Ads

Resipi Kuah Mi Hokkien Sedap Wangi Berperisa, Masak Kulit Udang Hingga Betul-Betul Kering!

Kuah Mi Hokkien

Rupanya nak buat Kuah Mi Hokkien sedap, kena masak kulit udang hingga betul-betul kering sebelum dicampur minyak dan digoreng garing. Cara inilah yang membantu menghasilkan kuah yang lebih wangi dan terasa kemanisan udangnya.

Malah ikut resipi ni memang ringkas, tak perlu tumis pun. Masukkan semua bahan dan reneh sehingga mendidih. Memang sesuai kalau teringin nak cuba buat sendiri hidangan mi yang sedap untuk makan bersama keluarga.

Bagi yang nak cuba masakan Cina, seperti Mi Hokkien ni boleh ikut cara dan resipi yang dikongsikan oleh Puan Kurshima Ishak ini. Memang mudah!

Rahsia Kuah Mi Hokkien Sedap Guna Kulit Udang

Hokkien Mi cara saya. Ni untuk 5-6 orang makan. Kulit udang dari 2kg udang. Untuk bahan perasa saya pakai agak-agak saja. Letak sikit-sikit dulu. Tak cukup baru tambah.

Bahagian kulit udang jangan terus dibuang sebab inilah antara bahan penting untuk mendapatkan rasa kuah yang sedap. Kulit udang perlu dimasak sehingga betul-betul kering terlebih dahulu sebelum dimasukkan minyak. Kemudian barulah digoreng sehingga garing.

Bila kulit udang dah garing, kisar dan perah seperti perah santan. Air daripada kulit udang inilah yang akan digunakan sebagai asas kuah. Lagi elok tapis dua kali supaya kuah lebih bersih dan tak ada serdak kulit udang.

Bahan-Bahan (Kuah Mi Hokkien):

2kg Udang
1 @ 1 setengah cawan minyak masak
Sos Tiram
Sos Tomato
Bawang Besar (dikisar)
Gula Batu
Kiub Pati Ayam/ ikan bilis
Garam

Resipi Kuah Mi Hokkien Sedap Wangi Berperisa, Masak Kulit Udang Hingga Betul-Betul Kering!
Kuah Mi Hokkien

Untuk bahan perasa seperti sos tiram, sos tomato, gula batu dan garam, boleh masukkan sedikit-sedikit terlebih dahulu. Rasa kuah dan tambah jika masih tak cukup. Cara ni lebih mudah sebab sukatan bahan perasa memang boleh disesuaikan ikut citarasa masing-masing.

Cara Membuat Kuah Mi Hokkien

  1. Masak kulit udang hingga betul-betul kering. Jangan masukkan minyak terlalu awal. Pastikan kulit udang dah cukup kering terlebih dahulu.

    Resipi Kuah Mi Hokkien Sedap Wangi Berperisa, Masak Kulit Udang Hingga Betul-Betul Kering!
    Kuah Mi Hokkien
  2. Kemudian, masukkan minyak masak. Anggaran dalam satu hingga satu setengah cawan.
Resipi Kuah Mi Hokkien Sedap Wangi Berperisa, Masak Kulit Udang Hingga Betul-Betul Kering!
Kuah Mi Hokkien

3.Kacau sampai kulit udang betul-betul garing. Biarkan sejuk dulu. Kulit udang yang garing akan memberikan rasa dan aroma udang yang lebih sedap pada kuah.

Resipi Kuah Mi Hokkien Sedap Wangi Berperisa, Masak Kulit Udang Hingga Betul-Betul Kering!
Kuah Mi Hokkien

4. Blend dengan sedikit air. Air agak-agak ja lah. Tak perlu terlalu banyak sebab selepas ni kita masih akan tambah air ketika proses memerah kulit udang.

Ads
Resipi Kuah Mi Hokkien Sedap Wangi Berperisa, Masak Kulit Udang Hingga Betul-Betul Kering!
Kuah Mi Hokkien

5. Lepas blend tapis. Perah kulit udang macam perah santan. Tambah air dan perah sehingga kulit udang jadi bersih. Saya tapis 2 kali sebab tak nak ada serdak.

Resipi Kuah Mi Hokkien Sedap Wangi Berperisa, Masak Kulit Udang Hingga Betul-Betul Kering!
Kuah Mi Hokkien

6.Rebus kuah sampai berbuih. Kemudian boleh kecilkan api. Biar dia reneh. Masa ni aroma udang akan mula naik dan kuah akan jadi lebih sedap.

Resipi Kuah Mi Hokkien Sedap Wangi Berperisa, Masak Kulit Udang Hingga Betul-Betul Kering!
Kuah Mi Hokkien

7. Masukkan sos tomato.

Resipi Kuah Mi Hokkien Sedap Wangi Berperisa, Masak Kulit Udang Hingga Betul-Betul Kering!
Kuah Mi Hokkien

8. Masukkan sos tiram. Kacau supaya sos sebati dengan kuah.

Resipi Kuah Mi Hokkien Sedap Wangi Berperisa, Masak Kulit Udang Hingga Betul-Betul Kering!
Kuah Mi Hokkien

9. Masukkan pula gula batu. Kalau ada ubi sengkuang tak payah letak gula batu. Kalau guna sengkuang potong besar-besar letak dalam kuah. Rasa sengkuang lebih sedap sebab manis semulajadi.

Resipi Kuah Mi Hokkien Sedap Wangi Berperisa, Masak Kulit Udang Hingga Betul-Betul Kering!
Kuah Mi Hokkien

10. Masukkan kiub ikan bilis / ayam. Letak garam sikit. Reneh kuah sampai naik bau wangi. Rasa dulu sebelum tambah garam atau bahan perasa lain supaya rasanya tak terlebih masin.

Ads
Resipi Kuah Mi Hokkien Sedap Wangi Berperisa, Masak Kulit Udang Hingga Betul-Betul Kering!
Kuah Mi Hokkien

11. Nak letak apa ikut suka. Isi udang boleh digoreng atau rebus. Saya suka goreng sikit. Fish cake, fish ball, telur rebus, taugeh. Kalau nak sayur hijau letak kangkung. Saya tak boh sebab anak-anak tak suka.

Resipi Kuah Mi Hokkien Sedap Wangi Berperisa, Masak Kulit Udang Hingga Betul-Betul Kering!
Kuah Mi Hokkien

Pelengkap Untuk Mi Hokkien

Selain isi udang, fish cake, fish ball, telur rebus dan taugeh, boleh juga tambah kangkung kalau suka. Bahan-bahan ni boleh disediakan berasingan dan dimasukkan semasa nak menghidangkan mi.

Isi udang pula boleh direbus, tapi kalau suka rasa dan tekstur udang yang sedikit berbeza, boleh goreng sekejap macam cara saya. Jangan goreng terlalu lama supaya isi udang tak jadi keras.

Sambal tu tumis cili dengan majerin. Masak sampai pecah minyak. Sambal ni memang sesuai dimakan sekali dengan Kuah Mi Hokkien sebab boleh tambah rasa pedas mengikut citarasa masing-masing.

Petua Kulit Udang Untuk Kuah Lebih Sedap

Yang penting ketika membuat kuah ni adalah proses awal kulit udang. Masak sampai betul-betul kering, kemudian baru masukkan minyak dan kacau sampai kulit udang garing. Jangan terus blend ketika masih panas. Biarkan sejuk dulu sebelum dikisar bersama sedikit air.

Ads

Selepas dikisar, perah kulit udang macam perah santan. Kalau tak nak ada serdak, tapis dua kali. Proses ni memang ambil sedikit masa tetapi hasilnya kuah lebih bersih dan rasa udangnya lebih terasa.

Anda mungkin berminat dengan

Untuk rasa manis pula, boleh pilih sama ada nak guna gula batu atau ubi sengkuang. Kalau ada sengkuang, tak payah letak gula batu. Potong sengkuang besar-besar dan masukkan terus ke dalam kuah. Manis semulajadi daripada sengkuang memang sedap.

Akhir sekali, biarkan kuah reneh sampai naik bau wangi. Jangan lupa rasa terlebih dahulu. Kalau tak cukup masin atau rasa masih kurang, barulah tambah bahan perasa sedikit demi sedikit.

Resipi Kuah Mi Hokkien Sedap Wangi Berperisa, Masak Kulit Udang Hingga Betul-Betul Kering!
Kuah Mi Hokkien

Tadaa… Boleh makan dah… Selamat mencuba.

RASA: Begini rupanya nak buat Kuah Mi Hokkien yang sedap, guna kulit udang yang dimasak sehingga kering. Rupanya kulit udang yang biasanya dibuang boleh digunakan untuk menghasilkan asas kuah yang cukup berperisa. Boleh cuba nanti.

Sumber: Kurshima Ishak

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA.

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

Buat Sendiri Kuih Lompat Tikam Sedap, Lemak Manis Secukup Rasa!

Kuih Lompat Tikam sedap dengan tepung hijau, kepala santan, pulut merah dan air gula Melaka. Cuba resipi istimewa yang lemak manis secukup rasa!