
Siapa saja yang tak gemar dengan kek coklat. Tambah pula topping diletak dengan cheese memang buat tak henti nak makan. Nak sedap simpan dalam peti sejuk , baru dimakan. Memang berhantu sungguh kek ni.
Kek Coklat
Bahan-bahan:
4 biji telur
Esen vanila-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan gula kastor- BELI ONLINE DI SINI
Adun sebati.Pukul sikit hingga kembg. Tak perlu lama sangat. Agak-agak gula dah larut. Telur dah kembang boleh henti mix
Masuk 1/2cawan susu pekat. Adun hingga sebati.
Ayak bahan kering
11/4cawan tepung gandum
1cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 cawan susu segar atau susu cair
1 cawan minyak jagung
Cara memasak:
1.Panaskan kukusan. Kalau nak bakar pun boleh.
2.Sapu loyang dengan minyak lapik baking paper.
3.Masuk bahan kering sikit-sikit dalam adunan telur. Kacau rata
4.Masuk minyak jagung dan susu segar. Kacau hingga sebati.
5.Tuang dalam loyang kukus 30 minit.
6.Kalau nak bakar 175. Masa 30 minit.
Untuk coklat:
1.Double boiler coklat masakan. Dengan whipping cream.
2.Bila dah panas. Kacau hingga coklat masakan cair. Tutup api.
Untuk adunan cheese:
1.Whipping cream dan cheese. Pukul sekejap.
2.Masuk gula, esen atau susu pekat.
3.Adun sebati. Ketepikan
4.Bila kek dah masak. potong kek.
5.Lapis je adunan cheese di tengah.
6.Letak lapisan kek. Lapisan atas ikut la nak letak macam mana.Saya lapis berselang seli
7.Kemudian lorek je Siap.
8.Simpan dalam peti sekejap dan siap untuk dihidang.
Kredit: Iedaa Jahaya
ADA YANG NAK MEMBELI BLENDER BARU, LIHAT DI SINI.
https://www.rasa.my/blueberry-cheesecake-cair-di-mulut/
Sedap Menawan Selera, Jom Cuba Buat Kek Pandan Cheese Leleh, Guna Sukatan Cawan Saja
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Datin Seri Emylia Warisi Ilmu Memasak Dari Moyangnya, Tukang Masak Istana

Bila diimbau balik kisah Datin Seri Emylia Yusnita Mohd Tahir mewarisi ilmu memasak memang cukup menyentuh hati. Ibunya meninggal dunia ketika beliau baru berusia lapan bulan. Wanita tabah ini dibesarkan oleh ayah dan arwah moyangnya, Temah Samad yang berkerja sebagai Ketua Tukang Masak di istana Pahang.
Neneknya lebih dahulu meninggal dunia, semasa ibu Datin Seri sedang mengandungkan beliau . Wanita gigih ini duduk bersama arwah moyang di Pahang dengan sering dikunjungi dan kadang-kadang mengikut ayahnya yang tinggal di Johor.
Moyang Jadi Idola Memasak
Di zaman kanak-kanaknya usahawan dan pemilik lima khidmat SPA ini sering mengikuti arwah moyang yang berkerja di dapur Istana, Pekan, Pahang. Makanan yang dimasak adalah untuk Almarhum Sultan Abu Bakar sekeluarga yang cukup menyukai masakan moyangnya.
“Dulu-dulu masa sekolah rendah saya rajin ikut arwah moyang memasak di dapur istana. Bahan-bahan semua sudah disusun pembantu. Saya suka tengok gaya arwah memasak dan perhati bahan-bahan yang digunakan. Dari situ saya dah mula tahu macam mana nak masak dan bila sekolah menengah saya dah boleh memasak.
Di antara amalan masak arwah moyang adalah membuat rempah ratus yang diproses dan dikisar sendiri. Hingga kini saya amalkannya dan saya tak pernah beli rempah yang sudah diproses dalam peket. Aromanya lebih wangi dan rasanya lebih berperisa. Saya juga buat sendiri pes cili kering dan tidak sekali-kali menggunakan cili boh,” kongsi beliau mengenai ilmu masakan yang diwarisi dari moyangnya.
Seperti juga stail masak orang tua dulu-dulu, Datin Seri Emylia juga memasak ikut campak-campak dan agak-agak bagi mendapatkan rasa lauk yang betul-betul sedap.
Suri hati kepada Datuk Seri Ahmad Hj Abas dan ibu kepada tiga cahaya mata berusia 14, 12 dan 3 tahun ini sememangya handal di dapur. Tidak hairanlah jika rumahnya juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang cukup mengemari masakan dari air tangannya
Ni dia empat juadah istimewa yang dijamu rakan-rakan rapat beliau.
NASI KAROT
BAHAN-BAHAN :
- 5 cawan beras basmati | cawan penyukat periuk elektrik
- 6 cawan air
- 3 biji lobak merah | disagat batang mancis
- 4 ulas bawang putih | ditumbuk
- 4 biji bawang merah | ditumbuk
- 2 biji bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- ½ tin susu cair | susu isian sejat
- 1 sudu kecil garam
- 4 helai daun pandan
- 1 lembar daun pudina | disimpul
- 1 lembar daun ketumbar | disimpul
- 4 sudu makan mentega
- Segenggam kacang gajus | digoreng tanpa minyak
*Beras basmati direndam sekurangnya 30 minit sebelum masak
CARA MEMASAK :
- Panaskan mentega dalam periuk lain dan tumiskan bunga lawang, kulit kayu, manis dan bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
- Masukkan air, susu cair dan garam, dan biarkan mendidih.
- Ambil beras yang telah dibersih dan toskan dan masukkan ke dalam periuk elektrik,
- Kemudian masukkan bahan yang ditumis dan mendidih tadi (air, susu cair dan garam) ke dalam periuk elektrik .
- Masukkan lobak merah yang telah disagat .
- Bila air sudah mengering masukkan daun pudina dan daun ketumbar.
- Balik-balikkan nasi bila sudah betul-betul kering. Sajian siap dihidang.
OPOR DAGING
BAHAN-BAHAN:
- ½kg daging batang pinang
Bahan dikisar :
- 4 ulas bawang putih | dikisar
- 6 biji bawang merah | dikisar
- 2 batang serai | dikisar
- 4sm halia | dikisar
- 4sm lengkuas
Bahan disangai (goreng tanpa minyak dan kisar)
- 1 sudu makan ketumbar biji
- 1 sudu teh Jintan manis
- 1 sudu teh Jintan putih
- 6 sudu makan kerisik
- 2 sudu makan rempah opor
- Gula merah dan garam secukup rasa
- 1 sudu kecil asam jawa
- Minyak masak secukupnya
- Sedikit air | secukupnya untuk mengelakkan kering
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar , kemudian masukan bahan-bahan yang disangai.
- Tumis hingga naik minyak dan masukkan rempah opor, tumis lagi sampai naik minyak.
- Tambahkan sedikit air, masukkan daging dan kacau sehingga kesemua bahan yang ditumis sebati dengan daging. Biarkan daging empuk.
- Masukkan kerisik, kacau dengan api yang perlahan. Biarkan mereneh sebentar.
- Masukkan garam dan gula merah secukup rasa
ACAR BUAH
BAHAN-BAHAN :
Bahan A (bahan tumis) :
- 1 1/3 cawan minyak untuk menumis | Lebihkan sedikit kerana buah akan menyerap minyak )
- 1 sudu makan biji sawi
Ditumbuk atau kisar tanpa air:
- 4 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- 2.5sm halia
Bahan B (rempah tumis)
- 3 sudu makan rempah kari
- 8-10 tangkai cili kering | dibuang biji ,rebus dan kisar)
Disangai dan dikisar halus:
- 1 sudu makan ketumbar biji
- 1 sudu teh Jintan Putih biji
- 1 camca teh Jintan Manis biji
Bahan C
4 sudu makan gula merah
2 sudu makan sos cili
Garam secukupnya
2 sudu makan perahan lemon
Bahan D
Disangai :
1/4 cawan bijan
1/3 cawan biji sawi
Bahan E (Buah-buahan)
- 50-150 gram setiap jenis buah buahan | kering atau jeruk (limau jeruk dibelah 12 ikut saiz)
* Kalau buah yang berbiji atau besar seperti prune lebihkan sedikit timbangan | dipotong dua atau empat, atau biarkan sebiji-biji.
- 2 labu bawang putih | dibelah dua jika bersaiz besar
- 12-15 ulas bawang merah | dibelah dua
- Cili Padi secukup nya
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dalam periuk.
- Tumiskan bahan A sehingga garing.
- Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
- Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula.)
- Masukkan bahan E dan akhir sekali bahan D dan digaul sedikit supaya bercampur.
- Usah dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur
- Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)
BUAH MELAKA KUKUS
BAHAN-BAHAN :
- 4 cawan tepung pulut
- 2 sudu makan tepung gandum
- 6 helai daun pandan | diracik halus dan dikisar bersama 1 cawan air
- Gula melaka secukunya | dipotong kecil
- 1 kotak kecil santan kotak | dicampur sedikit air ,sederhana pekat
- Sedikit pewarna hijau
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Tepung pulut dan tepung gandum digaul bersama air dan letakkan secubit garam.
- Masukkan air daun pandan dan pewarna hijau. Ulikan hingga tak melekat di tangan.
- Bentukkan bulat dan masukkan gula Melaka yang sudah dipotong kecil ke dalamnya.
- Bulatkan lagi dan ketepikan
- Masukkan santan ke dalam bekas untuk dikukus, masukkan secubit garam. Panaskan kukus terlebih dahulu.
- Masukkan kuih ke dalam bekas kukus berisi santan dan masak selama 10 minit. Sajian sedia dihidang.
Nak Buat Ikan Goreng Lagi Sedap? Boleh Cuba Ramuan Istimewa Ni

Kebiasaan kita, kalau goreng ikan hanya lumurkan dengan garam dan kunyit saja.
Tapi kalau nak ikan goreng lagi sedap, boleh cuba cara Ummi Hana.
Bahan perapan campuran istimewa bawang, kunyit hidup, garam, cili kisar memang menjadikan menu ikan goreng lagi bertambah sedap!
PERAPAN ISTIMEWA IKAN GORENG
BAHAN-BAHAN:
5 ulas bawang merah – beli online di sini
4 ulas bawang putih – beli online di sini
2 inci kunyit hidup – beli online di sini
5 sudu besar cili kisar – beli online di sini
3 sudu besar garam halus – beli online di sini
Belacan sikit (optional)
TONTON Dapur Rasa Live: Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja
TONTON Makan Di Mana Eps 13: Imran Tapau Masakan Padangs On Wheels
CARA-CARA:
1. Tumbuk garam halus, belacan dengan kunyit hidup hingga lumat. Kemudian, tumbuk bawang merah dan bawang putih. Tak lumat sangat pun tak apa.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Masukkan cili kisar dan gaul sebati. Lepas tu, masukkan dalam bekas bertutup. Bila nak guna, boleh ambil sikit-sikit.
3. Lumur ikan dan perap kejap. Lepas tu baru goreng.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
* Minyak goreng ikan sedap buat goreng sayur atau buat nasi goreng ikan.
Kredit resipi: Ummi Hana
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Mudahnya Nak Masak Pad Kra Pao, Sesuai Untuk Peminat Lauk Pedas
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Aneka Resipi Ayam Tradisional Yang Pasti Membangkitkan Selera!

Walaupun banyak resipi yang telah dimodenkan, tetapi resipi tradisional yang cukup rasa, tidak lari dari rasa pedas dan kaya dengan rempah ratusnya tetap menjadi pilihan di hati masyarakat tempatan kita. Untuk itu, RASA kongsikan 10 resipi ayam tradisional yang boleh anda cuba sendiri di rumah.
AYAM KUZI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ayam | potong saiz sederhana, bersih dan toskan
- 4 sudu makan rempah kuzi
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan puri tomato
- 2 sudu makan minyak sapi
- 3 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN GORENG DAN KISAR:
- 15 biji bawang merah | hiris halus
- 1/2 cawan kismis
- 1/2 cawan badam potong memanjang
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 4 bawang putih
- 3cm halia muda
- 2 batang serai
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 biji bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
- Panaskan minyak, kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan minyak sapi dan minyak masak bersama.
- Tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi, diikuti bahan kisar hingga wangi.
- kemudian masukkan rempah kuzi yang dibancuh dengan sedikit air.
- Seterusnya masukkan pula puri tomato, diikuti ayam goreng, kacau rata.
- Kemudian masukkan susu cair, dan bahan goreng yang telah dikisar tadi.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah kuah pekat dan cukup rasa. Tutup api.
- Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Ayam kuzi enak dihidangkan bersama nasi minyak.
AYAM SAMBAL BALI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | potong 16
- Garam dan serbuk kunyit
- Minyak masak | untuk menggoreng
- 8 batang serai | titik
- 1biji bawang besar hiris
- 6 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
- 3 sudu makan kicap pekat manis
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1/2 cawan minyak masak | guna lebihan minyak goreng ayam tadi
BAHAN KISAR:
- 15 tangkai cili kering
- 5 biji bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- 3cm halia
CARA MEMASAK:
- Ayam dibersihkan,perasakan dengan garam kunyit. Panaskan minyak, gorengkan ayam separa masak. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis serai hingga wangi, kemudian masukkan daun kari, tumis hingga garing menggunakan api sederhana.
- Seterusnya masukkan bahan yang dikisar tumis hingga garing dan pecah minyak.
- Masukkan air asam Jawa, dan kacau lagi seketika.
- Perasakan dengan garam, gula dan kicap.
- Masukkan ayam goreng dan hirisan bawang besar, masak lagi lebih kurang lima minit atau sehingga timbul minyak.
- Tutup api dan Ayam Sambal Bali sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka boleh tambahkan hirisan kentang yang telah digoreng di dalamnya.
AYAM SAMBAL LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | potong 16 belas
- 200gm lengkuas muda | parut dan perah buah airnya
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit garam
- 2 batang serai | titik
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 helai daun salam
- 2 sudu makan air asam Jawa
- Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan air asam jawa
BAHAN GORENG SANGAI & KISAR:
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu makan ketumbar
BAHAN KISAR:
- 8 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 cm halia
- 4 biji buah keras
- 10 tangkai cili kering
- 4 biji cili merah
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ayam separa masak. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan hirisan parutan lengkuas, serai, daun salam dan bawang besar hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Kemudian masukkan ayam goreng, kecilkan api dan kacau rata hingga timbul minyak.
- Tutup api, dan hidangkan.
INFO CHEF: Ayam Sambal Lengkuas ini enak dihidangkan dengan nasi impit.
AYAM SERAI WANGI
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping isi dada ayam
- 1 biji bawang besar | mayang halus
- 4 ulas bawang putih mayang halus
- 3cm halia mayang halus
- 3 batang serai | mayang halus
- 1 kuntum bunga kantan | mayang halus
- 3 helai daun limau purut | mayang halus
- 10 biji cili api | mayang
- 2 sudu makan perencah tomyam
- 1 sudu makan madu
- 2 sudu makan manyones
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
BAHAN PERAP AYAM:
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 biji telur
- 3 sudu makan tepung jagung
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan bahan perapan. Perap 15 di dalam peti sejuk.
- Panaskan minyak, goreng yang diperap tadi. Angkat dan toskannya.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan pula bahan mayang halus yang lain hingga garing.
- Kemudian masukkan perencah tomyam bersama sedikit air, mayones dan madu.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, masukkan pula ayam.
- Kacau rata, kemudian tutup api.
INFO CHEF: Ayam Serai Wangi ini enak dihidangkan panas-panas.
AYAM PANGGANG SOS MERAH BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
- 2 belah paha ayam| bersihkan
- 500ml santan pekat
- 10 helai daun limau purut | mayang halus
- 5 batang serai | mayang halus
- 1 keping asam gelugor
- 3 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar
- 5 biji buah keras
- 6 ulas bawang putih
- 3 cm halia
- 3cm kunyit hidup
- 6 tangkai cili kering
- 6 biji cili merah
- 2 batang serai
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan sedikit bahan perapan beserta garam.
- Balut dengan daun pisang dan aluminium foil, panggang lebih kurang 15-20 minit.
- Sementara memanggang sediakan sosnya.
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan santan pekat. Kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
- Perasakan dengan garam, garam, gula jus limau nipis, daun limau purut dan serai.
- Kacau lagi hingga timbul minyak.
- Setelah ayam masak, tuangkan sos di atas ayam panggang dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Gabungan hirisan serai dan daun limau purut memberikan lebih aroma dan rasa pada ayam panggang.
AYAM CILI KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
- 1 kg ayam | potong 16 dan bersihkan
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1sudu makan air asam
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN B ( KISAR):
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 3cm halia muda
- 4 biji cili merah
BAHAN C (GORENG SANGAI DAN KISAR):
- 5 sudu makan ketumbar
- 1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan jintan putih
CARA MEMASAK:
- Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan juga garam. Ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ayam separa masak. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Masukkan bahan B, tumis hingga pecah minyak dan wangi.
- Seterusnya masukkan bahan C, kacau lagi dan masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan ayam goreng, kacau rata dan cukup rasa.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Bahan rempah ratus digoreng sangai menambah aroma pada masakan.
AYAM KUKUS LEMAK CILI PADI
BAHAN- BAHAN:
- 2 belah ayam | bersihkan dan kelar-kelar
- 1 cawan susu cair
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 4 biji buah keras
- 1 sudu makan ketumbar biji
- 3cm kunyit hidup | hiris
- 3 batang serai | hiris
- 2cm lengkuas | hiris
- 2cm halia | hiris
- 10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Lumurkan dengan sedikit bahan kisar bersama sedikit garam. Balut dengan daun pisang yang dilapisi dengan aluminium foil. Kukus hingga masak lebih kurang 15 minit.
- Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama susu cair, kemudian didihkan di atas api sederhana.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Terus kacau hingga sos menjadi pekat.
- Tutup api dan tuangkan sos di atas ayam kukus tadi dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Susu boleh ditukarkan dengan santan.
AYAM PEDAS KEMANGI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam, potong |16 bahagian
- 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
- 12 helai daun kemangi
- 6 helai daun limau purut
- 3 batang serai | hiris halus
- 1 helai daun pandan | carik-carikkan
- 1/2 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 8 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 10 biji cili padi
- 2 biji cili merah
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam kemudian gaulkan bersama garam dan kunyit secukupnya.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam separa masak. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan serai, daun pandan dan daun limau purut hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam goreng tadi bersama daun kemangi , kemudian gaul rata.
- Tambahkan sedikit air.
- Perasakan dengan garam, gula serta jus limau nipis tadi.
- Kecilkan api, biarkan kuah hingga pecah minyak.
- Tutup api dan ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika ingin lebih pedas boleh tambah lebih cili padi.
AYAM ROSE PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | potong 12 & bersihkan
- 1 cawan puri tomato
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan yogurt
- 1 biji bawang besar | dadu halus
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 2 helai daun pandan | carik-cari dan simpulkan
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
Bahan KisarA :
- 10 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang merah
- 4 biji buah keras
- 1 biji tomato
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak, goreng ayam separa masak. Angkat dan tos.
- Tumis daun pandan, diikuti bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan puri tomato, kacau seketika masukkan ayam, Kacau rata.
- Kemudian masukkan pula susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api, gaul sebati. Biar 2-3 minit baru tutup api.
- Angkat dan
INFO CHEF: Anda boleh juga gantikan buah keras dengan biji badam kerana fungsinya sama untuk melemak dan memekatkan kuah.
KARI AYAM BERKERISIK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | potong kecil dan cuci bersih
- 2 biji kentang | belah empat
- 3 sudu makan seruk kari daging
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 paket kecil kerisik
- 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
- 1 mangkuk santan
- Air secukupnya
- Sedikit air asam Jawa
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang kecil
- 4cm halia
- 2 batang serai
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 4 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis dan daun kari hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar, kacau lebih kurang hingga sedikit garing.
- Seterusnya masukkan bancuhan pes kari yang dicampur dengan serbuk cili.
- Kacau lagi hingga pecah minyak. Baru masukkan ayam.
- Kacau rata supaya bahan tumisan sebati dengan ayam.
- Masukkan air, biar mereneh sehingga ayam kecut.
- Baru masukkan air asam jawa diikuti santan.
- Perasakan dengan garam dan kunyit secukupnya kemudian masukkan pula kentang.
- Setelah cukup rasa, kecilkan api dan masukkan kerisik.
- Kacau lagi dan biarkan mereneh 2-3 minit lagi.
- Tutup api dan kari sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain kentang anda boleh tukar dengan keledek, malah rasanya lebih sedap.
Selamat mencuba!