Kek marbel ni boleh dikatakan sebagai kek lejen. Orang tua-tua memang suka makan kek macam ni berbanding kek-kek moden yang semakin mewah dengan coklat dan keju. Kek marble rasanya lemak-lemak manis dan simple je. Kalau pandai buat, memang sangat sedap dan cukup cita rasanya.
CARA MEMBUAT
1. Pukul gula kastor dan mentega sampai putih gebu.
2. Masukkan esen vanila dam baking powder. Pukul sekata.
3. Masukkan sebiji telur ayam dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum sikit dan pukul lagi.
5. Ulang step 3 dan 4 sampai habis.
6. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian tambah serbuk koko / emulco.
7. Dalam loyang 7X7 inci, sendukkan adunan berselang seli secara bertindih.
8. Lorek bahagian atas. Dan hentak sedikit loyang.
9. Bakar pada suhu 150°C selama 50 minit.
10. Tunggu sejuk baru terbalikkan dan potong. Selamat mencuba!
Kek keju memang tidak pernah jemu makan. Buatnya pun mudah dan bahan-bahan pun mudah didapati. Memang kalau dah sedap macam gini, tak sempat nak simpan esok. Jom kita buat.
Bahan-bahan 70gram butter 70gram gula 70gram tepung gandum (diayak dahulu)-BELI ONLINE DI SINI 200ml susu segar 4 biji telur (asingkan telur putih dan kuning) 5 keping slice cheese Beberapa titis esen vanila-BELI ONLINE DI SINI
Cara membuat 1) Carikkan slice cheese kecil-kecil dan kemudian campurkan bersama susu segar 2) Kemudian masukkan slice cheese bersama susu segar kedalam periuk, gunakan api perlahan dan kacau sehingga slice cheese tersebut cair. 3) Kemudian masukkan batter dan kacau lagi sehingga betul2 larut. 4) Tutup api dan biarkan sebentar 5) Pukul putih telur bersama gula sehingga menjadi meringue (bertanduk) 6) Masuk kuning telur kedalam bekas lain dan pukul kuning telur tersebut sehingga kembang 7) Kemudian masukkan kuning telur tersebut kedalam adunan cheese tadi, kacau sehingga betul2 larut. 😎 kemudian msukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau..pastikan adunan tidak berketul, 9) Setelah semua betul2 larut dan x berketul baru masukkan meringue sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi. 10) Akhir sekali baru letak esen vanila
Cara bakar 1) Sapukan keliling loyang dengan mentega, bawahnya letak kertas minyak.. Gunting ikut bentuk bekas tersebut 2) Panaskan air untuk letakkan di bawah loyang tersebut 3) Bakar dalam suhu 170darjah selama 20minit kemudian turunkan suhu kepada 140 selama 40minit.. (ikut oven masing-masing)
Kredit : Qalisya Lisya Illa
ADA YANG NAK MEMBELI MIXER BARU, BOLEH BELI DI SINI.
3. Kemudian, masukkan ais batu. Marjerin, ais batu dan tepung ubi untuk merangupkan bancuhan tepung goreng pisang kita. Ini bahan rahsianya.
4. Masukkan air. Kacau-kacaukan supaya sebati semua bahan. Bancuh hingga ais tadi cair sekali ya.
5. Apabila bahan salutan sudah tersedia, ketepikan. Kita namakan ini bancuhan A. Nanti kita buat bancuhan B.
6. Potong pisang kegemaran. Saya guna pisang tanduk. Bancuhan tadi tu sedang elok untuk sebiji pisang tanduk tau.
7. Kita sediakan bancuhan B. Ambil ½ cawan bancuhan A kita tadi tu. Campurkan dengan ¼ suku cawan air. Bancuhan memang cair. Saya buat sikit-sikit bancuhan cair ni. Kira bila bancuhan cair dah habis baru bancuh baru. Pisang salut dengan bancuhan yang lebih pekat.
8. Dalam minyak yang panas, saya masukkan 2 sudu besar bancuhan B yang telah saya cairkan tadi. Dia akan naik berkelopak macam dalam gambar tu.
9. Kemudian, baru saya masukkan pisang dengan bancuhan A. Masak hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
10. Tadaaaa. Beginilah jadinya pisang goreng kita. Ulang langkah macam mula-mula tadi ya.
Anda suka makan Popia Sira Sambal? Ni ada resipi mudah, sedap dan ringkas perkongsian saudari Hazirah Zaihan yang boleh dicuba. Persis Popia Sira Sambal yang kita beli di pasar malam. Memang sedap. Popia yang rangup, sambal yang likat bersalut. Memang best lah. Jom cuba buat. Pasti puas hati.
Dapatkan MUZY MICROFIBER TOWEL SET 2.0dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan codeRASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan tumis udang geragau sebentar. Kemudian masukkan bawang putih. Tumis lagi hingga wangi. 2. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Kacau rata. 3. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Goreng sekejap kemudian tutup api. 4. Angkat inti tadi dan masukkan ke dalam tapis untuk toskan air dan minyak. Ketepikan.
5. Untuk menyediakan sambal, tumis bawang putih hingga wangi. 6. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak. 7. Masukkan sos cili dan serbuk perasa (jangan masukkan air). Kacau rata dan masukkan gula. 8. Tumis sambal sampai berbuih kemudian masukkan bijan. Kacau rata dan tutup api. Biarkan sambal sejuk. 9. Bila inti sudah sejuk, isikan pada kulit popia dan gulung seperti biasa. 10. Panaskan minyak guna api sederhana dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyak. 11. Bila popia sudah sejuk, gaulkan dengan sambal sira tadi. 12. Tabur bawang goreng dan sedia untuk dihidangkan.