna yang halus lagi sedap)
3 biji telur
1 biji ubi kentang | dikupas kulit dan dipotong panjang
Minyak
Garam secukup rasa
Air asam jawa secukupnya
Sedikit belacan
Sedikit gula
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dan goreng kentang hingga kekuningan.
Kemudian goreng ikan bilis menggunakan minyak yang sama hingga garing. Angkat.
Masukkan bawang putih. Tumis sampai naik bau dan masukkan bawang merah yang telah dikisar. Bila dah garing elok, masuk cili kisar.
Kemudian masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit belacan. Masukkan juga garamsecukup rasa.
Bila sambal masak dan naik minyak, perlahankan api. Buat lubang pada sambal dan pecahkn telur. Biar sehingga telur masak.
Bila telur kelihatan hampir masak, masukkan bilis dan kentang goreng tadi. Jangan kacau sangat, tabur je.
Siap dan sedia untuk dinikmati. Pasti makan nasi bertambah!
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar. Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
2. Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu. Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum. Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur. Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Kecilkan api semasa pecahkan telur untuk elakkan telur pecah.
ACAR TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur puyuh |rebus dan goreng
½ biji timun |ambil bahagian luar dan dihiris halus
½ biji lobak merah | ambil bahagian luar dan dihiris halus
5 biji bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
½ inci halia | hiris
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 sudu makan sos cili
½ sudu makan cuka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan rempah tumis iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan gula, garam, cuka dan sos cili.
2. Masukkan sedikit air agar tidak terlalu kering.
3. Setelah mendidih masukkan telur , timun dan lobak merah. Kacau sebati.
4. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Telur puyuh digoreng dahulu supaya lebih keras dan mudah dimasak kerana teksturnya agak lembut dan mudah pecah.
TAUHU TELUR CENDAWAN KUKUS GORENG
BAHAN-BAHAN:
2 paket tofu telur
2 keping tauhu biasa
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
100gm cendawan Shitake-cincang
1 pokok daun bawang-hiris halus
1 ulas bawang merah-cincang
1 tangkai cili merah-cincang
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam
Sedikit serbuk pati ayam
1 paket fish ball
Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
Hancurkan kedua-dua jenis tauhu, kemudian pecahkan telur ke dalamnya, gaul rata.
Masukkan bahan hirisan, garam, serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan tepung. Gaul lagi.
Setelah secukup rasa dan sekata, masukkan adunan dalam acuan kuih apam dan letakkan tengahnya dengan fish ball.
Kukus hingga masak lebih kurang 10 minit.
Keluarkan dari acuan.
Panaskan minyak, kemudian goreng tauhu tadi dengan api sederhana hingga kekuningan.
PAIS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN: 2 biji telur masin 1 biji telur ayam Sedikit hirisan daun kunyit Sedikit hirisan daun limau purut Sedikit hirisan serai 2 sudu makan santan pekat Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Sediakan daun pisang. 2. Pecahkan telur masin satu persatu ke dalam daun pisang. 3. Kemudian pecahkan dan hancurkan telur ayam dan tuang ke atas telur masin tadi. 4. Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris. 5. Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus telur tersebut. 6. Kukus kira-kira 5 minit dan selepas itu dibakar sekitar 5 minit lagi. 7. Keluarkan dan sedia dihidangkan.
Telur dadar yang rangup memang sedap. Barulah sedap dimakan bersama nasi. Cukup lengkap rasanya. Telur dadar selalunya menjadi pelengkap dalam hidangan lauk bersama nasi. Misalnya, makan sup ayam, ada telur dadar. Makan lauk kari ikan, ada telur dadar.
Jom kita lihat resipi telur dadar yang rangup dan sedap rasanya.
TELUR DADAR GARING
BAHAN-BAHAN
Minyak masak
2 biji telur ayam
1 sudu besar tepung beras
2 sudu besar air
Garam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
2. Sementara itu, di dalam mangkuk, satukan telur ayam, tepung beras, air dan garam.
3. Pukul semua bahan dalam mangkuk itu sehingga kembang.
4. Tuangkan sedikit demi sedikit adunan ke dalam minyak masak yang panas.
5. Biarkan kering, kemudian terbalikkan.
6. Selepas garing, matikan api. Angkat dan letakkan ke atas tisu dapur seketika. Siap!
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!