Resipi Kuih Lompat Tikam Senang Dan Sedap. Gerenti Jadi.

Share

Bila kita teringin kuih lama, kenalah usaha sikit nak membuatnya. Contohnya seperti kuih lompat tikam ni. Memang dah lama tak makan. Nak tunggu puasa baru boleh merasa. Jadi mula-mula dapatkan bahan-bahan nak membuatnya seperti tepung beras dan sebagainya. Yang nak buat, boleh ikut resipi ini.

Untuk adunan hijau
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras-BELI ONLINE DI SINI


6 helai daun pandan dikisar, tapis air daun pandan jadikan 4 cawan air
1 sudu besar air kapur makan

Cara memasak:
1.Panaskan periuk, masukkan 2 cawan air biarkan mendidih.
2.Baki 2 cawan lagi air daun pandan masukkan tepung beras dan kapur makan kacau hingga sebati. Dah mendidih air dalam inner pot tuang bancuhan tepung tadi.Kacau jangan berhenti nampak dah berkilat bermakna adunan dah masak.Angkat sejukkan ke dalam bekas.

Pulut
1 cawan beras pulut direndam dalam 1 jam dengan pewarna

merah.Pulut saya guna periuk nasi elektrik sebab sikit.Masak seperti nasi biasa.

Kuah santan
1 biji kelapa ambil santan pekat
3 sudu besar tepung beras


sedikit garam
satukan semua bahan masak sampai mendidih dan pekat

Air gula
Gula Melaka@ nise
Sedikit gula pasir- BELI ONLINE DI SINI
Daun pandan dan sedikit air
semua bahan masak sampai gula hancur dan agak pekat sikit.

Kredit: Noriza Awang Hamat

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN