
Kuih lompat tikam terkenal di sebelah Pantai Timur tanah air kita. Selalunya ada dijual di pasar pagi. Boleh dibuat untuk sarapan dan minum petang. Kali ini RASA kongsikan resipi kuih lompat tikam. Bolehlah belajar buat untuk dihidang time bulan puasa yang bakal muncul tak lama lagi ni kan?
KUIH LOMPAT TIKAM

BAHAN YANG HIJAU
2 cawan tepung beras
4 cawan air
1/2 cawan air daun pandan
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMBUAT
1. Masak semua bahan di atas sampai warna berkilat.
2. Masukkan dalam bekas. Ketepikan.
BAHAN YANG PUTIH
3 cawan santan
2 cawan tepung beras
Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Masak semua bahan di atas sampai likat.
2. Masukkan dalam bekas atas warna hijau tadi.
BAHAN AIR GULA
2 keping gula melaka
Air secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masak atas api perlahan sehingga cair.
CARA PENYEDIAAN
1. Cedok sedikit adunan hijau dan putih.
2. Siramkan sedikit air gula.
3. Sedap dimakan ketika sejuk.
Kredit resipi: Deyana Hatazad
Link fb: https://www.facebook.com/deyanahatazad/posts/2730763616961254
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Mudah, Apam Solo Berintikan Kacang Merah Di Dalamnya

Siapa kat sini suka makan apam? Sedap kan bila dapat makan apam panas-panas yang lembut dan ada inti di dalamnya.
Resipi apam solo daripada Sharifah Hamidah ini, memuatkan dua jenis inti berbeza iaitu kacang merah dan kelapa. Dua-duanya sedap.
APAM SOLO INTI KACANG MERAH

BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum – beli online di sini
1 cawan tepung beras – beli online di sini
¼ cawan minyak masak – beli online di sini
1 cawan gula
2½ cawan air
1 paket yis – beli online di sini
Secubit garam
Inti kacang merah @ kelapa
TONTON Dapur Rasa Live: Muffin Coklat Biscoff Lotus
TONTON Dapur Rasa Live: Roti Pintal Kurma
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan dan perap selama 1 jam.
2. Sediakan acuan dan oleskan minyak sedikit. Panaskan air kukusan.
3. Adunan dah kembang, kacau semula. Ambil sesudu dua untuk buat warna sebagai hiasan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

4. Tuangkan sedikit adunan dalam acuan, anggaran sesudu kecil. Masukkan inti dan tuang lagi adunan hampir penuh acuan.
5. Buat sampai siap semua. Hiaskan dengan sedikit yang berwarna, boleh gunakan lidi untuk buat hiasan lorekan. Kukus selama 10 minit menggunakan api sederhana besar. Siap.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Kredit resipi: Sharifah Hamidah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Putu Piring Homemade Guna Acuan Lompang.

Terasa nak makan Putu Bambu atau Putu Piring hasil air tangan sendiri tapi tak ada acuan? Usah risau, walaupun tak ada acuan khas, anda masih boleh buat kuih ni secara homemade. Guna je acuan lompang yang ada di rumah. Jadilah namanya Putu Lompang. Ha…Mudah je nak buat ni. Empunya resipi; Eiriya Azira hanya guna 3 bahan je dan sedikit ubah suai pada resepi asal. Rasanya sedap macam yang dibeli dekat pasar malam. Bagi yang nak cuba, boleh ikut langkah-langkah di bawah ni.
PUTU LOMPANG
BAHAN-BAHAN:
- Kelapa
- Tepung beras
- Gula melaka
* jumlah tepung dan kelapa ikut citarasa. Jika nak hasilkan banyak, lebihkan jumlahnya.
CARA-CARA:
1. Sangai tepung beras tanpa minyak. Jangan sampai hangit tau. Sejukkan seketika.

2. Hancurkan atau parutkan gula melaka sampai hancur. Nak tumbuk pun boleh.
3. Masak air bersama daun pandan dalam periuk. Biar air tu jadi wangi.
4. Ambil tepung yang telah disangai tadi. Bila dah sejuk sikit, gaulkan dengan kelapa parut. ( sis ubah resipi asal).
5. Kemudian masukkan sedikit garam.
6. Ambil air panas yang dimasak bersama daun pandan tadi. Renjis-renjiskan dalam tepung dan gaul sampai jadi macam serbuk roti.

7. Ambil acuan lompang dan sapu sedikit minyak masak. Masukkan sedikit adunan tepung ke dalam acuan. Tekan sikit supaya padat.

8. Seterusnya letak gula melaka diikuti adunan tepung. Jumlahnya cukup sekadar menutup permukaan gula. Tekan-tekan supaya mampat. Ulang langkah hingga habis.

9. Kukus putu tadi selam 3-4 minit. Kemudian terbalikkan acuan dan kukus lagi selama 2-3 minit. Bila terbalikkan acuan, kuih tak akan jatuh kerana sewaktu isi tepung tadi, adunan sudah dimampatkan.)

10. Angkat dan keluarkan putu dari acuan. Sedia untuk dinikmati.

NOTA:
Semasa isi tepung ke dalam acuan, kalau boleh jangan penuhkan acuan sebab putu ni tak boleh tebal sangat. Acuan lompang kan tinggi. Jadi kalau boleh jangan penuh. Sebab takut nanti putu tak masak dan rasa tepung je.
Kredit resipi & gambar: Eiriya Azira
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat Sendiri Risoles Sedap, Mudah & Tak Guna Banyak Bahan

Sedapnya Risoles ni. Sangat sesuai dijadikan sajian kudapan di waktu lapang atau hidangan minum petang. Terdapat pelbagai resipi Risoles yang intinya dipelbagaikan. Salah satunya yang sedap dan mudah ialah resipi kulit Risoles yang dikongsi oleh saudari Juju Minhad. Intinya? Terpulang pada cita rasa masing-masing. Boleh sahaja guna inti karipap sahaja. Ringkas bahan-bahan penyediaannya namun rasanya sangat enak. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK RISOLES DAGING SEDAP & MUDAH

BAHAN KULIT RISOLES:
2 cawan tepung gandum – beli online disini
2 cawan santan – beli online disini
1 biji telur
1 cawan air
Secubit garam
BAHAN INTI & SALUTAN:
Inti secukupnya
Telur
Serbuk roti – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan untuk kulit dan kisar menggunakan blender hingga sebati. Kemudian tapis untuk memastikan adunan mulus dan tidak berketul
2. Panaskan kuali tahan lekat kemudian tuang adunan doh untuk membuat kulitnya.
3. Pastikan kulit dibuat nipis-nipis. Jangan tebal.
4. Bila sudah habis kulitnya, ambil sekeping dan hamparkan.
5. Letak inti yang telah dimasak dengan secukupnya dan gulung seperti kuih ketayap.


6. Celup ke dalam telur yang telah dipukul.

7. Kemudian salutkan dengan serbuk roti hingga bersalut rata.

8. Panaskan minyak masak dan goreng Risoles tadi hingga kekuningan.

9. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

NOTA:
Inti terpulang pada selera dan cita rasa masing-masing. Antara inti Risoles yang boleh digunakan adalah inti sardine, daging. Empunya resipi buat inti ayam dan ketang ala-ala inti karipap.
Kredit resipi & foto: Juju Minhad
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Kerabu Kuning Sedap. Masak Sendiri Baru Puas Makan.
Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat
Cara Masak Oden Homemade Ala Family Mart. Sedap & Puas Makan
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

