Resipi Kaya Labu, Sedap Disapu Pada Roti Bakar

Share

Kali ini RASA ingin kongsikan resipi kaya labu. Resipi sihat ini adalah daripada Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat, Norazizah Ruslan melalui instagram beliau.

Menurut Norazizah, labu boleh disimpan dalam peti sejuk beku. Keluarkan apabila hendak dimasak.

“Cara menyimpan labu adalah dengan mengukusnya dan dilenyek siap-siap. Kemudian simpan dalam freezer. Apabila hendak dimasak, keluarkan saja,” katanya.

Jom kita lihat resipi kaya labu daripada beliau.

KAYA LABU TANPA TELUR

BAHAN-BAHAN
100 gram gula kabung
1 helai daun pandan + 1 cawan air
5 kuntum cengkih
200 ml santan
1 1/2 cawan labu lenyek (kukus dan lenyek)
1 sudu besar minyak masak

Labu dikukus terlebih dahulu.
Selepas dikukus, labu dilenyekkan sebegini.

CARA MEMBUAT


1. Masak gula kabung bersama cengkih dan daun pandan.
2. Selepas gula cair, buang daun pandan.
3. Masukkan santan, labu lenyek dan minyak masak.
4. Masak dengan api perlahan. Sentiasa kacau. Masak sehingga pekat seperti kaya.
5. Biarkan sejuk. Masukan ke dalam botol dan simpan di dalam peti sejuk.

Selamat mencuba!

Sumber: Instagram Nora Ruslan

IKLAN