Resipi Kuih Akok Kedut Kelantan Yang Sedap, Lembut & Lemak

Share

Teringin nak makan Kuih Akok Kelantan homemade yang sedap, lembut dan panas? Ha…Cubalah buat sendiri dengan resipi perkongsian saudari Sitisarah Hamid ni. Mudah je. Paling istimewa sebab boleh bakar guna mesin kek cawan je. Tak perlu guna arang pun. Namun jika tiada sandwich maker, anda boleh menggunakan loyang muffin dan dibakar dalam ketuhar atau acuan kuih cara dan masak menggunakan dapur gas. Sangat mudah. Jom lihat bahan-bahan dan cara pembuatannya. Pasti puas hati dapat makan kuih ni.

 

CARA MEMBUAT KUIH AKOK SEDAP SECARA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
6 biji telur
2 keping nise / gula melaka besar (kalau saiz kecil, guna 3 keping) beli online disini
1 cawan santan beli online disini
½ sudu teh garam
3 sudu makan tepung gandum beli online disini
1/2 cawan air
1 helai daun pandan

CARA MEMASAK:
1.Masak gula melaka atau nise bersama air. Masukkan juga daun pandan dan masak hingga gula larut.


2. Kemudian satukan semua bahan-bahan lain. Kisar sehingga sebati. Boleh juga diadun menggunakan tangan sahaja.


3. Adunan Akok sudah siap untuk dibakar. Boleh guna mesin kek cawan atau jika tiada, boleh guna sandwich maker. Bakar hingga akok masak.


4. Selain itu, Akok juga boleh dibakar menggunakan ketuhar pada suhu 180C selama 20 minit menggunakan api atas bawah.
5. Kuih Akok Kelantan yang sedap dan mudah ini sedia untuk dinikmati.

Kredit petua & foto: Sitisarah Hamid

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN