Kuih tradisionalseperti Kuih Kole Kacang memang sedap. Kalau tabur banyak tahi minyak, lagi sedap. Namun tak ramai yang berani nak cuba buat kuih ini secara homemade kerana beranggapan ia susah untuk dihasilkan. Menerusi perkongsian saudari Noor Nira, beliau kongsikan resipi Kuih Kole Kacang yang sangat mudah dan sedap. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MASAK KUIH KOLE KACANG & TAHI MINYAK
Ads
BAHAN-BAHAN:
400gm tepung kacang hijau – beli tepung yang telah siap disangai. Ada dijual di kedai bakeri.
500gm santan
4 cawan air (cawan metrik)
200gm air
350gm gula merah
2-3 helai daun pandan
BAHAN TAHI MINYAK:
500gm santan
Secubit garam
CARA MEMASAK: 1. Satukan air, gula merah dan daun pandan. Panaskan sampai gula larut dan hancur. Sejukkan. 2. Dalam bekas berasingan, masukkan tepung kacang hijau, santan, air dan air gula yang telah disejukkan. 3. Kacau sebati hingga menjadi adunan yang tidak berketul. 4. Masak campuran adunan tadi dalam kuali menggunakan api perlahan. Terus kacau sehingga adunan meletup-letup kecil.
5. Tuang adunan ke dalam loyang bersesuaian. Biarkan sejuk. 6. Untuk menyediakan tahi minyak, masak santan yang telah dicampur garam menggunakan api kecil keperangan. Tapis untuk buang lebihan minyak.
Ads
7. Tabur tahi minyak diatas kuih Kole Kacang tadi.
Musim PKP ni jom kita berjimat, kalau teringin nak makan makanan yang biasa anda makan di gerai atau restoran memang tak boleh. Jangan biarkan selera terbantut, masak je sendiri, contohnya sup ekor, ramai sangka susah nak buat dan ambik masa nak buat. Kalau kena gaya dan anda kreatif sedikit, masakan susah pun jadi senang ye. Misalnya anda rebus siap-siap ekor atau tulang sehari sebelum atau tak sempat sediakan keesokan harinya frozenkan je dulu, bila free, tinggal masak je. Berikut dikongsikan resipi Sup Ekor Ala Thai
RESEPI SUP EKOR ALA THAI BAHAN-BAHANNYA: 1 kilo ekor lembu | potong kecil, cuci bersih dan tis 3 sudu besar kicap sotong 3 sudu besar cili kisar 3 batang serai | titik 5 helai daun limau purut 2 biji bawang besar 15 tangkai cili padi | di belah dua 3 sudu besar minyak masak 2 biji limau nipis 3 biji tomato CARA MEMBUAT:
Tumis cili kisar dan masukkan serai yang telah di titik. Kacau sampai garing dan masukkan kicap sotong, kemudian masukkan air dan ekor lembu.
Masak hingga ekor lembu empuk kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.
Masukkan cili padi,tomato dan bawang besar.
Setelah itu masukkan jus limau,daun limaupurut, dan bolehlah diangkat.
Nak masak rendang ayam atau daging tapi dalam kuantiti sikit sebab ahli keluarga tak ramai. Masalahnya resipi yang ada kebanyakannya dalam kuantiti banyak.
Bagi yang mahir memasak rendang tak jadi masalah tapi buat yang baru belajar memasak dah tentu keliru dengan sukatan. Bagi memudahkan anda yang ingin memasak dalam kuantiti sedikit boleh ikut resipi perkongsian Masmira Idris ini.
Beliau yang mengambil tempahan rendang dan biasa membuat rendang dalam jumlah yang banyak tapi kali ini berkongsi sukatan rendang untuk seekor ayam atau sekilo daging.
Resipi Rendang Ayam Seekor/ Daging Sekilo
Bahan-bahan
Ayam 1 ekor / daging 1 kg
Bahan kisar:
1 genggam atau lebih cabai kering
Sedikit cili padi (jika ingin pedas)
5-6 ulas bawang merah
1 labu kecil bawang besar
4 ulas bawang putih
3 inci halia
Lengkuas banyak (1.5 kali ganda tapak tangan)
7-8 batang serai
2 sudu biji ketumbar
2 inci kunyit hidup
Bahan lain:
300g santan
Sedikit kerisik
1-2 keping asam keping
Sedikit gula melaka/merah
Sedikit gula batu
Cara membuat:
Kisar semua bahan tapi jangan halus sangat.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar tadi
Boleh masuk santan siap-siap. Kalau nak letak akhir pun boleh, terpulang. Jika letak awal, kuah cepat pecah minyak dan garing.
Masukkan garam gula, gula melaka, gula batu, asam keping, sedikit kerisik ( jika masak rendang daging, letak garam akhir)
Masak sampai pecah minyak dan garing.
Masuk ayam/daging dan tambah air.
Masuk daun kunyit yang dihiris halus. Koyak-koyakkan daun limau purut masuk dalam kuah.
Bila tiba sambutan Tahun Baru Cina, makan besar tentunya antara yang paling ditunggu-tunggu. Antara menu yang boleh disediakan adalah hidangan berasaskan udang. Ia antara makanan laut yang sedap dan disukai ramai. Malah udang juga antara lauk yang paling senang dimasak dan tidak perlu menunggu lama. Sesuai sangatlah cuba di musim perayaan ni.
KOLEKSI RESIPI MASAKAN UDANG
1. UDANG SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan dan toskan
1 biji bawang besar |dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
2.5cm halia | dikisar
3 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan air asam jawa
3cm belacan
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pes cili, diikuti belacan, kacau hingga pecah minyak,
Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukupnya.
Setelah pekat dan agak kering masukkan udang yang telah digoreng.
Tutup api dan gaul rata.
Sedia dihidangkan.
2. UDANG GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN UNTUK UDANG GORENG:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan
8 biji cili padi | dihiris
1/2 cawan susu seger
1 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SARANG TELUR:
2 biji telur kuning
1 sudu makan mentega
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama garam dan lada sulah secukupnya. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng udang sehingga kemerahan.
Angkat dan toskan.
Kemudian keluarkan minyak kerana ia tidak digunakan lagi.
Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan cili hingga garing dan naik bau.
Masukkan susu cair, kacau seketika. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi.
Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
Untuk membuat sarang telur. Pukul ringan kuning telur.
Panaskan mentega bersama minyak masak sehingga panas, tuangkan kuningan telur sedikit demi sedikit supaya telur masuk kuali halus-halus.
Sambil itu kacau laju-laju hingga telur habis.
Terus kacau sehingga telur kelihatan bersarang dan berwarna kuning keemasan.
Kemudian tuangkan ke atas tapisan untuk toskan minyak.
Akhir sekali taburkan di atas udang dan hidangkan panas-panas.
3. UDANG GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan
4 ulas bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 biji bawang besar |dicincang
1 batang serai | dikisar
2 tangkai daun kari | dilurut dari tangkai
6 biji cili padi | dihiris
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan semua bahan kisar dan serbuk rempah kari, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, garam dan gula secukupnya.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng daun kari hingga garing dan naik bau.
Masukkan hirisan bawang besar, diikuti udang.
Goreng hingga udang kemerahan lebih kurang lima minit.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
4. RENDANG UDANG
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XXL | dibersih dan toskan
500ml santan pekat
2 sudu makan kerisik
3 sudu makan pes cili kering
6 ulas bawang merah | dikisar
4 ulas bawang putih | dikisar
3cm halia |dikisar
2cm lengkuas | dikisar
2 batang serai | dikisar
1 helai daun kunyit | dihiris
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pes cili tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan pula santan, dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang bertukar warna kemerahan.
Masukkan kerisik dan air asam jawa.
Kecilkan api biarkan mereneh seketika.
Lengkapkan rasa dengan garam dan gula, kemudian taburkan hirisan daun kunyit.
Sedia dihidangkan.
5. UDANG GORENG TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
500 gm udang saiz XXL | dibersihkan
2 sudu makan tempoyak | dibancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar | dihiris
1 helai daun kunyit | dihiris halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan toskan.
Keluarkan sebahagian minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan hirisan bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar dam serbuk kunyit.
Kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan bancuhan tempoyak, diikuti garam dan gula secukupnya.
Bila kuah tempoyak agak pekat dan cukup rasa, masukkan hirisan daun kunyit dan udang.