Sedapnya Kuih Bakar Pandan ni. Lemak-lemak manis memang membuka selera. Nak cuba buat sendiri kuih ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Maizatul Ayub. Boleh hidangkan masa sarapanatau minumpetang.
RESIPI KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan kotak
1/4 cawan air
1/2 cawan gula pasir – boleh kurangkan kalau tak nak manis
2 biji telur
Secubit garam
1 penutup esen vanilla
1 penutup perisa pandan
Sedikit pewarna hijau
Bijan secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan ( kecuali bijan). Kacau sebati dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan pastikan tidak berketul. 2. Ambil loyang kek cawan atau muffin. Oleskan dengan sedikit minyak atau marjerin. 3. Tuang adunan ke dalam loyang dan tabur bijan dengan secukupnya.
4. Bakar guna suhu 180C selama 25-30 minit menggunakan api atas bawah. Masa mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhat masing-masing.
Ads
5. Bila Kuih Bakar masak dan kelihatan garing diluar, keluarkan dan sedia untuk dinikmati.
Kalau pergi pasar malam, pasti ramai yang suka beli Popia Basah lagi-lagi kalau intinya banyak dan dituang dengan sos yang pekat yang sedap. Memang sangat menyelerakan. Sebenarnya, kita boleh buat sendiri menu ini di rumah. Sesuai untuk hidangan minum petang bersama keluarga. Resipi yang dikongsikan Roshida Shida ini, lengkap dari cara buat kulit popia, sos dan juga inti dalam popia. Jom kita buat!
2 cawan tepung gandum – beli online di sini 1 biji telur putih ¾ cawan air 2 sudu makan cuka Secubit garam
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul sebati. Boleh guna tangan atau sudu. Jika adunan nampak pekat, boleh tambah air sedikit.
2. Tutup dan perap 30 minit. Selepas ½ jam, panaskan kuali leper atau non stick, ambil sejemput adunan dan lengserkan di atas kuali nipis-nipis.
3. Biar seketika, kemudian angkat perlahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulang proses ini hingga habis.
4. Kulit popia ni boleh letak bertindan ya sebab dia tak melekat.
1. Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan cili dan masak hingga pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan gula perang, gula pasir dan juga kicap manis.
5. Masak hingga pekat menggunakan api perlahan. Tambah garam secukupnya.
Sengkuang (jika suka, hiris nipis @ memanjang) Tauge | bersihkan ½ biji kubis | racik halus 1 biji lobak merah | hiris memanjang Segenggam udang | buang kepala & ekor, potong kecil ½ labu bawang besar | cincang halus 2 ulas bawang putih | cincang halus Udang kering (optional – yang ni saya tambah sendiri, tumbuk halus) Garam secukupnya Minyak untuk menumis
1. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis udang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Guna api sederhana. 2. Masukkan kubis dan lobak merah. Kacau hingga layu. 3. Masukkan tauge, sengkuang, udang kering dan garam. Kacau sebati dan rasa garamnya (masak sekejap je bahan inti).
Kacang tanah | disangai, buang kulit & tumbuk Udang geragau kering | disangai & tumbuk halus Bawang goreng
CARA SEDIAKAN:
Sediakan kulit popia dan sapukan sos sedikit, masukkan inti. Gulung kemas. Buat sampai habis. Curahkan sos di atas popia tadi, tabur dengan bahan tabur. Siap.
Bahan yang leftover jangan pula dibuang. Boleh diolah menjadi menu yang mengenyangkan. Kalau korang ada nasi sejuk yang belum rosak tu, bolehla cuba resepi ni ya.
Bahan-bahan:
Nasi sejuk
1 batang daun bawang
carot sagat halus
2 biji telur
garam
1 sudu tepung gandum
*kalau korang nak tambah lain-lain bahan contoh daun sup, kentang,isi udang silakan.
Cara membuat:
1.Campurkan semua, jangan tambah air ye. kacaukan bagi sebati semua.
2.Sudukan adunan dalam kuali, goreng dengan minyak yang sedikit,bukan macam kita goreng minyak yang banyak.
3.Hasilnya macam ni,terliur tak,hah bolehlah bancuh untuk minum petang ni atau buat sarapan pagi. Sedap dimakan panas-panas cicah dengan sos cili thai pun umph.
Min cukup berkenan menengok pau tiga warna nih. Comel aje bentuk bunga rosnya. Namanya pun pau mawar. Boleh aje dijadikan kudapan bila tetamu datang berkunjung.
Jom kita semak resipi dari FB : Jalilah JJ
PAU MAWAR JJ
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
(salah satu dari inti di bawah) Kaya Kaya pandan Kacang merah
CARA MEMASAK :
1. Ayak tepung pau dengan double action baking powder. 2. Kemudian gaulkan shortening dan tepung jadi serbuk roti 3. Satukan air, gula, susu dan larutkan. Biarkan berbuih, dalam 10 minit 4. Campurkan garam dan kacau hingga sebati. 5. Masukan air dalam tepung uli hingga jadi doh. Sapukan cream super pada doh. 6. Bahagi kepada 3 bahagian dan warnakan.
7. Uli doh hingga licin dan lembut dalam 1/2 jam kalau guna tangan dan jika menggunakan mixer dlm 10 minit @ pastikan doh sekata warnanya.
8. Timbang setiap doh 15 g dan inti kacang 9 g.
Peringatan: ***Jerang air kukusan dahulu sebelum membuat pau. Kalau nak pau kita wangi semasa jerang, kukusan itu dicampurkan dengan 10 helai daun pandan, baru dikukus Nanti mesti rasa pau yang dibuat lagi sedap dan wangi.
Insyallah.. ***Kukus selama 7 minit
Sumber fb: Jalilah JJ
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!