Suka makan Kaya Pandan bersama roti kukus macam dekat Kopitiam dan Boat Noodle tu? Ni ada resipi Kaya Pandan homemade yang anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Nikmatnya..Rasa pun sangat sedap. Sekali buat, boleh makan satu keluarga. Dah jimat banyak. Selain dimakan bersama roti kukus, anda juga boleh menikmatinya bersama roti bakar, mantao atau dijadikan inti bagi pau dan sebagainya. Olah sahaja mengikut selera serta kreativiti masing-masing. Seronok bila masak sendiri. Kemanisannya juga kita boleh kawal mengikut selera. Barulah kalau nak makan banyak pun, tidak rasa bersalah sangat. Jom cuba resipi perkongsian saudari Fazelina Isa ni. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecil. 2. Masak guna api perlahan dan kacau hingga adunan jadi berkilat. 3. Bila adunan sudah berkilat, itu tandanya kaya sudah masak. Boleh diangkat dan dinikmati.
INFO: Simpan sekaya dalam bekas bertutup dan diletakkan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Ibu-ibu yang suka buat roti, jom cuba buat sosej sendiri. Boleh buat roti sosej yang sedap. Isi ayam terutama bahagian dada selalunya kurang dapat sambutan kalau dimasak. Bahagian kepak, paha selalu lebih dulu dipilih untuk dimakan. Jadi, kalau ada bahagian dada ayam, lebih baik diasingkan dan dibuat sesuatu jenis makanan yang lain. Misalnya sosej ayam. Jom buat sosej ayam sendiri.
SOSEJ AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
• 200 gram isi ayam
• 1 biji telur ayam
• Lobak merah
• Daun sup
• Bawang holland sebelah
• 2 ulas bawang putih (BELI DI SINI)
• 1 sudu kecil lada hitam
• Garam dan gula (BELI DI SINI)
• 2 sudu besar tepung ubi
• 1/4 cawan air
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan di atas sehingga halus.
2. Masukkan dalam plastik aiskrim atau aluminium foil.
3. Kemudian kukus atau rebus dalam tempoh 15 minit.
4. Keluarkan sosej dari plastik atau aluminium foil dan goreng. Kalau guna aluminium foil elok kukus.
5. Sedia dihidang.
Suka sarapan dengan roti Tortilla? Kini anda boleh secara segar terus dari dapur anda. Tak payah dah beli. Jimat & rasanya pastilah lebih enak dan segar.
foto: http://momsdish.com
Menerusi grup masakan Masak Apa Hari Ni, saudara Mohd Faisel Ab Halim berkongsi cara-cara untuk hasilkan roti Tortilla. Wow! Mudah je rupanya. Sebiji sama macam yang dibeli. Jadi kenapa perlu keluarkan wang jika anda sendiri boleh buat sendiri dengan guna bahan-bahan yang sedia ada di dapur. Jom cuba! Bolehlah makan waktu sarapan esok.
TORTILLA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
3/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan minyak zaitun @ minyak masak
3/4 cawan air panas mendidih
BAHAN INTI:
Isi ayam panggang @ Isi ayam goreng dengan tepung bestari
Romain @ lettuce salad
Tomato @ cherry tomato
Bawang besar – hiris nipis
Timun batang – hiris memanjang
Sos cili, sos Thousand Island, mayones, sos lada hitam @ apa-apa sos yang disukai @ buat ceasar salad siap-siap)
CARA MEMASAK:
Masuk tepung dalam sebuah bekasdiikuti baking powder dan garam. Kacau rata adunan.
Tambahkan minyak masak ke dalam adunan dan kacau hingga tepung jadibergentel-gentel.
Tuang air panas ke dalam adunan dan kacau guna garfu. Bila dah agak suam, bolehlah uli menggunakan tangan. Uli hingga doh menjadi lembut dan permukaannya menjadi licin.
Biarkan doh dalam bekas yang di tutup dengan kain lembap selama 15-30 minit.
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan jadikan bentuk bebola ( anggaran 10-12 biji).
Gelek doh hingga betul-betul nipis. Tabur sedikit tepung gandum dan bakar roti dalam kuali selama satu minit bagi setiap permukaan. Tak perlu guna minyak.
Untuk menikmatinya, ambil roti tortilla yang dimasak tadi dan letakkan bahan inti secukupnya. Gulung dan sedia untuk dinikmati.
TIP: Untuk dapatkn Tortilla bulat yang sekata, selepas digelek ambil piring kuih dan tekapkan atas doh. Maka dapatlah bentuk bulat yang cantik.
Sajian Thai ini memang menyelerakan jika tiba awal bulan, makan sedap bersama keluarga. Hidangkan sendiri 2 menu berasakan siakap resipi 3 rasa ala thai atau siakap stim lemon ni yang sangat sedap dan mudah di cuba. Goreng atau kukus ikut pilahan kamu suka yang mana berlainan cara rasa sedap tetap berbaloi. Selamat mencuba!
RESIPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap – (boleh kukus atau goreng)
100 ml air – boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
2 sb minyak – untuk menumis
Garam secukupnya
BAHAN CINCANG HALUS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah
BAHAN DIHIRIS HALUS:
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 – 5 biji cili padi
BAHAN-BAHAN SOS:
2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum – guna sos ikan
2 sb gula pasir
1 sb jus limau nipis/lemon
1 sk kicap manis
CARA MEMASAK:
1.Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Atau jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing.
2.Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.
3.Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.
4.Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.
5.Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.
6.Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.
Kongsi resipi: buatoranglapo
RESIPI SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
Seekor ikan siakap dicuci bersih..
Bawang putih
Stok ayam ( kalau takde boleh guna 1 kiub pati ayam kacau dgn 1/2 cawan air panas)
Cili api merah
Daun limau
Serai
Halia
Daun ketumbar
Limau nipis
Sos ikan (5 sudu besar)
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Serai dikerat serong kasar, daun limau dikoyak-koyakkan sahaja.. kemudian sumbat semua serai, daun limau & juga halia dalam perut
Sediakan bekas yg sesuai mengikut size ikan ye.. letakkan dalam periuk kukusan..
Curahkan dgn stok ayam…
Satukan bawang putih yg telah dicincang, cili api merah, perahan limau nipis, sos ikan, garam & juga gula dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati.. rasa dulu ye jgn lupa..ketepikan..
Setelah air kukusan mendidih bolehlaa kukus ikan selama 20-25 minit ye.. atau hingga ikan betul2 masak..
Ok.. selepas ikan masak boleh laa diangkat ye..
Curahkan dengan bahan-bahan yang telah disatukan tadi bersama daun ketumbar.. siapp..!!
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...