Resipi Koleh Kacang Warisan. Lemak Manis Digemari Ramai.

Share

Peminat kuih muih tradisional pastinya menggemari sajian ini. Rasa lemak dan aroma tahi minyak yang unik memang best. Jom cuba buat. Pasti anda berpuas hati.

BAHAN-BAHAN:

  • 300ml santan pekat | masak hingga jadi tahi minyak
  • 200gm gula merah
  • 50gm gula pasir
  • 500ml santan
  • 200ml tepung kacang hijau

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat tahi minyak; masak santan di dalam kuali. Kacau sehingga ia bergentel dan berminyak. Angkat dan ketepikan.
  2. Satukan semua bahan selebihnya di dalam kuali. Kacau perlahan di atas api perlahan sehingga ia memekat.
  3. Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak di atasnya.
  4. Setelah sejuk, boleh dipotong.
  5. Sedia dinikmati.

Info chef: Lebih elok masak di dalam kuali untuk memudahkan mengacaunya.

CUBA: 

 

 

IKLAN