Kek Batik Indulgence ni sememangnya sangat sedap. Ia adalah kombinasi White Chocolate Moose dan juga Kek Batik yang sangat sedap. Jika dimakan sejuk-sejuk, hmmmm…sangat enak!
Bagi anda yang nak cuba buat sendiri manisan enak ini, resipi perkongsian saudari Ainie Syeema ni boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Tambahan 150ml sudu perisa coklat untuk kek batik versi lembut
CARA MEMASAK: 1. Pertama sekali, sediakan asas kek batik terlebih dahulu. Panaskan mentega dalam kuali / periuk. Lagi senang guna Non Stick Pan.
2. Bila mentega cair sepenuhnya, masukkan susu pekat manis dan bahan kering. Ada penambahan disitu, rahsia untuk boost flavour dengan meletakkan secubit garam dan sedikit serbuk Coffee / Nescaffe. Tambahan susu perisa coklat jika mahu buat kek batik versi lembut.
3. Masukkan Vanilla Flavour @ esen vanilla.
4. Akhir sekali masukkan Biskut Marrie yang dah dipatah-patahkan. Gaul hingga sebati dan masukkan ke dalam loyang.
5. Lapik loyang ‘loose base’ ( tapak boleh buka) dengan baking paper. Masa tengah panas ni, tekan adunan kek batik supaya padat. Sejukkan pada suhu bilik, baru masukkan dalam peti ais. Biarkan mengeras selama 2 jam.
Ads
WHITE CHOCOLATE MOOSE
BAHAN-BAHAN:
200gm dairy whipping cream ( krim putar tenusu)
80gm coklat compound putih ( white chocolate)
1 sudu teh gelatin+ 1 sudu makan air sejuk
1 sudu teh Chef Amer Silky Vanilla Flavour – boleh ganti dengan esen vanilla
CARA MEMASAK: 1 . Pukul Dairy Whipping Cream pada kelajuan sederhana, sampai soft peak sahaja. Jangan over beat sampai kental, nanti mousse akan jadi ketul ketul. Ketepikan.
2. Cairkan coklat putih guna kaedah double boiler atau guna microwave sahaja. Ketepikan.
3. Cairkan gelatin yang dicampur dengan air sejuk tadi menggunakan microwave atau kaedah double boiler. Kacau sampai larut. Ketepikan.
4. Masukkan coklat putih ke dalam whipping cream. Coklat kena masukkan masa masih suam. Kaup balikkan hingga sebati. Jangan kacau lama sangat nanti terlebih pukul.
5. Masukkan gelatin dan esen vanilla. Kacau sebati.
6. Tuang White Chocolate Moosse ke atas Kek Batik yang sudah disejukkan tadi. Ratakan. Pastikan Kek Batik telah dibuat awal sekurang-kurangnya 2 jam sebelum membuat mousse.
7. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 30 minit.
8. Bila mousse dah betul-betul ‘set’, curahkan Chocolate Ganache diatasnya. ( resipi ada di bawah)
9. Sejukkan Kek Batik Indulgence selama 2 jam supaya kek betul-betul set’.
10. ‘Bila kek dah sejuk, keluarkan dari loyang, potong dan nikmati.
INFO: Untuk potongan kek yang cantik dan kemas, guna pisau yang telah dilayur diatas api atau dicelup dengan air suam.
CHOCOLATE GANACHE
BAHAN-BAHAN:
300gm dairy whipping cream
30gm sirap glukos – boleh beli di kedai bakeri
500gm coklat gelap
20gm mentega
CARA MEMASAK: 1. Didihkan sirap glukos bersama dengan whipping cream. 2.Tuang ke dalam bekas berisi coklat gelap. Kacau hingga coklat larut sepenuhya. 3. Tambahkan mentega. Kacau sehingga adunan menjadi licin dan berkilat.
1. Campurkan agar-agar serbuk, air, gula, susu pekat, serbuk koko dan gula batu (petua untuk puding/agar-agar tidak berair). 2. Kacau sebati. Masak sehingga mendidih dan gula batu cair. Perlahankan api. 3. Dalam bekas lain, pukul kuning telur tak perlu hingga kembang. Sendukkan sedikit agar-agar dan campurkan dengan telur. Kacau sebati.
4. Kemudian tuangkan campuran telur dan agar-agar ke dalam periuk agar-agar dan kacau dengan laju supaya telur tidak sempat masak. Tutup api. 5. Tuangkan 2 ½ cawan je dalam loyang/acuan 9″ X 9″. Biarkan sedikit beku. 6. Apabila puding sudah beku sedikit, susun biskut segi empat (saya guna cream creakers) memenuhi permukaan puding. 7. Tuangkan/letakkan sedikit baki agar-agar sebagai pelekat kepada biskut. 8. Ulang lagi langkah yang sama beberapa lapis sehingga agar-agar habis.
BAHAN KASTARD:
½ cawan tepung kastard – beli online di sini 2 cawan air ¾ cawan susu cair – beli online di sini ¼ cawan gula (boleh adjust manis) 3 sudu besar susu pekat Sedikit pewarna kuning
Biskut Mazola adalah salah satu biskut raya popular bila menjelangnya Aidilfitri. Mana tidaknya, nak buat biskut ni sangat mudah. Bahannya pun sangat ringkas. Rasanya pun semestinya sedap. Bagi anda yang masih tercari-cari resipi Biskut Mazola yang enak, resipi perkongsian saudari Suzi Yanti Md Hane ini salah satu yang perlu dicuba.
RESIPI BISKUT MAZOLA
BAHAN-BAHAN:
2 1/2 cawan tepung gandum – diayak
1/2 cawan gula icing – diayak
2 cawan kacang tanah kisar – goreng dulu tanpa minyak. kemudian kisar
1 cawan minyak jagung
BAHAN HIASAN:
Kuning telur secukupnya
Kacang tanah goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, gula dan kacang kisar. Kacau sebati.
2. Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga jadi doh yang boleh dikepal. Tak perlu habiskan minyak jika doh telah cantik.
3. Bulatkan doh, tekan sedikit dan letak kacang tanah di atasnya. Sapu kuning telur dan bakar hingga masak antara suhu 150C – 180C selama 20-25 minit bergantung pada ketuhar masing-masing.
4. Jika nak buat banyak, gandakan adunan. Selamat mencuba!
Jika anda ada lebihan roti di rumah, boleh cuba resipi Mozzarella Stick with Cinnamon & Caramel Sauce ini. Sangat mudah nak buatnya, mak-mak mesti suka. Rasanya saling tak tumpah seperti Cinnamon Stick di Auntie Anne’s. Anda boleh cuba buat sendiri di rumah.
Yang penting, jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella untuk mendapatkan regangan yang sempurna dan meningkatkan rasa dalam masakan. Keju ini memiliki tekstur yang lembut dan kenyal serta berkrim dengan kandungan tenusu asli berkualiti tinggi dari Australia. Selamat mencuba!
MOZZARELLA STICK WITH CINNAMON & CARAMEL SAUCE
BAHAN-BAHAN:
7-8 keping roti putih
250gm Keju Perfect Italiano Mozzarella
50gm Mentega Anchor Unsalted | dicairkan
Cinnamon sugar secukupnya
Sos karamel secukupnya
CARA MEMASAK:
Buangkan bahagian tepi roti dan leperkan roti menggunakan roller.
Di atas roti, taburkan Keju Perfect Italiano Mozzarella di atas roti dan gulung kemas. Buat sehingga roti habis.
Sapukan mentega pada dulang pembakar. Susun roti di atas dulang pembakar dan sapukan mentega yang telah dicairkan pada bahagian atas roti.
Kemudian, taburkan cinnamon sugar secukupnya.
Bakar pada suhu 200C selama 15 minit atau sehingga roti keperang-perangan dan rangup.
Tuangkan sos karamel pada roti. Hidangkan panas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...