Resipi Kuih Talam Sagu. Lembut & Sedap, Tak Jemu Makan

Share

Enaknya andai dapat makan Kuih Talam Sagu. Lemak, lembut, manis yang sedang elok, memang tak jemu. Bagi penggemar sajian kuih tradisional, kuih ini merupakan salah satu yang anda perlu cuba. Memang sedap. Saudari Harum Wangi ada kongsikan resipinya. Bolehlah cuba nanti.

 

CARA MEMBUAT KUIH TALAM SAGU

BAHAN LAPISAN BAWAH:
Sagu – rendam bagi kembang seketika & buang airnya
Gula halus – gaul dalam sagu ikut agak-agak manis + pewarna merah @ sirap

CARA MEMASAK:

1. Oles loyang dengan sedikit minyak dan ratakan sagu tanpa perlu tekan. Ia bertujuan supaya bagi ruang pada sagu untuk mengembang.
2. Boleh tambah sedikit air dalam sagu supaya bila sejuk, sagu tidak liat.
3. Kukus sagu sehingga masak. Masa kukus tidak lama sangat, cukup hingga sagu bertukar rupa.
4. Sebelum letak lapisan atas, cakar-cakar sedikit permukaan sagu supaya lapisan atas senang melekat.

NOTA: Sukatan sagu agak-agak sahaja ikut saiz loyang yang digunakan. Jangan terlalu penuh nanti tiada ruang untuk letak lapisan atas.

 

BAHAN LAPISAN ATAS:
1 cawan tepung (tepung gandum + 2 sudu makan tepung ubi)
2 sudu makan tepung jagung
3 cawan santan (santan pekat + air. Lemak terpulang. Nak guna santan sama banyak dengan air pun boleh. Empunya resipi tak suka terlalu lemak. Nisbah yang digunakan adalah 1:2)


Sedikit garam- untuk menaikkan rasa lemak

CARA MEMASAK:

1.Satukan semua bahan dan adun hingga larut. Tapis jika tepung berketul.


2. Masak guna api perlahan dan kacau hingga naik wap sedikit. Jangan biarkan tepung berketul.
3. Bila sudah siap, tuang ke atas sagu yang telah dikukus tadi.


4. Kukus sekali lagi dalam 10 minit atau hingga kuih betul-betul masak. Sejukkan sebelum dipotong.
5. Kuih Talam Sagu siap untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Harum Wangi

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN