Ads

Resipi Kuih Abok-Abok Sedap & Mudah. Kuih Tradisional Paling Diminati

Kuih Abok-Abok adalah antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas, kuih ini menjadi pilihan terutamanya ketika sarapan dan juga minum petang. Kalau dapat makan masa masih panas, memang nikmat sungguh! Jom cuba resipi Kuih Abok-Abok sedap perkongsian saudari Zurida Hassan ini. Pasti puas hati dengan hasilnya.

Resipi Kuih Abok-Abok Sedap

Resipi Kuih Abok-Abok Sedap & Mudah. Kuih Tradisional Paling Diminati

Bahan-Bahan Kuih Abok-Abok:

  • 3 cawan sagu
  • 1 cawan kelapa parut
  • Gula melaka secukupnya – racik halus
  • Daun pisang secukupnya – potong kecil dan layurkan
  • Sedikit gula dan garam

Resipi Kuih Abok-Abok Sedap & Mudah. Kuih Tradisional Paling Diminati

Cara Memasak Kuih Abok-Abok:

  1. Rendam sagu dengan pewarna hijau atau air kisaran daun pandan selama 15 minit.
  2. Toskan airnya dan gaulkan bersama kelapa parut, sedikit gula dan garam hingga rata.Resipi Kuih Abok-Abok Sedap & Mudah. Kuih Tradisional Paling Diminati
  3. Bersihkan daun pisang dan gulung menjadi kon kecil untuk membungkus Kuih Abok-Abok.Resipi Kuih Abok-Abok Sedap & Mudah. Kuih Tradisional Paling Diminati
  4. Sudukan sedikit sagu ke dalam kon daun pisang.Resipi Kuih Abok-Abok Sedap & Mudah. Kuih Tradisional Paling Diminati
  5. Masukkan gula melaka secukupnya di tengah.Resipi Kuih Abok-Abok Sedap & Mudah. Kuih Tradisional Paling Diminati
  6. Tambahkan lagi sagu di atasnya.Resipi Kuih Abok-Abok Sedap & Mudah. Kuih Tradisional Paling Diminati
  7. Lipat bungkusan daun pisang dengan kemas dan semat dengan lidi. Ulang hingga habis.Resipi Kuih Abok-Abok Sedap & Mudah. Kuih Tradisional Paling DiminatiResipi Kuih Abok-Abok Sedap & Mudah. Kuih Tradisional Paling DiminatiResipi Kuih Abok-Abok Sedap & Mudah. Kuih Tradisional Paling DiminatiResipi Kuih Abok-Abok Sedap & Mudah. Kuih Tradisional Paling Diminati
  8. Kukus kuih selama 20 minit atau hingga sagu masak sempurna.Resipi Kuih Abok-Abok Sedap & Mudah. Kuih Tradisional Paling Diminati
  9. Angkat dan sedia untuk dinikmati selagi masih panas!Resipi Kuih Abok-Abok Sedap & Mudah. Kuih Tradisional Paling Diminati

Tip Tambahan:

Untuk hasil Kuih Abok-Abok yang lebih wangi, gunakan daun pandan segar ketika merendam sagu. Pastikan juga gula melaka dipotong halus supaya mudah cair semasa dikukus.

Kredit resipi & foto: Zurida Hassan

Kenapa Kuih Abok-Abok Jadi Kegemaran Ramai?

Kuih Abok-Abok terkenal dengan rasa lemak manis yang seimbang antara kelapa parut dan gula melaka. Teksturnya yang kenyal dan aromanya dari daun pisang menjadikan ia nostalgia buat ramai pencinta kuih tradisional. Dengan bahan ringkas dan cara penyediaan yang mudah, resipi ini sesuai untuk semua peringkat umur.

Ads

Jadi, kalau anda mencari kuih tradisional yang sedap dan mudah dibuat di rumah, jangan lepaskan peluang untuk mencuba resipi Kuih Abok-Abok sedap ini. Rasanya memang tidak akan mengecewakan!

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Ads

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Petua Rebus Biji Sagu Supaya Jernih, Bulat & Tak Mudah Hancur.

Ads

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Kuih Kaswi Gula Merah Lembut Bergoyang, Manis Lemak Pasti Jadi

Kuih Kaswi Gula Merah yang lembut, bergoyang dan manis berlemak. Resipi mudah, tidak keras walaupun sejuk dan sesuai untuk minum petang.